Friday, September 26, 2014

Update tiju

Kemahen rajin update ye.
Update guna phone je pun..
Laptop tengah under maintenance.
Tiba-tiba pulak nak kena format balik.

Huwaaaaa...dah la tengah musim sibuk nak buat kertas exam akhir tahun pelajar :(

Ops..tiju hari ni 17 minggu 6 hari.
Esok 18 minggu yeay!

Semalam encik suami ajak pegi skodeng tiju.
Last skodeng masa 9weeks, alahai cinonet je.

Kali ni besar la sikit.
Dah 205gram.
Pegi klinik dr siti dan rakan-rakan dekat je dengan rumah.

Check jantung ok.
Kepala ok.
Ukur kepala, ukur kaki.
Alhamdulillah..semuanya mengikut tarikh dengan baik sekali :)
Edd yang keluar kat scanner tu pun tepat.
1 mac 2015.

Haiiiii baby..
Mama tak sabar nak gomol awak :)

Jantina?
Haaaa...semalam baby duk elok je terkangkang tauu.
Saja nak tunjuk kat mama abah ye.
Tapi since dia kecik lagi, takla clear mana pun.
Cuma bila terkangkang cmtu, tak nampak pulak apa apa kat tetengah tu, doc assume maybe gegirl.

Wah gegirl lagi?
Syokla mama ramai assistant yeeeeeee :)

Tak kisah la gegirl ke boboy, yang penting anak mama mesti keluar dengan sihat dan sempurna.

Eh macam tak percaya je anak nak masuk tiga.
Hehe, lepas ni aim utk bersalin lagi umur 32/33, lepas tu cukup la.
Anak anak nak sekolah dah.
Mama kena fokus dengan study dorang pulak.
Tengok tengokkan homework dorang.
Jadi kawan kepada dorang.

*tengok..tengok..punya jauhhhhh perancangan mama jihan. Yang ni pun belum keluar lagi mama oii*

Apapun, berada di sekolah ni buat mama risauuuuuu dengan attitude budak budak sekarang.
Haih.

Kena didik anak anak dengan betul betul.

Bebas hutang?

*entry ini bukanlah entry menunjuk-nunjuk. Ini sekadar perkongsian kecil dari saya dan sedikit panduan untuk adik adik yang baru nak mula hidup. Beringat sebelum kena. If u fail to plan then u plan to fail*

http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html

Setiap kali baca artikel tentang kewangan di blog mohdzulkifli.com ini, saya rasa saaaaaaaangat motivated.

Inilah pegangan saya sebenarnya.
Hidup bawah kemampuan, nampak macam tak bergaya, tapi dalam bank ada sumber duit yang membolehkan saya tidur lena :)

Perancangan kewangan perlu bermula seawal bulan pertama kita bekerja.
Yes, saya mula dari awal.

Bulan bulan pertama bekerja, saya tahan diri untuk tidak beli kereta.
Masa tu memang plan nak kahwin setahun selepas kerja.
Jadi saya naik motor pegi sekolah (motor beli guna duit biasiswa masa kat u-modenas kriss tahun 2005-sy mula kerja akhir 2008)

Setiap bulan saya akan asingkan RM 1000 khas untuk dana kahwin.
Saya aim untuk tidak mahu berhutang untuk kahwin.
No personal loan.
Alhamdulillah, dapat juga berkahwin tanpa hutang dan sediakan sedikit duit untuk masuk rumah bersama(masa tu sewa lagi lepas kahwin)

3 bulan sebelum kahwin baru kami beli kereta.
Loan encik suami.
Tu pun memadai dengan kereta viva sahaja.

Lepas kahwin, sy menyimpan lagi.
Dah kawin tak boleh la nak simpan banyak sangat, komitmen dah bertambah, berulang jauh kajang-pj setiap hari.
Dapat anak cepat,lepas 9 bulan kahwin terus ada anak :)

Hujung 2011, saya beli rumah pula.jun 2012 kami masuk rumah tak berapa nak baru.hehe.
Duit muka rumah dan bayaran fees peguam semua sepenuhnya menggunakan tunai.
Sekali lagi, tiada personal loan untuk bayar muka rumah.
Pilih rumah yang mampu bayar, saya tak pentingkan rumah atas tanah di kawasan lembah klang ni.
Bagi saya, takpe pilih rumah atas awan asalkan bayaran bulanan masih boleh buat saya bayar dengan tenang.

Prinsip saya-jangan habiskan komitmen dengan apa yang kita mahu..sebab mahu jugak rumah atas tanah, sanggup buat loan untuk bayar muka, sanggup nak bayar nilai bulanan yang tinggi-itu seksa.
Sebab esok esok kita takkan tahu komitmen apa pula yang akan datang.

Renovate rumah-alhamdulillah kebetulan masa tu boleh keluarkan duit kwsp since saya pilih skim pencen.
Sungguh, saya tak rasa satu sen pun duit kwsp masa tu.
Tiada shopping baju, shopping handbag, shopping tudung untuk diri sendiri.
Semuanya saya laburkan untuk renovate rumah sahaja.
Itu pun sebenarnya kalau ikut nafsu, masih banyak yang nak direnovate.
Tapi macam biasa, prinsip saya untuk katakan tidak kepada personal loan.

Jadi rumah kami seadanya.
Tiada astro.
Masih dengan sofa RM 900 beli 5tahun lepas masa nak kawin.
Masih dengan kabinet tv tak sampai RM 100 beli sekali dengan sofa tu.

Maka sehingga ke hari ini, saya masih begini.
Hidup gembira dengan loan rumah sahaja.
Tiada kad kredit--tak pernah apply pun seumur hidup.
Tiada personal loan--pun tak pernah apply.
Walaupun orang kata syokla kerja government, senang nak buat loan ;p
Hehe, bagi saya hutang ni beban.
Bukan bonus punnnnn.
Lebih baik elakkan.
Dan hidup dengan apa yang ada.

Bila nak shopping, bayar tunai.
Kalau takde duit tunai sila la menyimpan baru beli apa yang diinginkan.
Saya sendiri jarang shopping untuk diri sendiri.

Baju baju kurung, baju raya masa form 4 dulu pun masih saya pakai sampai ke hari ini ;)
Tudung biasa biasa..tiada fesyen fesyen semasa.
Handbag biasa biasa..satu handbag pakai sampai lunyai..dah rosak baru beli baru.

Biar nampak tak bergaya, asalkan saya gembira sebab saya tahu setiap bulan, allocation untuk simpanan saya lebih dari 10% gaji saya.

Dan saya tak rasa terbeban dengan kewangan.
Tiada sumber kewangan kedua setakat ini.
Bukan apa, menjadi seorang guru di zaman ini bagi saya sudah cukup stres.
Saya tak mahu menambahkan stres dengan membuat kerja lain.

Masa lapang yang ada, lepas waktu kerja, waktu malam, waktu cuti sekolah adalah masa saya untuk release stres dengan anak-anak :)

Hidup sederhana dan bahagia--itu pilihan saya :)

Saturday, September 6, 2014

new project

lama tak update :)
makyong sudah masuk 15 weeks.
alhamdulillah..morning sickness dah kurang banyak walaupun ada masanya masih uwek uwek.
oh kali ni morning sickness agak teruk.
puasa pun kantoi 12 hari :(

ok. lain kali cerita pasal pregnancy ye.
kali ni cuma nak cerita pasal projek baruuuuuu........

wahhhh..macam gempak je projek baru mama jihan.
apa benda la tu ye?

yeyeahhhhhhhhhhhhhh..mama jihan jadi investor untuk cawangan lunatots yang ke-lapan :)

pertama kali nampak cik sue update status yang dia mencari investor untuk lunatots shah alam, sy cepat-cepat tag encik suami.
macam menarik je..macam menarik je.

maka kami pun buat appoinment nak jumpa cik sue supaya boleh dengar sendiri macam mana projek ini dijalankan.
susah nak cari masa nak jumpa memandangkan masa tu jadual lepas raya agak pack.
tu pun kami jumpa cik sue 23 ogos, lepas sy sekolah ganti.
padahal petang tu cousin encik suami bertunang kat bukit antarabangsa KL.
memang gigih la pagi tu kat PJ, tengah hari kat cheras dan petang sampai malam ke KL.
balik terus pengsan! haha :)

saya kenal cik sue dah lama.
kira kipas-susah-mati la ni ;p
dulu masa mula menyusukan damia sy memang tersentuh gila baca entry dia dalam diyaluna.com (sekarang lunafamily.com) tentang 'mengapa saya menyusukan'
pastu sy khatam semua entry dalam blog dia.
hehe, nampak tak gigihnya saya? ;p

pertama kali jumpa masa gathering sarakids tahun 2011 kat DARC (entry di sini)
pastu pernah jugak ke kelas cloth diapers.
dan sy memang kagum dengan dia :)

ok ok..balik dengan cerita investor.
mula-mula tu sy macam separuh separuh hati lagi nak invest ke tak.
tapi encik suami kata kita dengarla dulu apa yang kaksue nak terangkan.
then okeyyyy, kita dengar je la ye :)

jumpa je cik sue, perkara pertama dia beritahu kami begini.
"kaksue ada pegi satu kelas bisnes..penceramah tu kata kita ni nak berjaya, tapi kita lawan Allah.
masa tu kami semua blur. then penceramah tu terangkan la..bila kita buat bisnes dan kita buat bank loan, tu tandanya kita lawan Allah la. sebab kita terlibat dengan riba"

terus sy macam terpaku.
betul la..kita takkan berjaya kalau kita lawan Allah.
dan dosa riba ni disebut terang terang dalam quran.

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. [Al- Baqarah ayat 275]

lepas tu ciksue pun terangkan macam mana sistem investor, apa yang akan kami dapat, projek ni selama berapa lama dan macam macam lagi la.
kagum tauuuu..memang ramai kawan ciksue jadi investor. ada tu tak tanya pun apa keuntungan yang akan mereka dapat.
tanpa tengok pembentangan projek, tanpa sign agreement, terus je transfer duit.
bagus kan :)

ciksue kata tak kisah la sy ni nak jadi sleeping partner ke..nak join bagi pendapat utk kedai ke..memana pun boleh.
sy plak terfikir macam nak bertapa kat kedai gak untuk belajar macam mana nak handle kedai ni.
mana tau ada rezeki bukak kedai sendiri kannnnnnnnnnn :)

maka lepas tu kami decide untuk jadi investor, sign agreement dan isninnya kami transfer duit :)

actually perkara terpenting yang sy fikirkan masa buat keputusan ni ialah sebab nak membantu usahawan melayu Islam untuk mengembangkan perniagaan tanpa terlibat dengan riba.
saya fikir kalau bukan kita yang tolong, siapa pula yang akan tolong kan :)
hari sign agreement :)

maka 1 september lepas, lunatots shah alam berjaya dibuka dengan rasminya.

1 september 2014 :)

alhamdulillah..rasa macam bukak kedai sendiri padahal investor je pun.heheh ;p

dan sampai sekarang masih terngiang-ngiang kat telinga.

KITA TAKKAN BERJAYA KALAU KITA LAWAN ALLAH!