Saturday, July 5, 2014

tiju :)

alhamdulillah..ia betul-betul rezeki bulan ramadhan.
kena pulak masa check ni hari jumaat, 6 ramadhan = 4 julai 2014.


Third junior (tiju) is on the way!
:)
InsyaAllah..masanya dah sampai.
Tandanya mama, abah, kakak damia dan kakak farhah dah bersedia untuk sambut orang baru dalam family :)

Actually period cycle sy tak tetap.
Sy period semula lepas farhah berusia setahun dua bulan, which is januari lepas.
Lepas period pertama tu, cycle jadi lebih 40 hari.
Ada gak sekali lebih 50 hari.
Kalau dulu dulu period memang cantik dan tetap je.
Jadinya mungkin kaedah kiraan tak tepat untuk baby kali ni.

Kalau ikut kiraan, baby masuk 6weeks ahad ni. (6julai)
Tapi taktau la betul ke tak.
Kena tunggu few weeks lagi untuk scan, ukur dan boleh estimate usia dan dua date si dia :)

Sebenarnya sy nak cerita tanda tanda awal kehamilan sampai sy tergerak utk buat upt.
Kalau nak kata period lambat, belum lagi kot sebab masa sy check ni baru hari ke 40.

Tapi isnin lepas, 2 ramadhan sy keluar spotting coklat.
Masa bangun nak sahur tu ada setitik.
Sy ingatkan period, so sy pakai pad.
Baru la nak sedih coz baru hari kedua dah nak ponteng puasa.

Tapi lepas sahur, tiada langsung darah pada pad.
Sy dah pelik..ni period ke bukan..so sy pun solat subuh macam biasa.

Sampai sekolah, sy g toilet, ada lagi dlm dua tiga titik spotting coklat.
Sy sms encik suami dah, maybe hari ni tak puasa..
Konon sedihlaa :( kahkahkah. drama sangat.

Lepas dari pagi tu, dah takde darah langsung yang keluar.
Sampai tengah hari, dah balik rumah sy was was nak bukak puasa ke tak.
Tapi sebab tak yakin tu darah period, so sy teruskan puasa.
Andaian sy, agaknya sy letih sangat, maklumla takde praktis puasa sunat pun sejak habis puasa enam tahun lepas.
Terus terus je jumpa ramadhan tahun ni.
Agaknya badan terkejut, hormon tak betul, tu yang keluar spotting.

Tapi start esoknya sy macam kejap kejap perut krem.
Rasa nak muntah which sy ingat sebab sy puasa, perut kosong..sy pun tak banyak makan sgt puasa ni.
Konon nak turunkan berat badan (haih, good bye my penimbang..jumpa lagi 9bulan akan datang ;p )

Haaa..cakap pasal berat badan ni.
Sejak cuti pertengahan tahun hari tu berat badan sy naik.
Statik kat 48kg.
Yela..masa cuti tu seminggu duk bertapa rumah mak sy..makan tak jaga, mana la berat tak naik.

Tu yg kekonon bulan ramadhan ni peluang sy untuk turunkan semula berat badan.
Tapi selepas seminggu puasa pun berat masih takmau turun.
Aih..ini semakin menimbulkan syak wasangka ;p
Perut pun buncit semacam je.
Biasanya perut sy la paling senang turun berbanding lengan kalau sy kurangkan makan.
Tapi ni sy tengok buncitttttt je.

Kat muka pulak jerawat bercambah macam apa.
Bergerombolan dia membuat lawatan cik kiah kat muka sy.
Sebelum sebelum ni walaupun nak period takde la pulak teruk macam ni :(

sy start google pasal implantation bleeding.
instinct sy kuat kata spotting hari tu ialas implantation bleeding.
baby baru nak lekat.
sy google berapa hari kena tunggu lepas spotting tu untuk buat upt.
ada yang kata lepas 3-4 hari dah boleh buat test.

so khamis tu balik sekolah sy singgah farmasi beli upt.
siap beli dua batang pulak tu.
kekonon kalau negatif, lain kali boleh guna lagi la.
ni sekali buat je dah positif, maka yang satu lagi tu kita simpan untuk anak keempat pulak la ek ;p
hahaha.

sy ingatkan khamis petang nak buat test.
ye ye..walaupun sy tau test seeloknya dibuat awal pagi, urin pertama bangun tidur.
tapi sy tak sanggup nak hadapi menunggu sepanjang malam--tak boleh tido--sebab fikir esok nak buat test.
haha..kalah nak masuk final exam kat uni dulu.
berdebar okey!
 
tapi balik rumah tu farhah meragam nak menyusu je.
nak sy baring dan tido dengan dia.

okey fine.
sy tangguh la buat jumaat pagi.

bangun 4.30 pagi jumaat nak check..hati berbelah bahagi nak check ke tak.
taktau la kenapa..sy rasa macammmmm..hmmm kalau tau lewat lewat pun takpe kot.
tapi satu sudut hati pulak kata check la..at least kalau positif atau negatif pun lepas ni dah boleh tido lena..takdela rasa tertanya tanya.

okeyyyy dan sy check.

positif!

senyum.

teruskan mandi.

lepas sahur tunjuk upt pada encik suami dan ucap tahniah :)
encik suami senyum je dan cakap dah agakkkkk dahhhhh.
cait!

sooooooo...selamat datang tiju!!
mama doakan kesempurnaan dan kesihatan yang baik sepanjang dalam rahim mama.
duduk elok-elok, makan kenyang kenyang.
nanti 9 bulan akan datang, awak keluar, awak akan ada dua orang kakak comel yang akan main sama-sama awak.
seronok kannnn :)

eh tapi seronok seronok pun jangan keluar cepat sangat pulak ye.
bagi awak sihat membesar dulu.
baru mama bagi main dengan kakak kakak okey :)


alhamdulillah..alhamdulillah :)