Wednesday, June 4, 2014

tips urus kewangan

mari bercerita tentang pengurusan kewangan lagi :)
kalau kita google tak ramai yang nak share bagaimana mereka menguruskan kewangan mereka kan.
padahal hakikatnya jumlah orang kita yang muflis di usia muda punya la ramai.
yang hutang berkepuk kepuk keliling pinggang tak tau macam mana nak selesaikan pun sangat la ramai.

"alaa ko boleh la cakap..gaji banyak"
come on..come on..gaji banyak atau sikit bukan isunya.
teratas dari itu, bagaimana kita menguruskan kewangan kita, itu lebih penting :)

ha..pasal takde ilmu pengurusan wang jugak la orang kita ni sangat la cepat tertarik dengan skim skim piramid yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
tengok je la kat fesbuk, ada je skim yang diperkenalkan.
tayang duit sana sini..tayang bonus..tayang kereta.
janji sana janji sini.
maka orang kita mudah gelap mata, tak check pun status halal haram sesuatu produk mahupun urusniaga.
nampak ramai yang join, maka kita pun terjebak sama.
hati-hati, setiap sen yang kita bawa pulang akan menjadi darah daging.
dan Allah dah janji, setiap daging yang tumbuh dari yang haram tu, api neraka yang akan membakarnya.
nauzubillahi min zaalik.

boleh baca tentang mlm oleh ustaz dr zaharuddin di sini.
kalau rasa dah join, semak la semula status kita.
nilai dengan iman, bukan dengan nafsu sebab nafsu akan sentiasa mencari alasan.

ok dah habis membebel.
cerita pasal pengurusan kewangan saya pulak.
saya sangatttt suka baca buku tentang pengurusan kewangan.
ini antara buku yang ada dalam simpanan saya :)




kalau kita google pun ada banyak je tips macam mana nak uruskan kewangan kita bila dapat gaji.
cuma nak atau taknak buat je la.
yela..duit ni kan panas.
tak boleh duk lelama dalam tangan.laju je dia nak mengalir keluar.
memang mujahadah la kalau nak menyimpan amaun yang banyak tu.
bila dapat gaji je, tiba-tiba rasa semua benda urgent dan perlu dibeli kan kan :)

okey, mari share apa yang saya buat untuk kewangan saya.
perlu diingat, soal pengurusan kewangan ni ambil masa nak nampak hasilnya.
bukan hari ni simpan, esok dah berganda-ganda duit dalam bank.
kena berdisiplin dan bersabar, baru la boleh senyum dengan pencapaian diri sendiri :)

1. simpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji yang kita dapat - ini benda basic yang sy kira semua orang wajib buat. dapat je gaji, terus asingkan dan pindahkan ke akaun yang kita susah nak akses. kalau macam sy, sy memang auto deduct dalam slip gaji terus masuk ke akaun tabung haji sy.
pay yourself first.

2. sumbangan kepada ibu bapa - yang ini pun sy memang deduct dalam slip gaji, terus masuk akaun tabung haji mak dan ayah sy.

3. catat setiap perbelanjaan. lihat bagaimana pattern perbelanjaan kita. buat analisis dan lihat di mana penjimatan boleh dilakukan. 
dalam dua tahun kebelakangan ni sy dah mula bawa bekal ke sekolah. sebab sebenarnya dulu kantin sekolah kami tu tak sedap langsung. tapi bila dah mula bawa bekal ni saya dapat rasa penjimatan yang sangat ketara dalam perbelanjaan makanan saya. bayangkan dalam sebulan, bajet untuk makan je mesti takkan lebih RM200 :)

4. sy bukan jenis kaki shopping. sy sangat jarang beli baju, beli tudung. entahla ye..bukan tak teringin, tapi sy ni banyak kira-kiranya. bagi sy, kalau sepasang baju tu lebih RM100 pun sy dah rasa mahal. sesekali tu boleh la..misalnya nak raya, atau rasa macam dah lama gileee sy tak beli baju, so sy akan beli la..tapi bukan setiap bulan, dua bulan sekali..memang tidak la :)

tipsnya, kena la muhasabah diri selalu. kenapa nak berbaju baru, baju cantik-cantik..
tujuan berpakaian untuk menutup aurat. tak semestinya baru.asalkan baju baju kita sesuai untuk menutup aurat, tak perlu kisah kalau orang mengata kita asyik pakai baju yang sama.
orang tu bukannya tau berapa banyak kita ada dalam bank kan?
orang tu tak tau apa matlamat kewangan kita.
jadi abaikan je la apa orang kata.
janji kita tau apa yang kita buat :)

5. tuliskan matlamat kewangan anda. dengan detail!
contoh, matlamat jangka pendek, mesti cukupkan simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan gaji (minimum).
katakan 3 bulan gaji bersamaan RM 9000.
jadi tetapkan berapa lama untuk menyimpan sebanyak RM 9000 ini.
kalau sebulan boleh simpan RM 500, maka anda perlukan 18 bulan untuk mencapai matlamat ini.
tuliskan bila mula dan bila target nak habiskan matlamat ini.
dan kena la disiplin. tak boleh la nak korek-korek simpanan kan ;p
perlu diingat, simpanan kecemasan ni la perkara paling penting perlu kita buat.
biasanya perunding kewangan cadangkan amaunnya bersamaan 3 hingga ke 6 bulan gaji kita.

6. simpan wang untuk bulan kritikal.
bulan kritikal tu apa?
bulan nak raya, bulan di mana kita kena bayar insurans dan road tax kereta.bulan anak nak masuk sekolah.
kiranya bulan di mana kita akan berbelanja lebih.
kalau macam sy, hujung tahun mesti nak pegi bercuti.haha ;p
jadi sy kena tabungkan duit untuk keperluan-keperluan ni dari awal.
ahaaa..tabungan ni tak boleh campur dengan tabungan kecemasan tu tau.
buat tabung yang lain.

kalau tahun lepas sy buat sistem simpanan satu ringgit macam di sini.
bila sampai je raya aidilfitri tahun lepas, sy memang dah takde tukar-tukar duit kat bank.
saya memang guna duit seringgit seringgit yang saya simpan ni buat duit raya.
tu pun ada berlebih lagi untuk bawa ke tahun ni.

tahun ni saya buat tabung ini pulak.
baca sini.
aim hujung tahun nak pegi bercuti kan.
kena menyimpan dari awal supaya sy tak usik bajet bulanan apatah lagi nak usik akaun kecemasan.
no no no.

matlamat kewangan mesti jelas.
jangka panjang..jangka pendek.
tulis dengan jelas bila nak mula, bila nak habis.
kalau berhajat nak beli sesuatu yang mahal, yang tak boleh nak masuk dalam bajet bulanan, boleh la buat sistem sampul, kumpul duit beberapa bulan dan beli la apa yang kita inginkan :)

kunci pengurusan kewangan ni sebenarnya disiplin yang tinggi.
jangan bandingkan diri dengan orang lain sebab keperluan dan kehendak kita tak sama.

buat satu demi satu.
kalau belum ada akaun kecemasan, mulakan dari sekarang.
bila akaun kecemasan dah mencapai sasaran, buat matlamat lain.
buat pula akaun haji atau akaun pendidikan anak-anak.

dalam masa yang sama, kawal perbelanjaan.
elakkan diri dari terjebak dengan hutang, kad kredit mahupun hutang persendirian.
hidup di bawah kemampuan dan banyakkan menyimpan.
jangan lupa banyakkan bersedekah juga.
yang ini pun perlu diletakkan dalam bajet bulanan.
letakkan 5-10% dari gaji kita untuk tujuan ini.
lebih banyak lebih baik :)

jangan risau, biar tak nampak mewah, asalkan kita boleh tidur lena setiap malam sebab kita tau paras kewangan kita macam mana.
hutang keliling pinggang buat kita tidur tak lena kan.
duk asyik fikir macam mana nak bayar hutang kan.
lagi bahaya kalau kita banyak hutang tapi kita tak rasa apa-apa.
bahaya sangat tu.
takut takut kalau kita mati, hutang tu akan menghalang kita pergi dengan aman.
tergantung gantung antara langit dengan bumi.
jangan main-main dengan hutang ni.

ok dah.
rasa banyak sangat membebel dah.
walaupun macam banyak je lagi nak tulis.
nanti kita sambung lagi la ye :)
yang belum mula tu, cepat ambil mana-mana buku kosong, mula catatkan matlamat kewangan anda.

kalau bukan sekarang, bila lagi?
:)

No comments:

Post a Comment