Friday, June 13, 2014

simpan emas untuk masa depan

assalamualaikum wbt.

dua tiga hari ni sy busy-la-sangat buat research pasal simpanan emas.
hehe, takde la research sangat pun.
just baca blog orang ambik pengalaman je :)

tiba-tiba terfikir nak tambah simpanan emas.
dulu dah pernah beli gold bar.
cerita di sini.
alhamdulillah, gold bar tu masih elok dalam simpanan.
niat untuk jual masa akak damia nak sambung belajar nanti.

kali ni sy beli untuk adik farhah pulak.
buat adik sambung belajar nanti ye :)
saya kalau boleh taknak anak-anak meminjam dengan ptptn tu.
melihat orang lain duk terkial-kial bayar hutang ptptn campur dengan bunganya lagi (ehem!)
rasa memang taknak bagi anak-anak meminjam dengan ptptn tu.
even akaun sspn pun sy tak buka untuk mereka.

dan saya dah rasa, di usia 29 tahun ni, tiada personal loan, tiada hutang ptptn, tiada hutang kad kredit.
cuma ada satu hutang baik-a.k.a hutang rumah.
hati rasa senang je bila tiada hutang keliling pinggang.
alhamdulillah.
(ini bukan menunjuk-nunjuk.ini adalah perkongsian okey :) )

jadi, selepas dua hari berurusan dengan kawan sy merangkap dealer public gold, hari ni sy dah collect item yang sy beli :)
yeay!


 kenapa membeli dari public gold pulak?
sebab public gold ni harganya lebih murah.
public gold memang ada kilang untuk keluarkan emas sendiri. so bolehla jual murah sikit berbanding kedai emas biasa kan.
lagi satu, kalau kita jual balik emas public gold, nilai susut harganya lebih rendah.
kalau gold bar 10g ni, susut nilai dalam 8%.
 





ok, dah selesai anak-anak satu goldbar 10g setiap sorang, lepas ni sy aim untuk beli dinar emas pulak.
sebab apa yang saya dah baca, nilai susut harga untuk dinar emas lebih rendah dari gold bar.
lagipun kalau beli dalam bentuk 1dinar, lebih mudah la untuk kita jual semula kalau perlukan duit.
tak perlu nak jual sekaligus, jual sekeping sekeping je :)

kenapa nak simpan emas?
sebab emas ni laku dijual semula.
dan biasanya untuk jangka masa panjang, mengikut sejarah emas sebelum-sebelum ni, kenaikan harga emas akan membuatkan kita lebih untung bila menjualnya semula.
senang cerita, beli harga rendah, jual nanti insyaAllah harga dah naik.

berbanding kalau kita simpan duit tunai, kalau 10tahun dulu harga nasi lemak RM 1.00, sekarang dah RM 3.00. duit seringgit yang kita kumpul sejak sepuluh tahun lepas takkan cukup untuk membeli nasi lemak di masa sekarang. 
semua ni disebabkan inflasi yang menyebabkan nilai wang kita makin rendah.
harga barang pun makin mahal :(
katakan dulu mama damia ambik degree dengan kos RM 28k, jadi mama damia pun simpan la duit tunai RM 28k. konon cukup la tu ;p
tapi di masa akan datang, duit RM 28k yang mama damia simpan untuk pendidikan damia tu takkan cukup untuk menampung pembelajaran dia. masa tu kos pendidikan pun dah makin mahal.

cuba kalau kita dah beli emas sejak 10tahun dulu.
kita beli 1gram emas dengan harga RM80, sekarang kita boleh jual semula dengan harga RM140.
kan ke untung tu :) kan..kan..

tapi sy tidak melihat simpanan emas sebagai pelaburan yang menguntungkan jangka masa pendek.
beli hari ni, minggu depan nak jual balik sebab nak guna duit tunai, memang akan rugi.
jadi kalau berhajat nak beli emas, guna la duit yang kita tak pakai.
daripada simpan lama-lama dalam bank, baik tukarkan jadi emas.

dan opss..jangan pulak usik simpanan kecemasan untuk beli emas ye.
kalau tiba-tiba nak pakai duit tunai kang, rugi je kena jual emas yang baru beli dengan harga lebih rendah sebab susut nilai tu.

till then, selamat menyimpan :)

1 comment:

  1. Saya pun memang berkenan kat dinar...cuma blm cukup duit lagi huhu

    ReplyDelete