Sunday, June 22, 2014

ready for three?



my girls.
yang dah besar.
yang macam-macam ragam.
sorang melompat, sorang ikut.
sorang menyepah, sorang baling barang sama.
sorang jadi elsa, sorang jadi anna.
setiap masa bukak cite frozen sampai mama pening kepala.

kakak damia 3tahun 9bulan.
adik farhah 1tahun 8bulan.
dah besar ke?

saya rasa macam baruuuuuu je lagi dapat baby.
yang wangi keluar dan nurse letak atas dada sy.
bila tengok balik gambar newborn mereka, saya rasa nakkkkkk sangat baby baru.

kawan-kawan yang bersalin lepas sy pun ramai dah mengandung semula.
ohoiii lagi teruja nak pregnant semula.

tapi kalau tanya jauhhhh di dasar hati sy rasa belum ready.
nak menghadap morning sickness dan kena pergi kerja.
nak mengadap puan pengetua yg macam singa.

heh, tak baik kan.
ready atau tak, Allah lebih tahu.
so beginilah, Allah dah tulis bila masanya rezeki anak ketiga saya akan datang.
kalau ada, tandanya Allah memang tahu sy dah cukup bersedia.
masa tu sy terima jeeee :)

eh tapi kan..tapi kann tahun depan sy nak masuk 3 series dah.
haiyo..
;p

p.s lately asyik fikir pasal newborn baby je.haha.

No comments:

Post a Comment