Sunday, June 22, 2014

ebm@ setahun lapan bulan

pagi tadi sy buat operasi deep freezer.
sebab sejak mengumpul stok semula ni, sy tak catat, tak asingkan pun ebm mengikut bulan macam saya buat dulu-dulu.
main campak lambak je dalam deep freezer tu.
kaedahnya, makin anak kurang minum ni, mama semakin malas.
hah, amaun anak minum berkadar langsung dengan tahap kemalasan ibu kah?

tapi seperkara yang sy sangat jaga, kalau farhah habiskan 9oz sehari, sy mesti pam sampai dapat 9oz tu.
mesti sama atau lebih.
tak boleh negatif!
dan dalam seminggu ni, susu makin drop *nangis*
sy pam dapat 7oz je kat sekolah.3 oz pagi, tengah hari 4 oz je..huk huk huk.
so bila balik rumah, memang sy gigih la nak cukupkan jugak keperluan esoknya :p
ohoi hoiiii kena la sy berusaha lebih gigih lagi lagi nak masuk ramadhan dah ni.


susun punya susun punya susun.
asingkan ikut bulan dan masukkan dalam plastik yang berlainan.
dan kira-kira..total 290oz-------alhamdulillahhhhh :)

dah lama saya tak bagi frozen ebm kat farhah.
hari-hari guna chilled ebm je.
ye ye..sy malas nak cairkan susu, tuang dlm botol dan labelkan.
setahun lebih buat benda tu tau.
maka sekarang saya sedang bersenang lenang dalam pengurusan ebm.
setiap hari sy bekalkan susu yang diperah semalam.
so sy tak payah cairkan susu, tak payah label botol mana kena habiskan dulu, botol mana kena habiskan kemudian.
semua pun sama---> susu perah semalam.

natijahnya..ha ambik natijah gituuuu ;p
stok dalam deep freezer terbiar!
tapi takpe, stok paling lama dalam peti pun stok february.
belum cukup 6 bulan lagi.
eh, dah jaaaaaarang buka deep freezer susu tahan makin lama la kan.
kikikiki (gelak jahat)

nampaknya ramadhan ni kena juga sy gerakkan stok dan masukkan stok baru.
bertabahla ye mama.
lagi empat bulan.
yippieeeeeee :)

p.s farhah nak masuk 1 tahun 8 bulan pada 7 julai ni :)

No comments:

Post a Comment