Monday, June 2, 2014

Daftar haji anak-anak

Alhamdulillah.

Benda yang saaaaaaaangat lama ada dalam to do list sy.
Tp asyik tertangguh je.
Walauuuupunnnn opis encik suami tu sepuluh langkah je boleh sampai lembaga tabung haji kelana jaya tu ;p

Semalam akhirnya berjaya jugak daftarkan anak-anak untuk menunaikan haji.
Ambikkkk..dapat turn tahun 2071 kauu..
Masa tu damia dah 61 tahun.
Farhah 59 tahun.
Saya?
Entah wujud lagi entah tak di muka bumi ni.

Tp takpela.
Sekarang kan mekah tengah renovate besar-besaran.
Masjidil haram tengah dibesarkan..lebih banyak hotel dibina semula.
Hopefully beberapa tahun akan datang ni kuota haji akan bertambah banyak so peruntukan tahun tu akan berganjak ke depan sikit.
Berharap..berharap :)

Terima kasih.
Anda anda yang pernah menyumbang untuk anak-anak.
Setiap sen yang disedekahkan untuk anak-anak sy akan sy simpan dlm akaun tabung haji mereka.
Dan sekarang anak-anak dah setapak dalam melaksanakan rukun islam kelima ini.
Alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment