Tuesday, April 8, 2014

Powerbank!

Entry pertama di bulan april.
Taip entry guna s3.
Tak tahu kenapa kalau up entry guna hp ni nanti gambar dia jadi besar.
Hoi.malas nak godek camne nak betulkan.
Nampak sangat tak pandai kan :)

Sy bukan jenis up entry tiap tiap hari.
Malas.haha.
Biasanya kalau ada yg penting je baru sy up.

Kenapa komen disable?
Sebab sy malas nak layan komen tak ilmiah.
Yang penuh dengan emosi.
Dulu masa up entry pasal keburukan susu formula,ada la manusia mana entah tak puas hati kot.
Pegi komen entah pape.mencarut carut.
Siap bagi link blog mana entah suruh saya baca.

Saya syak dia buat entry balas kot.
Pastu nak suruh saya berdebat kat situ.
Ohoiiiii..not my type okey.
Sy ignore,tak bukak pun link blog yang dia bagi tu.
Silap orang la..sy bukan jenis nak lawan lawan dengan orang.
Nak emosi dengan entry orang,sila la emosi sorang sorang :)

Eh sy pun suka baca blog orang tau.
Tapi bila ada entry tak berkenan di mata dan hati sy,takde pulak sy nak p serang orang tu dengan komen ntah pape.
Sy diam diam dan terus berlalu.cheh.
Bagi sy,setiap orang perlu space untuk luah apa yang dia percaya dan apa yg dia rasa.
So biarkan je la dia.
Sebab kita pun ada kepercayaan sendiri kan?

Lagi, sy buat blog bukan nak capai trafik ribu ribu,jauh sekali nak glamour,apatah lagi nak dapat duit dari blogging ni.
InsyaAllah,duit gaji sy masih cukup ;p

Blog sy untuk simpan semua tips yg sy ada.
Tips parenting.
Tips menyusu.
Tips jalan jalan.
Juga untuk rujukan di hari kemudian.
Kekadang sy lupa hingus warna hijau tu jangkitan bakteria ke virus ek.
Maka tangan cepat cepat bukak balik entry blog.
Gitu..

So kalau tak suka,sila tekan X kat atas belah kanan tu.
Sy tak invite anda ke sini :)
Boleh?

Eh.
Konon nak cerita pasal powerbank.
Korang ada powerbank?
Dulu dulu sy mcm ntah pape la powerbank ni.
Charge je la hp kat rumah.
Boleh tahan sehaarian esoknya.
Tapi kan..tapi kan..
Sejak subscribe data plan ni,bateri memanjang habis sebelum waktu.
Cait.

Maka sy pun beli la seketul ni.
Eh dua ketul.
Satu untuk encik suami.
Saaaaaaaangat berguna okey!
Tak rugi ada :)

Lagi lagi masa kesesatan nak cari jalan menggunakan waze.
Kalau hp habis bateri,kalau takde tpt nak charge,sila la berhentikan kereta tepi jalan dan duduk termenung.

Tapi tidak dengan powerbank!!
Yippie :)

No comments:

Post a Comment