Friday, April 18, 2014

Susu merudum

Sejak bersalinkan farhah,cik kawan baik memang tak pernah menyinggah sampai la umur farhah setahun dua bulan.
Hey hey kawan baik..you know who you are ;p

Genap setahun dua bulan pulak tu.
7 januari 2014. Ambik. Tarikh pun ingat.
Punya lama..masa lepas bersalin kakak damia dulu pun ambik masa 7 bulan je cik kawan baik ni nak datang.

Then sejak tu saya notice susu macam sedikit merudum.
Plus sejak februari tu kan kakak damia wean off.
Maka kurang demand, kurang la supply.
Waaaa nangis!

Seminggu yang lepas kawan baik memang datang.
Dan susu memang drop.
Biasa pam 7oz - 8oz , dah tinggal 3oz - 4oz.
5oz jarang sekali.
Haha.hopefully beberapa hari akan datang ni supply akan kembali pulih.

Tak risau sangat sebenarnya sebab purata pam harian masih boleh memenuhi demand farhah.
Sekarang farhah minum 9oz je pun sehari :)
Eh motif smiley di situ?

Tapi saya dah mula rindu hasil tuaian macam dulu dulu.
Oh myyyy..rindu okey nak dapat belas belas oz!

Takpela.
Farhah pun nak masuk setahun setengah awal bulan depan.
Dah besar dah anak dara saya kan :)
Perjalanan berbaki 6 bulan.
Semangat saya masih utuh begini.

Bertahan mama!
;)

Sunday, April 13, 2014

Berat badan dan komitmen

Saja nak simpan timbangan hari ni setelah minggu minggu lepas timbang takmau turun dari 48kg.

Sure last week tu bloating sebab cik p nak datang la tu.
Dia dah mai,elok je berat turun seperti sediakala :)

Saya ni memang sangat la jaga badan.
Hari hari duk menimbang berat badan.
Pastu sentap seharian kalau berat naik.
Teruk punya perangai ;p

Kawan sekolah pernah tegur.
Jihan, u ni sangat komited la.
Hahaha.
Yesssss.
Dulu masa sekolah sy kuat main.
Kuat berangan.
Ada pakwe memanjanggggggg.tetttt.

Pastu result spm tak baik.
Haha.padan muka!
Bukan la tak baik sangat pun.
5A 5B 1C.
Tapi bagi sy result tu teruk :(
Dengan subjek sains entah pape.
Kimia yg sy sgt suka dapat b je.
Biologi lagi hampeh. C terus.

Then i learnt my lesson.
Kena bg sepenuh komitmen kalau nak buat apa apa.
Alang alang buat biarlah sepenuh hati.
Dan sy buktikan masa matrik :)
Masa kat uni pun sama.
Walauponnnnnnnn tak grad dengan first class degree khenn ;p

Since result spm tu sy bertukar.
Nak buat apa apa,kena buat sungguh sungguh.
Kalau setakat nak cuba cuba baik tak payahhhhh.

Tapi sampai hari ni sy menyampah tengok sijil spm.
Haha.spoil sungguh la!

Thursday, April 10, 2014

stok ramadhan

sambungan cerita deep freezer.
cerita df kosong ada di sini.
 
misi ramadhan katanya kannn :)

ramadhan tahun ini dijangka jatuh pada 29 Jun 2014.
uih, kejap je kan.
haaaa...yang kena ganti puasa tu dah habis ganti ke?

acik takde hutang puasa last year.
kaedahnya masa ramadhan lepas, cik kawan baik tu kan belum datang bertamu lagi.
maka bersenang lenang la acik berpuasa penuh sebulan.
cukup puasa, boleh la dapat duit raya penuh ;p
haha.

2014 ni insyaAllah tahun keempat saya berpuasa sebagai ibu menyusu.
2011- menyusu dan mengepam untuk damia.
2012-tak mengepam sebab pregnant adik, tapi still direct feed damia.
2013-menyusu damia dan farhah, mengepam untuk farhah.
2014-menyusu dan mengepam untuk farhah.
eh, yang 2014 ni tertakluk kepada perubahan. mana tau tiba-tiba ada projek baik punya baby 2015, maka kena la berhenti mengepam khennn ;p
tapi part direct feeding tu insyaAllah, takkan berhenti selagi farhah belum cukup 2 tahun.

jadi marilah kita gigih mengumpul stok susu.
berbaki beberapa bulan dan hari yang tinggal ni.
semoga dipermudahkan segala usaha kita :)

isi df terkini :)

Tuesday, April 8, 2014

Powerbank!

Entry pertama di bulan april.
Taip entry guna s3.
Tak tahu kenapa kalau up entry guna hp ni nanti gambar dia jadi besar.
Hoi.malas nak godek camne nak betulkan.
Nampak sangat tak pandai kan :)

Sy bukan jenis up entry tiap tiap hari.
Malas.haha.
Biasanya kalau ada yg penting je baru sy up.

Kenapa komen disable?
Sebab sy malas nak layan komen tak ilmiah.
Yang penuh dengan emosi.
Dulu masa up entry pasal keburukan susu formula,ada la manusia mana entah tak puas hati kot.
Pegi komen entah pape.mencarut carut.
Siap bagi link blog mana entah suruh saya baca.

Saya syak dia buat entry balas kot.
Pastu nak suruh saya berdebat kat situ.
Ohoiiiii..not my type okey.
Sy ignore,tak bukak pun link blog yang dia bagi tu.
Silap orang la..sy bukan jenis nak lawan lawan dengan orang.
Nak emosi dengan entry orang,sila la emosi sorang sorang :)

Eh sy pun suka baca blog orang tau.
Tapi bila ada entry tak berkenan di mata dan hati sy,takde pulak sy nak p serang orang tu dengan komen ntah pape.
Sy diam diam dan terus berlalu.cheh.
Bagi sy,setiap orang perlu space untuk luah apa yang dia percaya dan apa yg dia rasa.
So biarkan je la dia.
Sebab kita pun ada kepercayaan sendiri kan?

Lagi, sy buat blog bukan nak capai trafik ribu ribu,jauh sekali nak glamour,apatah lagi nak dapat duit dari blogging ni.
InsyaAllah,duit gaji sy masih cukup ;p

Blog sy untuk simpan semua tips yg sy ada.
Tips parenting.
Tips menyusu.
Tips jalan jalan.
Juga untuk rujukan di hari kemudian.
Kekadang sy lupa hingus warna hijau tu jangkitan bakteria ke virus ek.
Maka tangan cepat cepat bukak balik entry blog.
Gitu..

So kalau tak suka,sila tekan X kat atas belah kanan tu.
Sy tak invite anda ke sini :)
Boleh?

Eh.
Konon nak cerita pasal powerbank.
Korang ada powerbank?
Dulu dulu sy mcm ntah pape la powerbank ni.
Charge je la hp kat rumah.
Boleh tahan sehaarian esoknya.
Tapi kan..tapi kan..
Sejak subscribe data plan ni,bateri memanjang habis sebelum waktu.
Cait.

Maka sy pun beli la seketul ni.
Eh dua ketul.
Satu untuk encik suami.
Saaaaaaaangat berguna okey!
Tak rugi ada :)

Lagi lagi masa kesesatan nak cari jalan menggunakan waze.
Kalau hp habis bateri,kalau takde tpt nak charge,sila la berhentikan kereta tepi jalan dan duduk termenung.

Tapi tidak dengan powerbank!!
Yippie :)