Saturday, March 1, 2014

the lexis port dickson

entry basi.
muahahaha. macam tak faham kan?
busy beb..busy..*kaver line*

cerita bulan satu hari tu.
weekend panjang cuti apa entah dah tak ingat---> tengok, lama peram kan ;p
tetengah weekdays tu encik suami cakap kat saya yang dia rasa macam dah lama je kami tak spent masa together gether.
bahahahha..yeke?tak perasan pulak *ayat nak kena luku*

ye ye..selama ni kalau g berjalan ke mana-mana *tak termasuk tesco dan ioi mall* mesti ada dengan orang lain.
family saya contohnya. family saya contohnya. dan family saya contohnya. haha.
jadi saya selaku isteri mithali lantik sendiri pun iye kan aje la cakap encik suami.
kalau tak, kira derhaka la kan?
maka saya letakkan sepenuh kepercayaan untuk beliau *wah beliauuu* booking memana tempat untuk kami pegi jalan-jalan :) kaki jalan sejati mesti tak tolak punya la kalau ajak nak pegi mana pun.

kami pernah ke sini tahun 2011 dulu.
entry di sini.

sebab tempat ni best maka kami ulang tayang lagi ke sini.
tapi kali ni ambik bilik atas air.
dulu atas awan.

the lexis port dickson!!!! here we come!!! :)

kami bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi hari jumaat. sampai pukul 11 lebih.
buat muka kesian nak minta check in awal.
nasib baik boleh. yihaaaaaaa :)

bajet sangat la jakun masuk bilik.
ada glass panel atas lantai koooo..
leh tengok ikan berenang-renang kat bawah tu.
ikan duyung je takde.
kalau ada mampus dia skodeng kami ;p

macam biasa, ada satu katil king, satu katil queen.
eh ke dua dua saiz king?
dan macam biasa, anak-anak tidur katil lain, mama abah tidur katil lain. haha.

glass panel kat lantai
pemandangan dari balkoni
 bilik siap ada balkoni dan kerusi santai.
pergh..pergh..pergh..memang nikmatlah dikelilingi air lauk begitu.
eh air laut. bukan lauk.
gopoh nau nak cerita keindahannya.
maafkan la sifat kejakunan ini ye ;p

 bilik air yang ada bath tub.
ada shower gak.
kalau bahagian shower tu siap boleh bukak atap dia.
so boleh la mandi sambil melihat keindahan panorama awan nan membiru.
kena berak dek burung padan muka ko. hehe


tengah hari tu encik suami pegi solat jumaat, kami melepak kat bilik.
encik suami balik, kami pun keluar jalan-jalan cari makan, pastu pegi melepak pantai saujana.
nak mandi lautttttttttt :)


balik mandi laut, masing-masing terbongkang kat bilik.
dinner pun encik suami tapau makan kat bilik.
nampak tak..nampak tak pemalasnya di situ?
eh kata vacation kan...
takkan nak masak kotttt.. 

sabtu.
pagi-pagi pergi buffet breakfast.
memang heaven buffet kat sini.
baaaaaaaaaaaaaaaaanyak choice!
sesuai la..sesuai la..
*muka senyum senyum*

sekeliling hotel memang banyak kemudahan.
open swimming pool.
playground.
gymnasium.
boleh sewa basikal kalau nak pusing-pusing keliling hotel.
bilik karaoke pun adoooo.

pool bukan fool

bilik karaoke nak masuk kena bayar

gymnasiun utk orang gemuk..haha tipu.

basikal

outdoor playground

indoor playground pun ada.
seronok la melayan anak-anak dara kat sini.



kami ke teluk kemang untuk lunch.
kekonon nak mandi laut lagi tapi malas la pulak.
*simpan balik pelampung oren*

bagi kakak damia naik kuda.
real punyaaaaaaaaaaaa..
selama ni setiap minggu kakak damia request nak ke ioi mall.
semata nak naik kuda tipu yang macam marie go round tu.
tapi sekarang farhah pun dah pandai nak naik kuda tu.
*nangis*




makin banyak pulak mainan kanak-kanak macam ni kat sekitar teluk kemang.
ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
haha. tetiba berperibahasa begitu.

bagi chance la kakak damia main kejap.
bayar RM 10.
main la sampai pengsan pun.
tapinyaaaa..kakak damia main kejap je.
kejadahnya nak main lelama tengah hari buta camtu.
panas kot.
kena permukaan plastik belon *eh belon ke tu?* pun rasa dah perit kulit.
ni kan pula nak berlama-lamaan kan?

 

lepas asar, balik bilik dan terjun bath tub.
malam tu pegi ziarah family khalilah dan abidah.
saja jumpa mak ayah fana.
sekeluargaaaaaaaaaaa katanya :)

pagi ahad.
buffet breakfast lagi.
muka tak boleh blah kakak damia.


rambut farhah nak masuk mata dah.
kesian betul dia dapat seorang mama yang rajin lagi baik lagi beriman lagi mengancam di abad ini.
lagi penyayang lagi hebat lagi superpower lagi...hoi hoi cukup!
satu je kelemahan mama dia- malas potong rambut anak!


pukul 12 tengahari checkout, terus cau balik puchong.
kena balik awal. rumah tak kemas lagi.
mama damiafarhah kalau rumah tak vacum tak mop lebih seminggu nanti seminggu seterusnya dia moody tarik muncong masam je.
siapa yang kena layan??
encik suamiiiiiii jugak ;p

so tamatlah kisah percutian 3 hari 2 malam tajaan encik suami.
terima kasih hubby :)
nanti bawak kami jalan lagi tau..tau..tau..

nak tau harga bilik?
ehem ehem ehem ehem.
ehem lagi.
ehem ehem ehem ehem ehem ehem ehem ehem.

untuk yang tak berapa berduit macam ai olls ni rasa mahal jugak weh.
u olls yang berduit tutup mata boleh bayar je kan.
hahaha.

hoi betul betul la.

okey.
harga lebih kurang RM 500.
satu malam.
ok bai :)

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hi,
    Nampak bestnya cuti ke Lexis PD.
    Kalau next time nak dapat special member rate, boleh try book melalui website ni - discount rates at Lexis PD

    ReplyDelete