Friday, March 28, 2014

steam untuk anak yang selesema

hari tu masa farhah selesema saya buat teknik ni.
tujuannya nak bagi kahak dan hingus yang banyak tu keluar.
kadang-kadang macam tak perasan dia berkahak, tapi bila dia terbatuk, boleh dengar kahak tu macam pekat je dalam dada dia.

tak boleh jadi, kena la cairkan dan buat dia keluarkan kahak tu.

ambil air panas mendidih dalam baldi.
campur sikit air sejuk supaya tak la panas yang boleh menyebabkan melecur.
tapi still boleh nampak wap air tu naik.

tiarapkan anak kat peha kita.
adjust la supaya muka dia menghala ke wap tu.
hati-hati ya ibu.
cuba kita letak muka kita dulu. kalau panas sangat, jarakkan lagi supaya kulit anak tak melecur.


biarkan dia bernafas macam biasa sambil kita tepuk tepukkan belakang badan dia, bahagian tepi.
jangan tepuk direct kat tulang belakang tau.

mula-mula farhah nangis.
jangan risau, anak menangis lagi bagus.
boleh longgarkan paru paru dia masa ni.
tapi kalau dia meronta, kena la pegang lagi kuat.
risau dia terjatuh pulak dalam air panas kan.

mula-mula nangis, tapi lama-lama farhah redha je kena steam macam ni :)


dah lebih kurang 15 minit tu boleh la dudukkan dia.
terus sambung nangisss :) hehe.

seeloknya steam ni kena buat dua kali sehari, pagi dan petang.
lepas tu malam masa nak tido tu buatkan garlic socks atau garlic oil bubuh kat dada dan belakang.

lama dah selesema farhah ni.
berminggu-minggu jugak.
ni pun bunyi kahak dah clear, tinggal flu sikit-sikit je.
boleh tahan degil jugak selesema kali ni.

No comments:

Post a Comment