Sunday, March 23, 2014

bulan tidak sihat

mac yang penuh ujian.
start dengan farhah demam lima hari.
saya syak dia tonsilitis.
sebab suara dia jadi serak.
kepala sakit kot sebab saya kena urut urut kepala dia baru dia boleh tidur.

lepas tu encik suami demam on off seminggu.
siang sihat, malam mesti demam balik.

then kakak damia selesema 3 hari.
mujur tak demam. alhamdulillah.
last sekali mama pulak selesema dan mild fever semalam.

tapi kami tak pergi klinik pun.
remedi di rumah saja.
oh kecuali masa encik suami demam, kami ke klinik untuk ambik mc.
frust kan. doc diagnose viral fever (demam disebabkan virus)
kalau demam on off, siang sihat malam demam memang tanda viral fever.
kalau demam disebabkan bakteria, siang malam demam dan lesu.
tapi doc tu prescribe antibiotik!
saya rasa marah sangat.

bukan saya nak memandai-mandai.
ye saya tau, ramai kata kami ni berguru dengan doktor google la, berlagak lebih pandai dari doktor la.
tapi cuba bagitau saya.
kenapa nak kena makan antibiotik kalau viral fever?
antibiotik tu untuk bunuh bakteria (sama ada bakteria baik mahupun bakteria jahat) dalam badan.
sedangkan doc kata demam sebab virus.
nak bunuh virus tapi makan ubat bunuh bakteria?
bakteria dan virus tu tak sama.

dan doktor mana akan terangkan keburukan pengambilan antibiotik jika tidak diperlukan badan?
bahaya tau kalau sesuka hati je nak ambik antibiotik.
sebab antibiotik ni akan mengganggu sistem pertahanan semulajadi badan kita.
plus possibility untuk rentan antibiotik bila ia tak dihabiskan.

serius cakap, doktor macam ni la buat saya kuranggggggg respect sikit.
orang beriya-iya percaya pada doktor, tapi doktor jenis ni sewenangnya prescribe benda bahaya dan tak perlu.
kalau kes jangkitan bakteria yang betul-betul kronik mungkin boleh la nak bagi antibiotik tu.

ok dah.
tak yah membebel panjang.
tak nak jumpa doktor sudah.

jadi apa saya buat?
ini benda-benda wajib ada kat rumah saya kalau kami tak sihat.
olivenol (minyak zaitun), madu, habbatussauda dan minyak kelapa dara.


 ubatan moden, macam paracetamol cuma akan menghilangkan simptom penyakit je.
contohnya kalau demam.
kenapa kita demam?
demam tu petanda ada benda asing(virus atau bakteria) yang masuk dalam badan. lepas tu sistem pertahanan semulajadi kita pun melawan la benda asing tersebut. sebab tu suhu badan kita naik.
fungsi pcm cuma untuk turunkan suhu je.
pcm tidak membunuh virus/bakteria penyebab demam tu pun.
yang akan membunuh virus/bakteria tu sistem badan kita la.

jadi kita sepatutnya fokus untuk menaikkan sistem imun badan.
kuatkan askar askar dalam badan kita so askar-askar ini boleh melawan musuh yang datang dengan lebih baik.
fungsi minyak zaitun, madu, habbatussauda dan minyak kelapa dara ni untuk menaikkan immune system kita la.

semuanya makan sunnah yang nabi kita ajar.
apa lagi yang lebih baik dari cara hidup Islam kan :)

ops..tapi saya tak kata pun saya menolak perubatan moden sepenuhnya.
saya percaya ada kes yang kita memerlukan doktor untuk merawat.
cuma untuk kes kes kecil setakat demam batuk selesema, kita perlu percaya Allah jadikan kita dengan sebaik-baik kejadian.
Allah cipta kita lengkap dengan sistem untuk melawan penyakit.

teratas dari itu, kita perlu sangat percaya bahawa yang memberi penyakit itu Allah, yang berhak menyembuhkan juga Allah.
ubat-ubatan semua ini cuma sebagai perantara.
ikhtiar kita sahaja.
sembuh atau tidak tu semua kerja Allah.

till then, semoga kita semua dalam perlindunganNya :)

No comments:

Post a Comment