Sunday, February 16, 2014

umrah bersama anak kecil 2013 : ziarah wida' dan pulang

entry terakhir.
sedih sebenarnya menghabiskan catatan ini.
tapi rasa tak best berhutang cerita dengan anda.
mana boleh cerita sekerat jalan kan :)
semoga lepas ni murah rezeki kita semua untuk ke sini..aminnnnn :)

kalau ke Makkah jangan lupa rasa aiskrim dia ni tau.
kakak damia asyik mintak aiskrim je.
nasib la sedappp-mama pun tumpang makan sekali :)


subuh terakhir di Masjidilharam.
angkut anak-anak naik stroller walaupun anak-anak masih tidur.
taknak lepaskan peluang ni.
pukul 3.30am dah ke masjid.
ingatkan sempat la nak tawaf sunat ke apa.
sekali sangat ramai orang.
risau nak berebut tempat solat, kami terus pegi masuk ruangan solat dan cop tempat je.
baca quran je pun jadi la :)


balik masjid, kami tolak sorang satu stroller.
tetiba ada sorang makcik dari Malaysia tahan kami.
nak ambik gambar katanya.
kih kih kih-tetiba feeling retis di bumi Makkah youuu ;p

motif sangat kan makcik tu.
katanya saja nak bawak balik gambar nak tunjuk kat anak cucu.
dia kata nak buktikan kat anak-anak dia yang bawak anak kecik pegi umrah ni tak susah.
anak dia taknak bawak anak (cucu dia la kot) sebab risau nanti payah nak handle anak kecik.
ayyo..ayyo..kami relakan je la gambar diambil ;)

balik hotel, sarapan dan terus balik bilik.
mandi, siapkan anak-anak dan kemas barang-barang.
kami dijadualkan naik bas pukul 2.30pm.
nak kena buat tawaf wida' semua.

pukul 10.30am, saya, mak, adik dan kakak ipar ke Masjidilharam.
nak buat tawaf selamat tinggal.
wajib buat ni.
dan lepas tawaf ni kita dah tak boleh nak berlama-lamaan kat masjid.
tak boleh membeli belah, tak boleh ambik gambar dah lepas ni sampailah kita keluar dari tanah haram tu.

memandangkan ada anak-anak kecil, saya decide utk buat tawaf ni awal sikit.
bagi peluang encik suami ke masjid waktu zohor nanti.
kalau nak buat tawaf lepas zohor saya takut tak sempat.
nak handle anak-anak dan kembali ke hotel untuk lunch, sedangkan kena naik bas pukul 2.30pm.
jadi masa saya ke Masjidilharam untuk tawaf ni, encik suami tolong jagakan anak-anak kat bilik hotel.

dalam perjalanan ke Masjidilharam, saya snap gambar-gambar ni.
kenangan.
nanti tahun-tahun akan datang, bila saya datang semula ke sini, mesti rupa keadaannya dah tak sama.
maklumlah, sekarang pun dah tengah proses major renovation kan.



mak saya pulak nak bergambar berlatarbelakangkan kaabah.
satu impian yang tak tercapai kat sini ialah nak ambik gambar family depan kaabah.
susah betul sebab kami solat asing-asing.
pastu ramai orang dalam masjid, susah nak janji kumpul dalam masjid.
kalau nak makan pun janji jumpa kat luar masjid je.


selesai tawaf wida', kami balik hotel.
masa ni dah pukul 12.00pm.
tunggu sampai 12.30pm, solat zohor kat bilik, kami terus turun lunch.

makan tengahari kat hotel dan cepat-cepat naik bas.
sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(

sepatutnya kami akan berhenti solat kat masjid terapung.
dekat dengan  laut merah.
tapi nape entah driver tu taknak bawak kami ke situ :(
singgah solat kat RnR biasa je.

smpai kat Jeddah International airport pukul 5.00pm.
cecepat masing-masing keluarkan handphone.
maklumla dh keluar dari tanah haram kan..kan..
dasar gila bergambar ;p

bapak lama kena tunggu flight kami pukul 11.23malam tau.
siap kitorang boleh tergolek mentido kat surau kat airport tu.


check-in.
wrap segala stroller.
ambik makanan dan masuk ke ruangan menunggu.

sila abaikan muka tembam.
makan tak beringat sepanjang kat sini.
melantak nasi bariani kambing macam apa.
sila la terima kenyataan kenaikan berat badan.
wuhuuuhuhuhu :(


at last, naik flight dan masing-masing tertidur.
anak-anak kepenatan tapi adik mengamuk sebab tido atas riba.
yela, dia mana ada kerusi kan.
so akhirnya kami bentang selimut bawah kaki.
kakak damia tido kat lantai bawah, adik tido kat seat kakak.
alhamdulillah settle masalah.
sambung tido dengan lena.

kali ni kami solat subuh dalam flight.
yela, gerak pukul 11.23malam, masa perjalanan 8 jam, kami sampai KLIA 1.00 petang.
so dalam pukul 4pagi kami ambik wudhuk guna spray tu je.
dalam flight saudi air ni ada tempat solat.
takde masalah.
solat je dengan pakaian yang sedang dipakai.
takyah tukar-tukar telekung pun.


at last, sampai juga di KLIA.
semua orang dapat sebotol 10L air zam zam.
kami berempat maka kat rumah kami dapat empat botol zam zam :)

ambik segala beg dan cari limo untuk balik puchong.
kali ni ambik dua van besar sikit.
harga tak ingat-dalam RM130 satu van kot.

sampai rumah ngam-ngam asar.
masing-masing jet leg dan tido.

alhamdulillah..alhamdulillah.
tamat sudah travelog umrah kami kali ini.
segala puji bagi ALlah yang memberi segala ruang peluang rezeki dan kesempatan untuk ke sana.

semoga cacatan ini boleh memberi sedikit panduan kepada kawan-kawan yang nak ke sana.
eh eh..dah baca ni nanti bila pegi sana doakan saya diberi rezeki untuk ke sana lagi tau :)

till then.
kalau ada apa-apa boleh la pm saya kat fb, atau sms/wassap je 0193119017.


2 comments:

  1. salam,
    bersungguh2 baca semua entry umrah bersama anak kecil ni. bercampur baur perasaan, gembira sedih senyum siap meleleh air mata lagi. complete semua sama dengan complete cerita ni. thanks ya berkongsi pengalaman umrah dengan baby ni... sangat2 jadi panduan untuk kami nanti - nak bawa baby jugak.. insyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.
      terima kasih kerana membaca :)
      Semoga mendapat manfaat dengan sedikit perkongsian ini.
      nanti kalau ke sana doakan sy diberikan rezeki ke sana lagi ye :)

      Delete