Sunday, February 16, 2014

umrah bersama anak kecil 2013 : hari kesepuluh- ziarah kota makkah dan umrah terakhir

21 disember 2013.
hari ni ada ziarah ke muzium dua masjid dan ladang unta.
lepas tu berniat di hudaibiyah bagi sesiapa yang nak buat umrah lagi.

aktiviti hari ni tak termasuk dalam pakej so kami bayar SR25 sekepala untuk join.
kalau ikutkan badan yang penat memang la taknak join.
tapi memikirkan entah bila lagi nak ke sini..
lagi lagi dah tinggal hari ni je untuk buat umrah.
esok nak balik dah :(

muzium dua masjid ni menempatkan barang-barang dari Masjidilharam dan Masjid Nabawi.
nak masuk muzium ni bukan suka suki je.
kena minta permit.
dan kerajaan arab saudi memang limitkan pengunjung yang masuk sini.
kira rezeki kami jugak la dapat masuk..alhamdulillah :)

jadi layan gambar je la ye.
nak terangkan pun tak reti sangat sebab semua penerangan dalam bahasa arab ;p















kejap je kat muzium tu.
dalam setengah jam, kami gerak ke ladang unta pulak.
bau untaaaaaaa ;p
tapi semangat gila kakak damia nak main dengan unta.


boleh beli susu unta fresh.
sebotol dia jual SR5.
sebelum datang sini, masa tengah study pengalaman orang yang dah pernah ke sini, dorang kata jangan minum susu unta tu terus.
sebab susu unta ni pelawas yang baik.
nanti tak pasal nak mencari toilet kat tengah padang pasir ni :)



next, kami ke masjid hudaibiyah.
ya, di sini la perjanjian hudaibiyah berlaku.
di bawah sepohon pokok, di antara orang Islam yang bersama rombongan Nabi untuk menunaikan haji di Makkah dan kaum Musyrikin Makkah.
tapi menurut mutowif kami, pokok tersebut telah ditebang sebab banyak sangat berlaku perkara yang khurafat kat situ.



solat sunat ihram, berniat umrah dan kami kembali kehotel.

terus ke masjidilharam sebab nak selesaikan umrah cepat-cepat.
masih ramai jemaah sebab masih weekend kan.




siap buat umrah selepas zohor, kami jalan cari makan.
balik hotel dan rehat :)

esok nak balik.
sedihnya meninggalkan tanah haram ini :(


No comments:

Post a Comment