Friday, February 21, 2014

deep freezer kosong dan wean off damia

ini cerita 2-in-1.
haha..macam minuman kan?

deep freezer saya dah kosong.
semua stok ebm dah disedekahkan kepada cik abidah bam bam, anak susuan kami tu.
cerita abidah di sini.

sila la percaya..abidah minum banyak!
tak terkejar kami dek demand dia.
kadang kadang siang hari sementara ummi dia pergi kerja, dia boleh pulun 35oz.
perghhh..patutla semangat sangat abidah.

pulak tu dah dua tiga minggu ni abidah taknak direct feed.
so ummi dia terpaksa jadi EP.
bawak ebm sana sini.
mencabar..mencabar..



tiba-tiba teringat kisah saidatina Khadijah yang menyerahkan kesemua harta dia untuk Nabi Muhammad gunakan demi agama Islam.
dan kisah beberapa orang sahabat nabi yang sanggup dermakan semua harta mereka tanpa ada rasa takut tidak cukup untuk diri sendiri.

selama ni saya selalu terbaca status orang yang mahu jadi kaya supaya boleh lebih banyak memberi.
dan terlintas di fikiran saya, semudah itukah?
bercakap dan menulis status memang senang kan.
jadi mari kita buktikan.
bila sampai satu ketika di mana kita perlu korbankan apa yang kita ada demi orang lain.

alhamdulillah, saya gembira :)
sekurang-kurangnya saya tahu setiap titis yang saya perah tidak disia-siakan.
ia diminum dan menjadi darah daging!
dengan harapan, semoga segala kebaikan yang dibuat oleh tuan punya badan, ada sedikit pahalanya untuk menolong saya di sana.
moga setiap doa yang dipohon untuk ibu bapanya, terselit sedikit untuk selamatkan saya dari azab neraka.

farhah dah nak masuk setahun empat bulan februari ni.
dah lebih setahun, saya tak risau intake ebm dia.
dia masih boleh directfeed di rumah.
lagi lagi mama dia yang cikgu tu kan banyak cuti. (eh? eh?) ;p

jadi macam mana dengan stok ebm farhah?
setakat ni saya masih mampu perah hari ni untuk bekalan farhah ke taska esoknya.
plus ada la lebihan satu, dua oz.
insyaAllah selagi tak mengandung, saya usaha untuk cukupkan keperluan dia.
saya percaya rezaki Allah tu sentiasa ada.
kita hanya berusaha bersungguh-sungguh, selebihnya minta saja dengan Allah.
Allah itu kan Maha Baik :)

cerita kedua.
dah beberapa minggu ni damia dah tak menyusu.
mula-mula tu dia asyik sebut jugak.
tapi akhirnya dia macam faham je :)
kakak dah besar kan, mama..dah tak payah minum susu mama. minum susu kotak je :)

jai kalau nak susu, dia akan mintak susu kotak dia.
tidur malam pun dah tak payah mengempeng.
alhamdulillah..mudah je nak wean off dia.
(setakat ni wean off la-kalau esok esok sambung balik sy taktau la ye ;p )



dah besar dah anak mama.


mama akan sentiasa merindui detik detik menyusukan kakak.
semoga air susu yang mengalir dalam badan kakak menjadikan kakak sihat selalu, menjadi anak solehah yang patuh pada Allah, sentiasa doakan mama bila mama dah tiada nanti :)
semoga segala jerih perih selama ni menjadi hitung amalan yang membolehkan saya jauh dari seksa kubur dan seksa neraka.
lalu dimasukkan ke dalam syurga yag kekal abadi.
aminnnnn..






No comments:

Post a Comment