Thursday, January 2, 2014

umrah bersama anak kecil 2013 : hari kelima - ziarah wada' dan perjalanan ke makkah

hari terakhir di Madinah dimulakan dengan solat subuh berjemaah.
syahdunya rasa.
entah bila dapat merasa solat di sini lagi :(

balik solat, sarapan.
barang semua dah siap malam tadi.
tinggal nak turunkan beg ke lobi je.

dalam pukul 7 kami ke raudhah.
anak-anak tinggal dengan encik suami kat bilik.
nak buat ziarah wada' (ziarah selamat tinggal) untuk Rasulullah SAW.
memohon maaf jika ada adab yang tidak dipenuhi sepanjang berada di bumi Madinah ini.

macam biasa. jemaah tak berapa ramai.
masih boleh bersolat dan berdoa panjang.
solat dhuha, solat hajat.
sangat sangat berdoa agar dimurahkan rezeki untuk datang ke mari lagi.

karpet hijau raudhah yang sangat dirindui


kedatangan kami ke Raudhah kali ketiga ni memang betul-betul bermakna.
dua kali sebelum ni, kami tak berpeluang langsung mendekati makam Nabi Muhammad SAW.
kawasan sekitar makan tu ditutup (taktau la sebab apa)

tapi kali ni dia memang buka kawasan tu.
sampai betul-betul pagar hijau yang memisahkan kami dan makam Nabi.
allahumma solli 'ala sayyidina muhammad.
gembira-sayu-sedih-terharu---semuanya bercampur baur.
berdoa panjang dan meminta syafaat dari Nabi.
semoga di akhirat nanti boleh duduk bersama-sama baginda.




jasad Nabi di dalam pagar hijau tu

pintu jibril
 masa nak keluar dari raudhah terserempak dengan anak-anak kecil ini.
rombongan sekolah agaknya.
seronok kan dorang.
kecil-kecil lawatan ke makam Nabi.
mesti feel tu lebihhhhhhh je bila boleh tengok sendiri makam nabi tu :)


balik bilik, bersiap.
mandi sunat ihram dan pakai jubah putih.
sebab kami akan ke bir ali, bermiqat di sana dan terus ke Makkah lepas zohor nanti.

lepas zohor, makan dan berkumpul di lobi.
jemaah lelaki dah siap berihram dah.
first time nampak encik suami pakai ihram :)

ingatkan kami akan bersolat sunat ihram di masjid bir ali ni.
sekali takde rezeki pulak :(
kisahnya, masa solat zohor tu kami sekali dengan jama' asar.
sebab perjalanan ke Makkah akan ambil masa 6 jam naik bas.
senang kot kalau dah siap jamak.

sekali bas kami lambat gerak.
biasalah dengan jemaah yang ramai, dengan segala barang-barang, pergerakan jadi lambat sikit.
kami sampai di masjid bir ali ngam-ngam azan asar.
oleh sebab kami dah solat asar, kami dah tak boleh la nak solat sunat lagi.

hmm..takpela, takde rezeki.
ambik gambar kat masjid bir ali je la.



berniat di sini, maka bermulah 13 pantang larang ihram kami.
wah, berdebar ni masing-masing.
kalau tersilap langkah mau kena dam.

dalam bas, masing-masing buka buku panduan.
gigih tu study.
cadangannya, sampai je kat Makkah nanti, kami akan check in hotel dan terus ke masjidilharam untuk melengkapkan ibadah umrah wajib kami.
taknak tunggu lama-lama dan kena jaga pantang larang ihram pulak.


dari dalam bas-menuju Makkah
sepanjang perjalanan, kami bertalbiah beramai-ramai.
lepas tu ambik kesempatan untuk lelap kejap.
jauh lagi perjalanan.
sampai sana nanti lebih banyak tenaga nak digunakan :)

singgah makan malam di R&R.
nasi mandhi yang mabeles :)
lepas makan, solat jama' isyak dan maghrib.


sampai di Hera Hotel kira-kira pukul 10 malam.
check-in, letak barang, dan terus turun semula ke lobi untuk ke masjidilharam.
jarak hotel ke masjid agak jauh jugak.
dalam 700meter.
dengan keadaan berhabuk sepanjang perjalanan disebabkan Makkah tengah membuat major renovation.
sebahagian masjidilharam diruntuhkan untuk tujuan pembesaran.
banyak hotel di sekitar Makkah juga dirobohkan untuk pembinaan hotel yang lebih banyak.
so bolehlah menampung lebih ramai jemaah haji di masa akan datang.

anak-anak dah keletihan masa ni.
masukkan dalam stroller dan tolak sampai masjidilharam.
masing-masing lena..alhamdulillah :)

tapiiii..tapiiii..tapiii..
cabaran bermula apabila stroller tidak dibenarkan masuk dalam masjidilharam!
haih, pulak dah.
saya tak tau pun..selama ni saya baca pengalaman orang, ada je yang boleh masuk.
dah la masing-masing blur sebab first time jejak kaki ke sini.
dah tengah malam, anak-anak tido.
kalau tak boleh tolak stroller macam mana pulak kami nak follow mutowif untuk  buat tawaf?
nak buat sendiri haruslah tak reti kan.
*masa pergi ceramah pasal umrah dengan Dato' Hj Daud Che Ngah, dia kata tak boleh dukung anak masa tawaf.anak yang masih pakai pampers tu menanggung najis. masa tawaf, kita diwajibkan bebas dari najis dan berwudhuk. then kalaupun kita yakin anak kita bebas najis, mendukung anak dikira seorang, so kalau nak buatkan umrah untuk anak sekali, kena pusing 14 pusingan la*

nak buat macam mana.
terpaksa la tempuh apa pun cabaran.
ni baru sikit kot-positif..positif..:)
so kami decide untuk buat tawaf secara bergilir.
memandangkan akak ipar saya dah pernah datang sini dan dah tahu macam mana nak buat tawaf, dia stay dengan saya.
encik suami pegi ikut mutowif buat tawaf dulu, saya jaga anak-anak.
sedih sangat rasa masa ni :(
berbaur-baur perasaan.
takpela, sementara menunggu encik suami take turn jaga anak, saya buat la solat sunat pape yang patut.

habis je encik suami tawaf, saya pulak pegi dengan akak ipar saya.
oh, senang je rupanya.
tak sesusah yang saya risaukan :)
hihi, tu la, risau je lebih ;p
 haaa..tapi yang membuatkan saya rasa macam eiiii tu adalah bila masa saya tawaf, saya jumpa je orang yang tolak stroller baby.
siap ada twin stroller.
wah, apakah?apakah?apakah?
takpelah,takpelah..bukan rezeki saya kot :)
kejap je siap tawaf.
kami terus ke kawasan saie.
masa ni memang dah terpisah dengan kumpulan.
takpela, tawakkal je buat sendiri.
berpandukan buku yang sememangnya sentiasa tersangkut di leher :)

saie ni mudah je.
tak perlu berwudhuk.
tak perlu bebas dari najis.
so boleh dukung anak.
masalahnya, kami kan dah tak boleh bawak masuk stroller.
masa ni cik snuggbaby saya pun tak bawak.
sebab kekonon nak tolak stroller je kan.

hmmm..no choice, terpaksa la dukung anak sambil buat saie.
kesian anak-anak tengah tidur.
dan jarak antara bukit safa dan marwah tu agak jauh jugak.
sabar je la.
saya dukung farhah, encik suami dukung damia.
yeah..yeah..kata nak menghayati kesusahan Siti Hajar berulang alik ke bukit safa dan marwah demi anaknya kan.
maka kami pun bersusah payah di sini dengan anak-anak :)

siap tujuh kali ulang alik, saya gunting rambut.
at least 3 helai.
maka sempurnalah sudah umrah wajib ke atas saya :)
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
perjalanan yang sangat manis untuk saya kenang :)

encik suami belum bergunting lagi.
sebab dia nak terus botakkan kepala.
kena la ke kedai berhampiran.

di bukit marwah-selesai umrah wajib :)

bukit safa
masa dah last pusingan saie tu terserempak dengan ahli keluarga saya yang lain tengah rest minum air zam zam.
so dorang tunggu kami siap, bergunting sama-sama dan keluar dari masjidilharam.
masa ni dah pukul 2 pagi.

zam zam tower

pintu King Abdul Aziz

encik suami sesudah botak ;p
rindunyaaaaa...saya menulis, melihat-lihat gambar kenangan ni dengan perasaan yang sangat rindu.
rindu sangat suasana kat sana.
rindu orang berpusu-pusu ke masjid tak kira masa.
rindu kaabah, rindu masjidilharam.
rindu tong air zam zam.
rindu semua semua.
kat sana memang sangat seronok.
takde fikir lain. takde nak ingat kerja.
fikir pukul berapa nak ke masjid je.
bestnya..semoga ada rezeki untuk ke sana lagi :)

No comments:

Post a Comment