Sunday, January 26, 2014

umrah bersama anak kecil 2013 : hari kesembilan-miqat taneem

hari ini hari Jumaat.
alhamdulillah, penghulu segala hari.
dan alhamdulillah juga, Jumaat kedua kami di tanah suci :)

hari ni memang fokus untuk ibadah umrah semata-mata.
pagi-pagi lepas breakfast kami naik bas terus ke masjid taneem (sebutan : tana'im)
bermiqat, niat umrah, dan solat sunat ihram di sini.




naik bas semula dan terus ke masjidilharam.
seperti yang dijangka, masjidilharam sangat sesak di hari Jumaat.
ramai orang beriktikaf di masjid sementara nak tunggu solat Jumaat.
ramai juga yang buat umrah.
sana sini boleh nampak ramai sangat yang memakai kain ihram.

kami berpecah dari group.
biasalah, saya dan suami kan ada anak kecil.
kami lambat sikit buat umrah since kami kena bergilir untuk tawaf.

disebabkan orang ramai, pergerakan tawaf pun jadi sedikit lambat.
saya tawaf dulu, lepas tu encik suami pulak buat tawaf.

habis je encik suami tawaf, dah pukul 11 lebih.
12.30 dah zohor.
tak sempat dah kami nak buat saie.
sebab masjid masa ni dah sangat sangat sesak.
nak berjalan ke kawasan saie pun dah tak boleh.

so kami decide untuk solat Jumaat dulu.
wah, saya sangat teruja!
ini la pertama kali dalam seumur hidup saya solat Jumaat.
dan solat yang pertama kali ini dapat saya laksanakan di Masjidilharam!!
syukur alhamdulillah..betapa banyaknya nikmat Allah kurniakan, sedangkan betapa sedikitnya peruntukan masa saya untuk bersyukur :(

menunggu solat jumaat
jemaah wanita pun ramai yang solat Jumaat.
memang penuh sangat sangat la masjid masa ni.
solat pun berhimpit-himpit.
so dinasihatkan kepada sesiapa yang nak solat Jumaat tu, datang la awal dan iktikaf di masjid je.
senang, takdela kena solat kat luar di bawah terik mentari.

saya dapat solat bawah tangga je. seriau juga masa solat sebab anak-anak sibuk turun naik tangga ni.



lepas solat, terus ke kawasan saie.
terserempak mak saya tengah berseorangan.
rupanya dia terpisah dengan adik ipar saya.
janji nak jumpa di marwah, tapi cari punya cari memang tak jumpa.
kat sini kena hati-hati bab ni la.
orang sangat ramai, semua nampak sama je sebab masing-masing berpakaian ihram warna putih.
susah nak cam, lagi-lagi kita ni bersaiz kecil dan orang sana bersaiz besar.
jadi kena la sediakan handphone yang ada kredit dan bateri kat sana.
papehal senang nak kontek.

since anak-anak saya dah tertido, mak saya tolong jagakan anak-anak kat bukit marwah.
saya dan suami buat saie.
memang sangat letih.
cuaca hari ni panas, ditambah ramainya umat manusia dalam masjidilharam.
tak terbayang rasanya macam mana musim haji.

mode : cepat-cepat bisik kat encik suami untuk kumpul duit supaya boleh pegi haji masa masih muda.
sedangkan nak buat umrah pun terasa kepenatannya, ni kan pulak kalau buat haji masa dah tua nanti.

habis saie, kami bergunting sendiri je.
keluar dari masjidilharam, singgah kat kedai berdekatan masjid untuk tapau makanan.
yela, kami kan tak sempat lunch lagi.
kat hotel waktu lunch lepas zohor.
tak dan la kami nak ulang alik hotel dalam keadaan dalam pantang larang ihram macam tu.
selesanya habiskan umrah dulu, keluar dari ihram baru senang hati nak makan-makan dan rehat-rehat :)

sampai hotel, makan.
mandi bersihkan badan yang berlengas semua.
mandikan anak-anak.
solat asar.
rehat terus tertidur.

maghrib dan isyak pun saya solat di bilik je.
esok ada ziarah lagi :)


No comments:

Post a Comment