Sunday, January 26, 2014

umrah bersama anak kecil 2013 : hari kesembilan-miqat taneem

hari ini hari Jumaat.
alhamdulillah, penghulu segala hari.
dan alhamdulillah juga, Jumaat kedua kami di tanah suci :)

hari ni memang fokus untuk ibadah umrah semata-mata.
pagi-pagi lepas breakfast kami naik bas terus ke masjid taneem (sebutan : tana'im)
bermiqat, niat umrah, dan solat sunat ihram di sini.




naik bas semula dan terus ke masjidilharam.
seperti yang dijangka, masjidilharam sangat sesak di hari Jumaat.
ramai orang beriktikaf di masjid sementara nak tunggu solat Jumaat.
ramai juga yang buat umrah.
sana sini boleh nampak ramai sangat yang memakai kain ihram.

kami berpecah dari group.
biasalah, saya dan suami kan ada anak kecil.
kami lambat sikit buat umrah since kami kena bergilir untuk tawaf.

disebabkan orang ramai, pergerakan tawaf pun jadi sedikit lambat.
saya tawaf dulu, lepas tu encik suami pulak buat tawaf.

habis je encik suami tawaf, dah pukul 11 lebih.
12.30 dah zohor.
tak sempat dah kami nak buat saie.
sebab masjid masa ni dah sangat sangat sesak.
nak berjalan ke kawasan saie pun dah tak boleh.

so kami decide untuk solat Jumaat dulu.
wah, saya sangat teruja!
ini la pertama kali dalam seumur hidup saya solat Jumaat.
dan solat yang pertama kali ini dapat saya laksanakan di Masjidilharam!!
syukur alhamdulillah..betapa banyaknya nikmat Allah kurniakan, sedangkan betapa sedikitnya peruntukan masa saya untuk bersyukur :(

menunggu solat jumaat
jemaah wanita pun ramai yang solat Jumaat.
memang penuh sangat sangat la masjid masa ni.
solat pun berhimpit-himpit.
so dinasihatkan kepada sesiapa yang nak solat Jumaat tu, datang la awal dan iktikaf di masjid je.
senang, takdela kena solat kat luar di bawah terik mentari.

saya dapat solat bawah tangga je. seriau juga masa solat sebab anak-anak sibuk turun naik tangga ni.



lepas solat, terus ke kawasan saie.
terserempak mak saya tengah berseorangan.
rupanya dia terpisah dengan adik ipar saya.
janji nak jumpa di marwah, tapi cari punya cari memang tak jumpa.
kat sini kena hati-hati bab ni la.
orang sangat ramai, semua nampak sama je sebab masing-masing berpakaian ihram warna putih.
susah nak cam, lagi-lagi kita ni bersaiz kecil dan orang sana bersaiz besar.
jadi kena la sediakan handphone yang ada kredit dan bateri kat sana.
papehal senang nak kontek.

since anak-anak saya dah tertido, mak saya tolong jagakan anak-anak kat bukit marwah.
saya dan suami buat saie.
memang sangat letih.
cuaca hari ni panas, ditambah ramainya umat manusia dalam masjidilharam.
tak terbayang rasanya macam mana musim haji.

mode : cepat-cepat bisik kat encik suami untuk kumpul duit supaya boleh pegi haji masa masih muda.
sedangkan nak buat umrah pun terasa kepenatannya, ni kan pulak kalau buat haji masa dah tua nanti.

habis saie, kami bergunting sendiri je.
keluar dari masjidilharam, singgah kat kedai berdekatan masjid untuk tapau makanan.
yela, kami kan tak sempat lunch lagi.
kat hotel waktu lunch lepas zohor.
tak dan la kami nak ulang alik hotel dalam keadaan dalam pantang larang ihram macam tu.
selesanya habiskan umrah dulu, keluar dari ihram baru senang hati nak makan-makan dan rehat-rehat :)

sampai hotel, makan.
mandi bersihkan badan yang berlengas semua.
mandikan anak-anak.
solat asar.
rehat terus tertidur.

maghrib dan isyak pun saya solat di bilik je.
esok ada ziarah lagi :)


umrah bersama anak kecil 2013 : hari kelapan- aktiviti masjid je

yada..yadaaa..
kalau macam ni punya frekuensi sampai ke sudah la tak habis cerita umrah kami ni kan.

maaflah pada yang menunggu.
walaupun azamnya nak habiskan entry sebelum naik sekolah, ni dah nak sebulan dah sekolah pun tak siap lagi.

biasalah, awal tahun ni agak busy.
dengan tahun ni kami dapat bos baru.
awal tahun yang dihiasi dengan anak-anak tak sihat.
maka tertangguh seketika la entry saya ni :) *motif smiley di situ?*

okey.okey.
hari kelapan ni kami takde buat apa.
just ke masjidilharam sahaja since dah penat semalaman kat masjid kan.

lepas solat subuh di masjid, balikhotel, breakfast dan tidurrrr :)
zohor pun saya solat kat bilik je since anak-anak masih tidur.
lepas makan tengah hari, baru saya ke masjid untuk solat asar.

masjidilharam yang tak pernah sunyi


tempat letak stroller-sebenarnya bukan kat sini letaknya.tapi sebab orang tak ramai, boleh la nak letak
lepas solat asar, kami ke safwa tower.
yeyeah..misi mencari makanan malaysia masih belum berakhir.
jumpa!
felda d saji yang disebut-sebut tu.
semua orang excited jumpa makanan malaysia.
padahal makanan yang andalusia sediakan pun okey je.
makanan indonesia yang lebih kurang je dengan makanan kita.


ayah saya beli roti canai, 3 riyal sekeping okey.
mahal tu kalau kat malaysia.
tapi sebab beli kat sini, tak rasa mahal pun.
hehehe ;p

saya beli sebungkus mi goreng dengan harga 15 riyal tau.
tapi rasanya tak sama pun dengan cara masakan malaysia.


lepas makan kami balik ke masjidilharam.
solat maghrib dan isyak.
balik hotel, dinner dan berehat.

esok akan ke tana'im.
miqat di sana, berniat umrah yang seterusnya :)

lupa pulak nak cerita.
dalam group kami ada seorang akak dari JB.
masa sola maghrib dan isyak tu saya solat sebelah dia.
dengan anak-anak saya sekali la.
lepas tu dia peluk damia kuat-kuat.
dia cakap dia rinduuuuu sangat kat anak dia yang sebaya dengan damia.
huhuuuu..saya yang tengok pun rasa sebak giler.
ye..ye..saya mak yang hati tisu ;p

sebab tu kalau ada orang tanya saya, tak susah ke bawak anak ke tanah suci?
saya akan jawab, lagi susah kot perasaannya kalau tinggalkan anak.
:) bawak la..serius, tak susah pun bawak anak ke sini.

Saturday, January 11, 2014

Damia dan chickenpox

Selingan cerita umrah.
Dan cubaan mengupdate entry melalui encik samseng.hiks ;p

1 januari, saya perasan ada dua biji berisi air kat kemaluan cik damia.
Hoho..mesti chickenpox.
Perkara yang saya risaukan dah berlaku.

Ha ah, masa pegi umrah tu maksu najwa kena chickenpox.
Betul-betul masa hari keberangkatan kami.
Dah nama pun gerak dalam group kan, mana pulak nak asingkan damia dari maksunya kan.
Sesekali saya memang kena minta maksu tolong dukungkan damia.
Especially kalau damia dan farhah tertido serentak masa kat masjid.
Takkan la saya nak dukung dua orang kan..

Panik gak. Tapi redha je la.
Nak buat macam mana.
Think positive.
Bagusla kena awal-awal ni.
Nanti dah ada antibodi, takde la kena lagi di kemudian hari kan ;)

So kami pergi klinik nak sahkan dengan doktor.
Yerp..doktor sahkan memang chickenpox since ada beberapa biji berair kat belakang lutut, area belakang badan. Kat muka pun dah naik sebiji. Ada sebiji kat telinga.
Doktor bagi surat untuk dimajukan ke majikan kalau nak minta cuti.

Balik klinik, kami singgah beli air kelapa.
Kat rumah saya cepat-cepat mandikan damia dengan air zam-zam.
Mujur masih banyak stok zam-zam kat rumah.
Nabi kata, air zam-zam mengikut apa yang kita niatkan :)
Saya niat supaya chickenpox damia tak melarat supaya tak perlu cuti lama.
Haaaa..admit! Saya memang risau nak kena cuti.
Bukan saya tak sayang anak.
Sungguh,saya sangat kesal tak boleh nak cuti :(
2 januari adalah hari pertama persekolahan selepas cuti akhir tahun.
Saya adalah penyelaras tingkatan satu.
Saya yang uruskan pendaftaran tingkatan satu dan buat streaming kelas untuk pelajar tingkatan satu ni.
Saya je yang ada senarai nama dan bilangan terkini tingkatan satu tu.

Dan biasanya penyelaras tingkatan satu adalah antara orang yang busy di hari pertama persekolahan.
Masa ni la ada parents nak daftar anak.
Ada yang baru tukar dari sekolah lain la.
Ada yang belum tau kelas mana. Bla bla bla.
Masa ni la ppd nak bilangan pelajar la..apa la..

Jadi encik suami la terpaksa cuti 2 januari tu.
To my surprise, lepas je saya mandikan damia dengan air zam-zam tu, bagi makan virgin coconut oil dan sapu calamine lotion, chickenpox memang tak naik dah.
Apa yang keluar semalam tu je la.
Oh lupa, saya ada makan habbatussauda dan breastfeed damia jugak.
Hihihi, kekonon masa cuti tu saya dah wean off damia, sekali dia kena chickenpox, saya yang offer dia minum susu lagi dengan doa dia cepat sembuh.

Dan air zam-zam tu memang saya bagi je damia minum tiap masa :)

Alhamdulillah..khamis 2 januari tu chickenpox memang dah kering.
Msg kak zai, dia bagi je damia ke nursery jumaat tu.
Nanti dia kuarantinkan dalam ofis taska.
Saya tak risau sangat dah sebab chickenpox dah kering,insyaAllah tak jangkit dengan orang lain.

Alhamdulillah..alhamdulillah..

Sakit itu dari Allah, penyembuhnya juga Allah.

Apa jua ubatan yang kita pakai cuma perantara sahaja.

Saturday, January 4, 2014

umrah bersama anak kecil 2013 : hari ketujuh-ziarah sekitar Makkah

ziarah Makkah dimulakan dengan lawatan ke jabal tsur.
tempat persembunyian Nabi selama tiga hari tiga malam semasa dikejar oleh orang kafir semasa baginda mahu berhijrah ke Madinah.
 
tapi tak boleh turun dari bas sebab driver kami merajuk.
haha, kelakar kan..
tu la dia..
kami lambat naik bas dari yang dijanjikan.
patutnya pukul 7.30pagi naik bas, tapi kami naik dalam pukul 8 camtu.
entahla..nak breakfast lagi, tunggu turn..
tunggu lif la..pastu tunggu jemaah lain.
tunggu punya tunggu memang susah nak sharp on time.

jadinya ambil gambar dari dalam bas saja la :)

jabal tsur
lepas tu kami ke jabal rahmah.
dalam perjalanan, melalui muzdalifah, mina.
lalu tempat train.
kerajaan arab saudi sedang membina train (ala-ala LRT) kat sana untuk mengatasi masalah jem masa musim haji.

ahaks, kalau berkunjung ke jabal rahmah, sila la kepit encik suami rapat-rapat.
mana tau dia nak doa minta isteri lagi satu ;p

hahhaa, takde la.
sebenarnya nak cerita jabal rahmah ni kan bukit kasih sayang.
tempat bertemu semula Adam dan Hawa setelah dikeluarkan dari syurga.
jadi kisahnya, amat mustajabla berdoa tentang kasih sayang di sini :)
saya doakan kawan-kawan yang pesan nak cari jodoh tu.
supaya cepat-cepat dapat jodoh yang baik.
untuk kawan-kawan yang selalu juga cerita problem dengan encik suami mereka (you know who you are ;) )
supaya makin erat kasih sayang dalam rumahtangga. makin kuat persefahaman dan bahagia sepanjang masa.
untuk rumahtangga sendiri lagi la panjang doanya :)
supaya sentiasa beroleh rumahtangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.
paling penting rumahtangga yang diredhai Allah supaya sesiapa sahaja yang bernaung di bawahnya akan merasai kasih sayang Allah :)

kami di puncak bukit rahmah :)

yang bujang-bujang tu saya tengok panjang juga doanya ya ;p


family saya di kaki jabal rahmah.
semoga sentiasa bersama dalam ikatan kasih sayang yang erat hendaknya :)

lepas tu kami ke Masjid Ja'ranah.
melalui muzdalifah ke mina saya tak sure-kes asyik ambik gambar masa dalam bas.
kat khemah-khemah putih ni la jemaah haji kita berkumpul.
mengikut negara masing-masing.
kalau musim haji kawasan ini akan sangat padat.
masa-masa lain kosong lengang je la :)


bermiqat di Ja'ranah.
untuk umrah kami yang kedua.
kali ni kami semua berniat badal umrah.
mengerjakan umrah bagi pihak arwah abang saya yang dah pergi sejak 2010.

masa solat sunat ihram dan berniat di sini, saya rasa sedih sangat :(

masjid ja'ranah
naik bas semula dan balik ke hotel.
melalui jabal nur.
kat puncak bukit ni la terletaknya gua hira'
tempat di mana Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu yang pertama.
"iqra'"
bacalah.
sangat mendalam maksudnya :)

jabal nur
untuk memanjat jabal nur ni takde dalam pakej kami.
tapi andalusia ada la buat pakej asing kalau nak pegi.
bayaran SR25 kalau tak silap.
tapi kami tak naik la.
sebab dorang naik waktu malam.
nak panjat pun ambik masa 40minit.

sampai hotel dah dekat sangat waktu zohor.
mutowif kami kata siapa nak ikut dia buat umrah, kena tunggu lepas waktu makan lepas zohor nanti.
zohor di masjid, balik hotel untuk makan, lepas tu ke masjid semula untuk siapkan tawaf, saie dan bergunting.
hmmm..macam penat je ulang alik macam tu.
so kami buat plan lain la.

lepas zohor terus siapkan semua rukun umrah.
solat asar, lepas asar baru kami cari makan sendiri.
hehehe :)

bukit marwah

saie sambil dukung anak :)

nak pegi makan :)
so lepas solat asar kami ke zam zam tower lagi.
makan di foodcourt yang sama :)


lepas asar saya ajak encik suami balik hotel.
dah keluar sejak pagi, anak-anak belum rehat.
malam ni kami ada misi besar-la-sangat :)

aiskrim arab ;p

burung merpati tepi jalan :)
oh, kat tepi jalan menuju masjidilharam ni ada tempat burung merpati.
baaaaaaanyak sangat!
suka damia dan farhah bila nampak burung-burung ni.
siap ada penjual makanan burung kat tepi tu.
so kalau nak bagi makan burung-burung tu bolehla beli makanan tepi jalan tu :)

hari ni adalah hari rabu.
esok khamis.
di sini, cuti weekend adalah hari jumaat dan sabtu.
so start khamis malam, masjidilharam akan mula sesak sebab ramai jemaah sekitar memanfaatkan masa cuti hujung minggu untuk buat umrah.

jadi malam ni kami buat rancangan untuk bermalam kat masjidilharam.
kalau malam-malam esoknya sure dah padat dengan jemaah.
kisahnya, saya ni nak rebut la solat kat dalam hijir ismail, nak cium hajarulaswad.
kalau dah sesak dengan jemaah sure takde chance nak buat ni.
orang arab ni badan besar.
sekali dia tolak terpelanting kita :p

jadi balik hotel, lepas maghrib saya tidurkan anak-anak.
dengan mak budak sekali tidur. haha ;p
sekitar pukul 12 malam, kami bangun, bersiap dan gerak ke masjidilharam.

tengah malam di masjidilharam
mula-mula anak-anak terjaga, dah lama-lama tu masing-masing tidur semula.
lega mak :)

anak-anak teman mama ayah :)
masuk masjid dengan niat beriktikaf.
mula solat sunat tahiyatul masjid.
kemudian saya solat sunat hajat.
meminta agar diberi kesempatan bersolat di dalam kawasan hijir ismail dan diberi rezeki mencium hajarulaswad, batu dari syurga itu :)
lepas tu saya buat tawaf sunat dan solat kat belakang makam ibrahim.

beranjak ke kawasan yang setentang dengan pintu kaabah, saya solat hajat lagi.
baru la cuba masuk hijir ismail.

alhamdulillah..alhamdulillah..
hijir ismail takla padat sangat.
siap boleh ambik gambar lagi :)
solat dan boleh berdoa bawah pancur emas :)
seronoknya!!

kawasan hijir ismail ni merupakan sebahagian kaabah.
sebab tu la kalau tengah tawaf, tak sah kalau kita tak pusing hijir ismail sekali.

 Menurut riwayat dari Aisyah ra. bahawasanya beliau berkata:”Aku ingin sekali masuk ke kaabah dan solat di dalamnya, lalu Rasulullah SAW. menarik tanganku dan membawanya ke dalam hijir ismail, sambil berkata:”Solatlah di dalamnya jika engkau ingin masuk kaabah, kerana ia merupakan sebahagian dari kaabah”

di kawasan hijir ismail, lagi-lagi di bawah pancur emas ini juga merupakan antara tempat mustajab doa :)

pancur emas
dalam hijir ismail
alhamdulillah..selesai satu wishlist saya untuk malam ini :)
kembali ke tempat encik suami, tengok anak-anak lena je tidur.
encik suami tanya dah berjaya ke cium hajarul aswad?
saya kata belum, so dia suruh saya pergi queue. biar dia je tengokkan anak-anak :)

saya pun masuk la barisan.
sambil-sambil doa dalam hati supaya dipermudahkan urusan saya.
makin lama makin dekat.
dan melalui bahagian multazam.
ambik kesempatan berdoa di multazam :)

beberapa ketika lepas tu penjaga hajarul aswad tu minta kami bersurai.
dia kata "no queue"
aih, agaknya sebab masa tu dah pukul 4 lebih kan.
subuh masuk pukul 5.30.
mungkin dorang fikir kalau terus queue tak sempat pun nak cium.
sebelum subuh kena clear kawasan tu.

hmmm..apa lagi.
masa ni jemaah dah berebut-rebut.
termasuk saya la tu.
sebab duk fikir bila lagi saya nak dapat peluang ni.
esok dah start malam weekend.
tinggal berapa hari lagi kami nak balik.
so saya pun berasak la sama.
dah alang-alang memang dah baris lama kan.

hehe, memang havoc la orang arab ni.
siap macam nak gaduh dah kat situ.
saya?
cool je-sebab saya kecik, ada ruang je saya selit. ada ruang je saya selit.
orang tolak saya tu memang la. tapi saya bertahan, jangan sampai tertolak ke belakang.
doa banyak-banyak, biar orang tolak kita tapi jangan kita tolak orang :)

pengawal tu pun macam baik je.
bila dia tengok asyik jemaah lelaki je dapat cium, dia suruh jemaah lelaki stop dan bagi peluang jemaah perempuan.
yang tak menahan tu depan saya ada sorang jemaah sri lanka kot.
sibuk bertarik tarik sampai tertanggal tudung dia.
tak patut betul kan.
tu la mutowif saya kata, sebab nak rebut yang sunat, yakni mencium hajarulaswad, kita langgar yang wajib pulak.
terbuka aurat, bertolak-tolak dan menyakiti orang lain.

alhamdulillah, akhirnya peluang saya sampai.
cepat-cepat saya cium hajarul aswad dan cepat-cepat keluar dari rempuhan manusia tu.
fuhhh..kalau tak kuat stamina mau pengsan jugak berasak kat situ.
semangat je yang buat saya kuat kat situ.
agaknya kalau datang lagi buat haji, takde la saya nak berasak kat situ.
cukuplah sekali seumur hidup ini.
melainkan kalau saya berpeluang buat umrah masa jemaah tak ramai sangat macam sekarang ni :)
alhamdulillah..alhamdulillah..
segala puji bagi Allah :)


kaabah yang dirindui :)
selesai semua misi hari tu, saya kembali kepada encik suami.
dah pukul 5 pagi kot, cepat-cepat masuk ruang solat wanita.
bawak anak-anak sekali.
mujur la anak-anak masih lena tidur :)


lepas subuh, sarapan dan balik ke bilik dengan kemengantukan yang nyata.
terus pengsan masing-masing.
:)

Friday, January 3, 2014

umrah bersama anak kecil 2013 : hari keenam-rehat-rehat :)

masuk bilik untuk tido pukul 3 pagi.
subuh adalah 5.30am.
dan mama tidak ke masjid.
anak-anak baru dapat tido lena atas katil sesudah beberapa jam tak lena kena dukung sana sini.
so mama pun ambik kesempatan lena sama.
encik suami je ke masjidilharam semula :)

dalam pukul 9am, terjaga dan rasa segar sikit.
rindu dengan kaabah dalam masjidilharam tu.
semalam tengok kejap je, dengan letih lagi. tak fokus!
rasa teruja dan tak percaya boleh sampai ke sini pun tak habis lagi. heheh :)

msg encik suami, ajak ke masjid.
siapkan anak-anak.
dalam pukul 11 camtu ke masjid jalan kaki.
zohor pukul 12.30 pm.

masjidilharam memang tak pernah sunyi.
sentiasa ramai yang keluar masuk kat sini.
ada yang sesaja duduk kat dataran kaabah.

Al Tabrani meriwayatkan di dalam al-Mu`jam al-Kabir daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW menyatakan: “Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas Kaabah, setiap hari 60 untuk orang yang melakukan tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya.”

indahnya berada di sini.
ketenangan dan kedamaian yang tidak boleh ditukar dengan apa pun.
alhamdulillah, diberi rezeki untuk menginjak kaki di sini dalam usia 28tahun adalah nikmat paling besar dalam hidup.
walaupun duit takde kepuk-kepuk dalam bank, rahsia Allah tak siapa tahu kan :)
Allah tu beri rezeki tak semestinya melalui tangan kita, boleh jadi juga diberi melalui tangan orang lain :)
maka bolehla pergi free kan ;p

ok, jangan melalut!
sambung cerita.

tempat wudhuk lelaki
 lepas solat zohor di masjidilharam, kami balik hotel untuk makan tengahari.
dan kembali semula ke masjid untuk solat asar, sekali maghrib dan isyak.
yela, memandangkan jarak hotel yang agak jauh, kami decide untuk beriktikaf je kat masjid.
lagipun kat hotel takde nak buat apa.
lepas isyak baru ada makan malam.

masjidilharam

anak-anak kecil excited bila mama keluarkan pencil colour :)

masjidilharam yang sedang dalam proses pembesaran

encik suami dan adik saya

me and the kids

family pic :)
yeah, ni la yang paling saya tunggu-tunggu.
ambil gambar berlatarbelakangkan kaabah :)
dan ia adalah gambar complete family kami.
seronoknya!
alhamdulillah..

lepas asar, kami ke zam zam tower.
sebenarnya ayah saya cari restoran felda d'saji.
(dan sebenarnya ia terletak kat safwa tower, bukan zam zam tower)
haha :)
tak jumpa, maka kami makan je la kat food court kat sini.

pergi shopping complex pakai telekung.
agak-agak pegi midvalley boleh tak nak pakai camni?
ngeh ngeh ngeh :)

encik suami makan nasi bariani, mak saya makan roti.
ada yang order kebab.
kakak damia sibuk bila nampak KFC.
KFC versi arab ni lain sikit rasanya.
bolehla, setakat nak rasa kan.
walaupun agak tak kena dengan tekak melayu saya.

oh ya, set makanan kat sini biasanya sekali dengan pepsi.
kat sini memang senang sangat jumpa air berkarbonat.
minuman panas adalah mahal.
teh secawan kecil dalam SR3, kopi dalam SR4.
mungkin sebab kat sini susah nak dapat bekalan air bersih.
air untuk kegunaan harian pun dapat dari hasil sulingan air laut.
haaa..tang ni kena bersyukur duduk kat Malaysia.
jangan nak bazir-bazir air :)


KFC!
menariknya kebanyakan kedai mengasingkan kaunter lelaki dan perempuan.
seronokla camtu kan :)

dalam pukul 5pm, kami kembali ke masjid untuk solat maghrib.
tunggu sampai lepas isyak, balik hotel.
dinner dan berehat.
mandi, basuh baju mana yang perlu.
siapkan anak-anak dan tidur :)

esok kami ada aktiviti jalan-jalan sekitar Makkah :)

Thursday, January 2, 2014

umrah bersama anak kecil 2013 : hari kelima - ziarah wada' dan perjalanan ke makkah

hari terakhir di Madinah dimulakan dengan solat subuh berjemaah.
syahdunya rasa.
entah bila dapat merasa solat di sini lagi :(

balik solat, sarapan.
barang semua dah siap malam tadi.
tinggal nak turunkan beg ke lobi je.

dalam pukul 7 kami ke raudhah.
anak-anak tinggal dengan encik suami kat bilik.
nak buat ziarah wada' (ziarah selamat tinggal) untuk Rasulullah SAW.
memohon maaf jika ada adab yang tidak dipenuhi sepanjang berada di bumi Madinah ini.

macam biasa. jemaah tak berapa ramai.
masih boleh bersolat dan berdoa panjang.
solat dhuha, solat hajat.
sangat sangat berdoa agar dimurahkan rezeki untuk datang ke mari lagi.

karpet hijau raudhah yang sangat dirindui


kedatangan kami ke Raudhah kali ketiga ni memang betul-betul bermakna.
dua kali sebelum ni, kami tak berpeluang langsung mendekati makam Nabi Muhammad SAW.
kawasan sekitar makan tu ditutup (taktau la sebab apa)

tapi kali ni dia memang buka kawasan tu.
sampai betul-betul pagar hijau yang memisahkan kami dan makam Nabi.
allahumma solli 'ala sayyidina muhammad.
gembira-sayu-sedih-terharu---semuanya bercampur baur.
berdoa panjang dan meminta syafaat dari Nabi.
semoga di akhirat nanti boleh duduk bersama-sama baginda.




jasad Nabi di dalam pagar hijau tu

pintu jibril
 masa nak keluar dari raudhah terserempak dengan anak-anak kecil ini.
rombongan sekolah agaknya.
seronok kan dorang.
kecil-kecil lawatan ke makam Nabi.
mesti feel tu lebihhhhhhh je bila boleh tengok sendiri makam nabi tu :)


balik bilik, bersiap.
mandi sunat ihram dan pakai jubah putih.
sebab kami akan ke bir ali, bermiqat di sana dan terus ke Makkah lepas zohor nanti.

lepas zohor, makan dan berkumpul di lobi.
jemaah lelaki dah siap berihram dah.
first time nampak encik suami pakai ihram :)

ingatkan kami akan bersolat sunat ihram di masjid bir ali ni.
sekali takde rezeki pulak :(
kisahnya, masa solat zohor tu kami sekali dengan jama' asar.
sebab perjalanan ke Makkah akan ambil masa 6 jam naik bas.
senang kot kalau dah siap jamak.

sekali bas kami lambat gerak.
biasalah dengan jemaah yang ramai, dengan segala barang-barang, pergerakan jadi lambat sikit.
kami sampai di masjid bir ali ngam-ngam azan asar.
oleh sebab kami dah solat asar, kami dah tak boleh la nak solat sunat lagi.

hmm..takpela, takde rezeki.
ambik gambar kat masjid bir ali je la.



berniat di sini, maka bermulah 13 pantang larang ihram kami.
wah, berdebar ni masing-masing.
kalau tersilap langkah mau kena dam.

dalam bas, masing-masing buka buku panduan.
gigih tu study.
cadangannya, sampai je kat Makkah nanti, kami akan check in hotel dan terus ke masjidilharam untuk melengkapkan ibadah umrah wajib kami.
taknak tunggu lama-lama dan kena jaga pantang larang ihram pulak.


dari dalam bas-menuju Makkah
sepanjang perjalanan, kami bertalbiah beramai-ramai.
lepas tu ambik kesempatan untuk lelap kejap.
jauh lagi perjalanan.
sampai sana nanti lebih banyak tenaga nak digunakan :)

singgah makan malam di R&R.
nasi mandhi yang mabeles :)
lepas makan, solat jama' isyak dan maghrib.


sampai di Hera Hotel kira-kira pukul 10 malam.
check-in, letak barang, dan terus turun semula ke lobi untuk ke masjidilharam.
jarak hotel ke masjid agak jauh jugak.
dalam 700meter.
dengan keadaan berhabuk sepanjang perjalanan disebabkan Makkah tengah membuat major renovation.
sebahagian masjidilharam diruntuhkan untuk tujuan pembesaran.
banyak hotel di sekitar Makkah juga dirobohkan untuk pembinaan hotel yang lebih banyak.
so bolehlah menampung lebih ramai jemaah haji di masa akan datang.

anak-anak dah keletihan masa ni.
masukkan dalam stroller dan tolak sampai masjidilharam.
masing-masing lena..alhamdulillah :)

tapiiii..tapiiii..tapiii..
cabaran bermula apabila stroller tidak dibenarkan masuk dalam masjidilharam!
haih, pulak dah.
saya tak tau pun..selama ni saya baca pengalaman orang, ada je yang boleh masuk.
dah la masing-masing blur sebab first time jejak kaki ke sini.
dah tengah malam, anak-anak tido.
kalau tak boleh tolak stroller macam mana pulak kami nak follow mutowif untuk  buat tawaf?
nak buat sendiri haruslah tak reti kan.
*masa pergi ceramah pasal umrah dengan Dato' Hj Daud Che Ngah, dia kata tak boleh dukung anak masa tawaf.anak yang masih pakai pampers tu menanggung najis. masa tawaf, kita diwajibkan bebas dari najis dan berwudhuk. then kalaupun kita yakin anak kita bebas najis, mendukung anak dikira seorang, so kalau nak buatkan umrah untuk anak sekali, kena pusing 14 pusingan la*

nak buat macam mana.
terpaksa la tempuh apa pun cabaran.
ni baru sikit kot-positif..positif..:)
so kami decide untuk buat tawaf secara bergilir.
memandangkan akak ipar saya dah pernah datang sini dan dah tahu macam mana nak buat tawaf, dia stay dengan saya.
encik suami pegi ikut mutowif buat tawaf dulu, saya jaga anak-anak.
sedih sangat rasa masa ni :(
berbaur-baur perasaan.
takpela, sementara menunggu encik suami take turn jaga anak, saya buat la solat sunat pape yang patut.

habis je encik suami tawaf, saya pulak pegi dengan akak ipar saya.
oh, senang je rupanya.
tak sesusah yang saya risaukan :)
hihi, tu la, risau je lebih ;p
 haaa..tapi yang membuatkan saya rasa macam eiiii tu adalah bila masa saya tawaf, saya jumpa je orang yang tolak stroller baby.
siap ada twin stroller.
wah, apakah?apakah?apakah?
takpelah,takpelah..bukan rezeki saya kot :)
kejap je siap tawaf.
kami terus ke kawasan saie.
masa ni memang dah terpisah dengan kumpulan.
takpela, tawakkal je buat sendiri.
berpandukan buku yang sememangnya sentiasa tersangkut di leher :)

saie ni mudah je.
tak perlu berwudhuk.
tak perlu bebas dari najis.
so boleh dukung anak.
masalahnya, kami kan dah tak boleh bawak masuk stroller.
masa ni cik snuggbaby saya pun tak bawak.
sebab kekonon nak tolak stroller je kan.

hmmm..no choice, terpaksa la dukung anak sambil buat saie.
kesian anak-anak tengah tidur.
dan jarak antara bukit safa dan marwah tu agak jauh jugak.
sabar je la.
saya dukung farhah, encik suami dukung damia.
yeah..yeah..kata nak menghayati kesusahan Siti Hajar berulang alik ke bukit safa dan marwah demi anaknya kan.
maka kami pun bersusah payah di sini dengan anak-anak :)

siap tujuh kali ulang alik, saya gunting rambut.
at least 3 helai.
maka sempurnalah sudah umrah wajib ke atas saya :)
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
perjalanan yang sangat manis untuk saya kenang :)

encik suami belum bergunting lagi.
sebab dia nak terus botakkan kepala.
kena la ke kedai berhampiran.

di bukit marwah-selesai umrah wajib :)

bukit safa
masa dah last pusingan saie tu terserempak dengan ahli keluarga saya yang lain tengah rest minum air zam zam.
so dorang tunggu kami siap, bergunting sama-sama dan keluar dari masjidilharam.
masa ni dah pukul 2 pagi.

zam zam tower

pintu King Abdul Aziz

encik suami sesudah botak ;p
rindunyaaaaa...saya menulis, melihat-lihat gambar kenangan ni dengan perasaan yang sangat rindu.
rindu sangat suasana kat sana.
rindu orang berpusu-pusu ke masjid tak kira masa.
rindu kaabah, rindu masjidilharam.
rindu tong air zam zam.
rindu semua semua.
kat sana memang sangat seronok.
takde fikir lain. takde nak ingat kerja.
fikir pukul berapa nak ke masjid je.
bestnya..semoga ada rezeki untuk ke sana lagi :)