Tuesday, December 24, 2013

umrah bersama anak kecil 2013 : persediaan umrah

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
assalamualaikum WBT :)

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
saya dan family baru balik dari mengerjakan umrah.
bertolak dari Malaysia 12 Disember dan sampai semula pada 23 Disember.

sengaja letak tajuk bersama anak kecil tu.
mana tau ada yang nak buat panduan untuk menunaikan umrah kan :)
kalau google boleh jumpa kot entry ni.

sebab sebelum pergi pun saya banyak membaca pengalaman orang lain membawa anak menunaikan umrah.
so sebagai membalas jasa orang lain yang sudi share pengalaman, saya pun nak share pengalaman saya pulak.
semoga bermanfaat la hendaknya ye :)

orait, pergi dengan apa?nak bawak apa?sesuai ke bawak anak?
mesti macam-macam kita fikir bila nak pergi sana kan.

pertamanya,bagi ibu-ibu yang beranak kecil, jangan rasa mempunyai anak kecil tu satu halangan utk kita ke sana.
kalau nak bawa boleh bawa,kalau taknak pun takpe..takde masalah :)
kalau yang ragu-ragu nak bawa anak tu, saya lagi suka nak encourage untuk bawak.
tak susah pun nak bawak anak ni.insyaAllah, doa pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan kita.

nak ambik travel agency mana?
kami pergi dengan andalusia travel.

kos?
banyak faktor akan diambil kira.
musim cuti sekolah lagi mahal. bulan Ramadhan pun mahal sebab memang ramai orang ke sana.
faktor bilik pun diambil kira.

kami pergi satu family besar.
10 dewasa dan 2 kanak-kanak (read : damia dgn farhah la tu) ;)
kos pakej dewasa RM 5490, kanak-kanak atas 2 tahun 80% daripada itu.
anak kecil bawah 2 tahun cuma bayar RM1500. tapi tak dapat seat la masa flight nanti.
kena duk riba mama :)

makan-minum-transport provided.
cuma mungkin ada ziarah yang tak termasuk dalam pakej tu kita kena tambah sendiri la.
oh ya, kami ambil pakej 4-5orang sebilik tau.


sumber google
pakej andalusia disertakan dengan beg-beg ini.
gambar google sebab tak dan nak ambik gambar beg sendiri. hehe :)
tapi kami tak dapat pun beg kecik paling depan tu.
just dapat beg baju besar, beg sederhana utk hand carry dan beg silang utk dokumen tu.

bagi yang sedang survey pakej umrah tu, tips dari saya ialah carilah agency travel yang dipercayai.
yela, risau jugak kalau kena tipu kan.
bukan sikit-sikit duit nak dilaburkan tu.
bertanya la kepada sesiapa yang dah pergi.
tiap travel agency mesti ada pro dan cons nye kan :)


persediaan?
1. sediakan semua dokumen yang diperlukan.
 pasport, gambar pasport, salinan dokumen, bukti mahram, sijil injection dan lain-lain mengikut keperluan (sila refer ejen masing-masing)

cerita kami : akak ipar saya (isteri arwah abang saya) sepatutnya tak boleh pergi.
peraturan baru kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan perempuan tumpang mahram.
mahram yang dibenarkan pula cuma suami, ayah, datuk, adik beradik lelaki atas 18 tahun dan pakcik sebelah bapa.
walaupun dalam Islam bapa mertua dikira mahram, tapi takde dalam list kerajaan Arab Saudi ni.
tapi kami cuba juga membuat permohonan, beberapa kali ditolak dan akhirnya memang Allah nak bagi rezeki kat akak ipar saya kan, beberapa jam sebelum departure, visa adalah LULUS! :)

alhamdulillah,menangis syukur kami beramai-ramai kat KLIA.
tak seronok kalau pergi tanpa akak ipar tu sebab kami memang dah plan macam-macam.
tu la, kalau Allah kata ya, tiada siapa boleh kata tidak. Allah itu awesome kan :)

2. sediakan barang keperluan.
bagi yang membawa anak kecil mungkin keperluannya lebih sikit la.
ambil kira juga di sana sedang musim apa.
pertengahan november hingga mac/april adalah musim sejuk.
so kena prepare baju lengan panjang, stokin dan sweater anak-anak.

3. pergi kursus yang dianjurkan, baca pengalaman orang so kita takla blur bila kat sana.
dah boleh tau kat sini ada apa, kat sana jangan buat apa.
ilmu kena ada. rugi pergi mahal-mahal tapi kita tak grab peluang keemasan tu.
sesambil tu  belek juga sirah nabi-so bila pergi tempat-tempat bersejarah kita boleh rasa feel tu :)

ok, anak kecil dah bangun.
nanti saya sambung lagi ye :)


7 comments:

  1. Assalamualaikum... Betul la bila google jumpa blog ni.. Sy nak tanya, sebelum bawa bayi/anak kecil dulu ada ambil suntikan vaksin tak? Sy plan bawa family dgn anak kecil umur 1tahun ++ hujung tahun ni, insyaAllah. Mohon share. Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      kalau ikutkan anak bawah 2 tahun x payah ambik vaksin.
      Kat insert vaksin meningitis pun ada tulis untuk atas 2 tahun je.
      papehal confirmkan semula dgn travel agency la ye :)

      Delete
  2. Assalamualaikum

    Puan Ghan.. terima kasih di atas perkongsian yang sangat detail...Memulanya saya tak pasti nak bawak anak atau tidak tapi saya ni mak hati tisu jugak..takut teringat2 anak2... bila saya baca blog puan, semangat saya bertambah untuk bawa anak2 saya umur 5 thn dan 2 thn.. InshaAllah, moga dipermudahkan segalanya,.tq =)

    ReplyDelete
  3. Puan..kalo anak lelaki saya umo bawah 2 tahun perlu ke khatan dahulu sebelum pergi?tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau anak lelaki belum berkhatan ni dikira membawa najis.mengikut artikel ustaz zaharuddin ni, tak sah solat kalau mendukung anak yang bernajis.

      http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/276-batalkah-solat-bersentuh-anak-bernajis.html

      kat sana kita cuma risau kalau terpaksa dukung anak semasa beribadah..sama ada masa solat atau masa buat tawaf sunat..tak boleh la dukung kalau anak bernajis kan.

      sy rasa lebih baik puan khatankan dia sebelum ke sana.sekarang ni pun dah moden, nak menjaga anak berkhatan ni pun dah x susah walaupun masih kecil kan :)

      Delete
  4. Assalamualaikum Sis,

    Ibu bapa saya nak gi umrah dan ajak saya, isteri dan anak perempuan saya yg berumur 8 tahun untuk pergi sekali. Masalahnya saya tak dapat cuti. Jadi saya ingat nak hantar isteri dan anak perempuan saya je ikut ibu bapa saya.

    Soalan saya sis, kalo apply visa untuk isteri saya dan bapa saya jadi mahram beliau, agak2 boleh lepas tak? anak perempuan saya pula macamana?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah..mmg jumpa entri umrah bersama anak..
    Doakan urusan kami dipermudahkan yek..
    Terima kasih atas segala panduan yg diberikan
    Semoga Alah berkati sis...
    Amiiiin

    ReplyDelete