Tuesday, December 24, 2013

umrah bersama anak kecil 2013 : nak bawa apa?

okey, kali ni nak bagi list nak bawa apa pulak.
since nak travel jauh dengan anak-anak kan :)
sebenarnya barang mak takde banyak mana pun. barang anak je lebih :)

susun ikut beg la ye.
lebih senang kot bila susun ikut beg.

BEG DOKUMEN
1. buku panduan umrah
2. handphone
3. uncang selipar (penting tiap kali ke masjid)
4. minyak angin-saya bawak cap kapak
5.botol spray wudhuk-tapi masa nak naik flight kena kosongkan botol tu..(tak boleh bawak sebarang cecair lebih 100ml dalam beg hand carry. kalau lebih kena masukkan dalam beg besar)
so in case nak berwudhuk dlm flight, boleh isi air kat toilet dlm flight

*ic, kad bank semua tak payah bawak*
duit pulak boleh la bawak cash money, kalau risau sebab banyak sangat amaunnya, boleh la bukak akaun al-rajhi. kat sana ada atm al-rajhi je.cimb,maybank semua tu non hado okey :)
6. buku catatan, pen
7. kamera-saya pakai kamera tepon je ;p

BEG SEDERHANA (HAND_CARRY)
*beg ni tak payah masuk kargo.bawak naik kapal terbang je*
1. diapers anak
2. baju salin anak
3. baju salin mak (kot anak terbocor masa duduk atas riba kita)
4. telekung mak
5. towel kecil
6. wet wipes
7. charger-sila bawa universal charger sebab kat sana plug tak sama dengan kita
8. mainan nak bagi anak leka dlm flight
9. sejadah kecil

BEG BESAR

barang mak
1. telekung (2 pasang)-kat sana lebih banyak pakai telekung dari tudung
kalau rasa banyak barang tak payah bawak kain telekung tu. kat sana biasa mengejar masa, solat cuma pakai telekung, sarung stokin dan handsocks je.
2. tudung-3 helai cukup
3. baju-saya bawak baju nursing je. senang ke sana sini pakai baju nursing
saya bawak dalam 5 helai. basuh baju kat sana.
saya tak bawak baju kurung pun.
4. skirt-kalau selesa berseluar boleh juga. janji menutup aurat dengan sempurna
5. baju tidur
6. gunting kecil, pengetip kuku
7. toiletries-tak bawak pun takpe. sabun mandi pihak hotel kan ada :)
8. ubat-ubatan-saya tak bawak ubat kimia. bawak habbatussauda, virgin coconut oil
orang kata ubatan kat sana mahal. wallahu a'lam-berdoa banyak-banyak agar dipermudahkan urusan ibadah kita kat sana.
9. losyen minyak zaitun-since saya tak pakai losyen baby semua tu.
losyen adalah sangat penting sebab cuaca sana kering. kulit mudah merekah. kesian kat anak-anak. so losyen ni memang sangat berguna la.
10. stokin wudhuk - bawak banyak dalam 4/5 helai
11. handsock-2/3 pasang
12. sabun buku-orang kata sabun basuh kat sana tak best. so better bawak sendiri
13. hanger yang banyak, hanger payung untuk jemur adik-adik :)
14. tupperware (mana tau nak tapau makanan) dan botol air (nak isi air zam-zam bawak balik hotel)
15. lip balm
16. pad, pantiliner
17. 'adik-adik' jgn lupa bawak ;p
18. baby pin, keronsang, jarum dan benang jahit
19. masking tape dan marker pen untuk tag kat beg (ikat reben warna warni pun boleh)

*peralatan tajam kena bubuh dalam beg besar. tak boleh bawak hand carry*

barang anak
1. pamper secukupnya-utk tempoh 11 hari saya bawa je satu pek besar saiz M untuk adik dan satu pek besar saiz XL utk kakak damia.
akhirnya memang berlebih pun pampers tu sampai la balik Malaysia.
takpela,biar berlebih dari terkurang. kat sana ada je jual pampers tapi kita tak sure jenama dia dan saiz dia. risau saiz tak kena sebab orang arab ni besar kan :)
2. mainan yang sesuai-nak bagi leka masa kita solat.
3. beg kecil untuk isi barang anak masa ke masjid-sukacita diingatkan agar jangan bawak beg lambang kartun. hihi-saya bawak beg minnie mouse masuk masjidil haram, mak arab tu terbalikkan gambar minnie tu. agaknya dorang tak suka kot kan :) nasib la adik ipar saya ada bawak beg kecil lain.
4. kalau cuaca sejuk bawak sweater, sarung tangan, stokin lebih untuk anak-anak
5. baju lengan panjang, seluar panjang
6. baju tidur
7. sabun kanak-kanak-takut dia tak serasi dengan sabun kat sana kan.
8. biskut, stok makanan anak-anak
9. wet wipes, tisu kena bawak lebih. kat masjid mak-mak arab ni sangat la suka kanak-kanak. tiap kali ke majid mesti dapat sedekah coklat la,gula-gula la, kurma la..dah comot anak kita makan kena la lap balik semula kan :)
10. bawak anak kecil, sediakan extra towel kecil, kain batik, selimut kecil utk keselesaan anak
11. bantal kecil
12. kami bawak dua stroller utk anak. beli yang kecik senang lipat tu je.
13. saya suggest bawak baby carrier-sangat memudahkan urusan menggendong anak kecil :)

*quran tak payah bawak pun takpe. kat sana senang jumpa quran dalam masjid.
takpun install aje quran-pro dalam smartphone canggih masing-masing :)

kalau ada lagi saya tambah kemudian okey. ni cuma apa yang saya ingat setakat ni :)

2 comments:

  1. Salam Ghan, terima kasih banyak2 atas perkongsian, sangat membantu untuk persediaan ke tanah suci dengan anak2 kecil. Semoga usaha ini diberi ganjaran sebanyaknya dari Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..selamat pergi..selamat kembali..doakansy dan keluarga dpt ke sana lagi ye :)

      Delete