Saturday, December 7, 2013

soft structured carrier : stork by snuggbaby

encik suami tegur.
"mama ni asyik baca blog orang je. blog sendiri tak berupdate."

eh.eh. makan dalam tu.
saya kan busy.

busy jaga tepi kain orang-haha! ;p

dah lama idamkan baby carrier baru-since anak dah besar-la-sangat.
cerita boba wrap dan newborn di sini.

boba wrap yang ada tu bagi saya adalah kurang praktikal utk toddler-nak membelit satu hal.
anak yang dah berjalan ni mana la nak berdukung lama-lama.
kejap-kejap dia nak turun, nak lari dengan kakak.
penat belit tak habis lagi anak dah mintak nak turun..acaner tu?

takpelah, kita simpan boba wrap utk newborn seterusnya ye ;p

tapi disebabkan soft structured carrier (ssc) adalah agak pricey (bagi saya yang duit tak berkepuk ;p )
maka hasrat terpendam ditangguhkan demi keperluan yang lain dulu.
kisahnya saya kan tengah tunggu visa nak ke tanah suci. ada baaaaaaanyak benda perlu diselesaikan (dan menuntut sejumlah wang-uhuk uhuk)

bila dah habis semua barang keperluan ke sana, dengan belen belen duit syiling yang ada, nampaknya bolehla saya grab satu ssc.
yippie!

survey punya survey punya survey-saya tertarik dengan stork by snuggbaby ni.
alasan kukuh, sebab body panel dia tinggi.
alaaa,yang alas belakang anak tu.
kalau body panel pendek, sampai paras leher anak je.
so bila anak dah meninggi lagi sedikit, dah susah dia nak tido dalam ssc ni.

head rest belakang kepala anak tu adalah foldable.
jadi kalau anak tak tido bolehla lipat supaya anak dapat menikmati keindahan alam.
eh?


 

kalau anak tido, tegakkan semula head rest tu untuk anak melentok.
hehe.
sedap tido dengan bau mama kan adik?



cubaan menggendong kakak damia oleh encik suami.
beres!
stork snuggbaby ini diuji sehingga berat 20kg.
so selagi anak belum 20kg bolehla digendong ke sana ke mari :)
estimated age-sehingga 4 tahun.


"nak tutup kepala..nanti kena hujan," kata kakak damia.
haha-ye la tu. dalam romah mana ada hujan la kakak oii.

ssc ini dilengkapi dengan hood.
boleh la tutup kepala anak kalau berjalan tengah panas atau masa dia tido kan.
 

rupa dalam stork snuggbaby ni.
kain hitam tu nama dia carrier sleeve.
fungsi sebagai beg penyimpan.


 lipat-lipat.

gulung-gulung.

tadaaaa.. dah siap!


saya baru je beli ssc ni.
boleh baca melalui ke-eksaited-dan saya kan?hihi.
baru sekali pakai.
maka setakat ini komen saya ialah saya sangat puas hati!

belum habis godek-godek lagi.
kalau jumpa apa-apa yang baru saya edit semula review ini okey :)

tips kepada ibu-ibu yang sedang mencari carrier untuk baby/toddler :

1. pastikan beli yang original. carrier murah dan asal ada adalah sangat bahaya kepada anak.
since babywearing ini melibatkan posture tubuh anak semasa didukung.
ingat, tulang anak kita masih lembut!
dan carrier murah (atas sebab material) mungkin tidak berkualiti.
silap langkah anak boleh terjatuh semasa digendong-dan mungkin mengakibatkan kecederaan yang tidak diingini.

2. jika nilai RM300+ adalah besar untuk anda (seperti saya) sila la buat test drive di kedai yang menjualnya.
pakai dan pusing-pusing kedai.
tak puas hati dalam group malaysian babywearers ada yang menawarkan khidmat menyewa carrier yang kita suka. boleh sewa dan cuba pakai lama-lama.
puas hati baru boleh beli! :)

oh ya.
lupa bagitau harga.
saya beli di fabulous mom puchong.

retail price seperti tertera di kotak ialah RM 339.00.
fabulous mom sedang buat sale sehingga awal januari, dapat la less 10%.
so saya beli dengan harga RM 305.00.

nota jari: tutup mata je la sebab saya baru je lepas sambar stroller yang lebih kecil dan ringan untuk anak-anak. beli dua biji terus pulak tu.
huwa huwaaa.bulan ni memang banyak spent utk anak-anak je sebab risau keselesaan mereka di sana nanti.

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt,
    Bagus artikel puan, teruskan menulis tentang babywearing dan manfaat yang boleh diperolehi daripada aktiviti mengedong bayi, semoga lebih ramai lagi dapat mengetahui kebaikkan dan manfaatnya..Happy Babywearing!

    ReplyDelete
  2. Tq for the sharing puan..dulu saya mmg xde ilmu ttg ssc baby carrier ni..sian anak first saya..semoga artikel ni memberi manfaat buat kita semua inshaallah..

    Www.abiedbaizura.blogspot.com

    ReplyDelete