Thursday, October 10, 2013

kenapa tidak cucuk?

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

semoga entry ini tidak menjadi isu kepada sesiapa pun.
saya menulis atas niat berkongsi.

okey, kenapa saya tidak mengambil vaksin untuk farhah?

saya bermula seperti ibu lain.
dapat damia, saya sangat patuh dengan jadual imunisasi.
check-up klinik semua saya pergi.
memang tak pernah langsung nak ambil tahu apa-apa pun pasal vaksin.

saya belajar masa sekolah.
vaksin adalah virus yang dilemahkan.
dimasukkan dalam badan kita so sistem badan akan 'berkenalan' dengan virus ni.
badan kita akan membina antibodi untuk melawan virus tersebut.
bila dah kenal, lain kali kalau virus tu datang balik, badan kita boleh lawan virus tu-yela, kata dah kenal lama kan. kih kih kih ;p

mula-mula terdengar desas desus pasal golongan antivaksin (ehem,pro-choice! ) ni saya macam "aihh,ntah pape la dorang ni.dah berpuluh tahun pun vaksin ni dah ada.tu pun tanak percaya"

ye, dan saya takutla dengan segala penyakit tibi, polio, measles, mumps, rubella dan lain-lain tu.

jadi saya ignore dan memang tak nak baca pun pasal vaksin masa tu.

sampailah saya mengandung farhah.
entah apa yang menggerakkan hati saya untuk request sendiri untuk join group OHUB.

lama saya join, sebelum bersalin farhah lagi.
tapi tak baca!

dan farhah masih dicucuk.
lepas lahir dapat BCG, Hep B.
bulan pertama cucuk kat kampung.

lepas cucuk bulan pertama tu saya mula membaca.
GPF? adverse effect? kandungan vaksin?
semuanya buat saya pening kepala!
lagi-lagi kebanyakan bahan bacaan dalam bahasa inggeris dan dengan fakta saintifik.
walaupun acik grad chemistry acik poning jugak tau!

saya suarakan pada encik suami-walaupun masa ni masih atas pagar. 50-50.
"boleh tak kalau taknak cucuk adik?"
encik suami jawab "boleh je,ada ramai orang sebenarnya tak pegi cucuk anak"

aha, sebenarnya adik saya sorang tak habis cucuk pun.
mak saya kata setiap kali pegi cucuk dia akan demam panas yang sangat kuat.
mak tak sampai hati tengok dia demam-so tak pegi cucuk dah.
uhuuuuu..kalau la mak saya tahu tu la dia AEFI.
dan saya masih ingat, adik yang tu la ada masalah ruam yang teruk.

saya mulakan bacaan saya dengan kandungan vaksin.
Allahuakbar! rupanya vaksin tu bukan semata virus yang dilemahkan.
sel haiwan, chicken embrio, monkey kidney cell, antibiotik, logam berat, formaldehyde.
asal usul MMR adalah fetus manusia yang digugurkan tahun 60-an dan dibiakkan dalam makmal sehingga sekarang.
saya terkejut.
aduhai..saya kah yang bodoh tak ambil tahu.

bulan kedua-saya masih pegi cucuk.
ya, dengan hati yang berbelah bahagi.
saat farhah dicucuk dengan jarum tu, kuat hati saya berkata.
"bodohnya aku! aku tau kandungan vaksin tapi aku masih biarkan benda-benda tu masuk dalam badan anak aku"
"nanti kalau Allah tanya aku nak jawap apa?"
"aku tahu tapi aku buat-buat tak tahu. apa jadi dengan ibadah anak aku"
"anak aku tak bersalah.aku yang buat keputusan untuk dia.aku yang akan dipertanggungjawabkan"

saya betul-betul rasa nak menangis di situ!

balik rumah, saya sambung membaca.
pengalaman ibu lain berhadapan dengan anak yang terkena adverse effect.
saya download GPF, baca senarai adverse effect yang tertera.

saya solat istikharah.
banyak kali.
ini bukan keputusan yang mudah untuk saya buat.
saya yakin, semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing.
tiada siapa mahu anak sakit.

tak cukup istikharah-saya solat hajat.
sungguh-sungguh minta Allah lorongkan hati saya untuk buat keputusan.
dan dengan keputusan yang dibuat, saya minta supaya ditetapkan hati- tidak berpaling lagi.

tiap kali lepas solat, mengadap laptop semula, tiap kali itulah yang buruk-buruk semua saya terbaca.
beberapa malam saya tak lena tidur, mengadap laptop, baca di sana sini sampai sakit kepala.

dan akhirnya inilah keputusan saya.

risau.saya risaukan penyakit-penyakit tersebut.
dalam masa sama saya risau AEFI.

macam mana kalau saya cucuk anak then terkena AEFI?
tapi macam mana pula kalau saya tak cucuk dan anak saya terkena penyakit yang sepatutnya dilindungi vaksin tersebut?

Allah..Allah..
akhirnya keputusan saya nekad.
tolak la mana pun, tujuan penciptaan saya untuk Allah.
hidup mati saya biar dalam redha Allah.
anak itu amanah. Allah hadiahkan kepada saya untuk saya jaga.
dan saya akan dipertanggungjawabkan atas apa sahaja yang saya masukkan dalam badan dia.
Allah suruh cari yang halal lagi tayyib.
dan saya tak mampu nak menghalalkan segala yang ada dalam vaksin itu.
kalaupun orang kata selepas melalui sekian-sekian proses, babi tersebut dalam kuantiti yang sangat sedikit.
selepas proses demi proses, sel fetus manusia tu bukan lagi dalam bentuk asalnya.
naluri hati saya tetap menolaknya.
ia syubhah bagi saya.tiada tayyibnya bagi saya di situ.

ini keputusan saya.
saya tidak pernah, tidak akan memaksa orang mengikut keputusan saya.
bila orang bertanya, saya cuma akan suruh gali-gali dan gali lagi.
saya tunjukkan jalan, selainnya bacalah sendiri.

sesuailah.
wahyu pertama yang turun "bacalah!"
bacalah kedua-dua sudut pandangan.

jika masih belum ada keputusan, istikharahlah.
minta yang Maha Mengetahui untuk tunjukkan jalan.

teringat kata-kata Doktor Zul masa saya jumpa dia.
hidup kita ni ibarat kiub.
takkan pernah tahu apa yang ada di sebelah sana.
apa pula sudut pandangan orang lain.

biar sejuta pertikaian pun, kita tak tahu siapa yang betul, siapa yang salah.
sehinggalah kita semua diperhitungkan di sana kelak.

5 comments:

  1. http://teacherbasariah.blogspot.com/2013/09/vaksinnak-cucuk-ke-tak-sila-baca-sampai.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..

      sy tak paksa sesiapa ikut keputusan sy.

      ini bukan keputusan ikut ikut orang.

      baca kedua dua pihak, istikharah, doa banyak banyak minta petunjuk dari Allah.

      dan sy dah buat keputusan sy.

      Delete
  2. masa anak pertama,sy masih membaca psl vaksin.dan masih teruskan vax utk anak.stop vax masa umur setahun.lambat sket faham sbb mak bukan grad chemistry.hihihi..skrg utk adiknya tak vax lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk ada wassap atau fb x?nk bljr tips parenting dr akk.hrp sudi share :)

      Fb : Ckin Kembaq
      0134552943

      Delete
  3. Saya baca ni tahun 2016 saya banyak baca pasal kesan AEFI sekarang statik autism terlampau tinggi dah..takkan masih disebabkan genetik lagi kan ?

    ReplyDelete