Sunday, October 6, 2013

doktor dan menveo

disember ni insyaAllah saya dan family akan menunaikan umrah.
sangat berdoa semoga rancangan kali ni tidak tertunda lagi.
dah beberapa tahun buat plan tapi asyik tak jadi je.
takde visa, susah nak cari tarikh yang sesuai dan semua orang cuti memandangkan kami pergi dalam kumpulan yang agak besar.

tapi kali ni insyaAllah, pihak Andalusia dah bagi tarikh 12 Disember untuk kami pergi :) alhamdulillah...

jadi sekarang ni kami agak sibuk nak uruskan apa yang patut.
lagi lagi semenjak dua tiga menjak ni encik suami saya tu busy la sangat dengan keje opis dan bukan opis dia-Pak Najib pun kalah tau ;p

kami nak kena siapkan gambar pasport, gambar visa, buat pasport antarabangsa, injection meningitis, selain banyak dokumen kena fotostat.
belum masuk shopping barang keperluan ke sana lagi.

jadinya nak siapkan semua-semua tu memang kena curi-curi masa encik suami.
so weekend ni kami plan nak buat pasport.
sabtu pukul 9 ke Putrajaya, sekali ambik kau-nombor giliran dah habis!
hei,korang semua yang datang awal ni korang sampai pukul barapa?
acik lotih tau nak kejutkan anak pepagi buta nak ke mari ;p

makanya kami buat plan B.
cari injection meningitis.

kalau yang kenal saya agaknya dah tau kan saya tak inject farhah.
kalau orang tanya "kenapa tak inject?"
err..err..susah saya nak jawab soalan tu.
ada macam-macam penerangan dalam kepala saya tapi sangat susah nak dikeluarkan secara lisan mahupun tulisan.*menjawab kenapa takde entry pasal vaccination sedangkan dalam hati meronta-ronta nak berkongsi*

haha-
tapi apakan daya.
kerajaan Arab Saudi mewajibkan setiap jemaah perlu ada sijil perakuan mengambil suntikan meningitis sebelum ke sana-kalau tak visa tak boleh dikeluarkan-huwaaaaa...

saya cuba untuk meminta doktor supaya keluarkan sijil tanpa menyuntik.
mana tau ada rezeki saya dapat jumpa doktor yang pro-choice kan ;p

doktor tanya saya "oh,kenapa tak nak suntik?sebab isu vaccination tu ye?"
okey, sedikit kelegaan di situ. first impression saya ialah doktor ini ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling dia.

saya terangkan-"hmm..saya ragu-ragu dengan kandungan vaksin.logam berat.sel-sel haiwan"

doc : oh, tak boleh la macam tu. kalau jadi pape, kalau kena meningitis, KKM akan cari balik kami. dorang akan query macam mana boleh kena meningitis sedangkan dah ambik vac.

saya : tapi even dah ambik vac ni pun takde jaminan yang ia efektif 100% kan doc?

doc : eh, vac ni memang melindungi dari meningitis.perlindungan selama 3 tahun.lepas 3 tahun tu baru la boleh kena jangkitan sebab dah takde perlindungan.

saya : setahu saya vac ni tak semestinya efektif 100% doc. contohnya ada budak kena demam campak even dah ambik MMR.

doc : budak yang kena demam campak tu masa vaksin tu dah tak efektif. MMR ni tempoh dia beberapa tahun je.dalam beberapa tahun tu memang budak tu takkan kena campak.dah lepas tu baru dia kena sebab dah tak dilindungi oleh vaksin.

sah, doktor ni tak pernah jumpa budak umur setahun dua yang kena campak kot.
belum bukak cerita mumps lagi.

saya : okey la doc. kat klinik ni ada simpan GPF tak?

doc : GPF? apa tu?

saya : Garis Panduan Farmakovigilans.kan bahagian farmasi KKM ada keluarkan garis panduan tu. apa nak buat kalau kena AEFI.

doc : apa AEFI?

saya : adverse effect following immunisation.

doc : oh, ada ye?

saya : ada..so katakan saya kena adverse effect tu, adakah doc akan tolong saya untuk buat report?

doc : hmm..ya ya..kena report kat KKM la.kami semua ni under KKM. tapi saya memang tak boleh keluarkan sijil kalau tak suntik. melanggar etika saya sebagai seorang doktor.

waaaaa...waaaa..waaaaa...agak-agak kalau jadi pape doc ni nak tolong saya tak?
tapi takpelah, since dalam sijil ni dah ada batch number, expired date pasal vaksin yang saya nak ambik ni, saya malas nak argue dah dengan doktor ni.

maka redha je la saya dan suami kena cucuk :(

sempat saya mintak insert vaksin tu dari doc.
haha, mesti dia kata saya ni patient yang banyak songeh kan ;p

insert MENVEO
sijil suntikan
balik rumah, saya google pasal MENVEO.

aduhhh..macam nak tepek kat doktor tu suruh baca ni.

Vaccination with MENVEO may not protect all individuals. For more information about MENVEO, talk to your healthcare professional.

Common side effects from MENVEO include pain and redness at the injection site, headache, muscle pain, fatigue, nausea, and fainting. In infants under 2 years old, persistent crying, sleepiness, and diarrhea were also observed. Sometimes fainting is accompanied by falling with injury. Other side effects can also occur.

sumber menveo.com


doktor tak tahu AEFI, doktor tak tahu kewujudan GPF.
what else should i say?

haihhhhh----

No comments:

Post a Comment