Sunday, October 20, 2013

anak susuan (lagi)

amboi mama jihan ni.
tak cukup-cukup.

entah kenapa entah.
melihat anak kecil dapat minum susu ibu, adalah satu kepuasan bagi saya.
kepuasan yang amat sangat :)

sebab tu saya sangat suka kalau ada kawan-kawan yang call-sms-pm-email untuk tanya pasal susu ibu.
sangat-sangat suka :)
dan saya suka memberi inspirasi kepada orang lain.
eh ada ke yang terinspirasi? ;p

dan ini anak susuan saya (dan suami) yang keempat :)


nur abidah mukhlisah.
adik kepada khalilah.
baca tentang khalilah di sini :)


saya sangat seronok bila ummi fana dengan walid firdaus datang rumah kami.
bayangkan mereka dengan tiga anak dara.
dan kami dengan dua anak dara :)

jumlah lima anak dara bermain sama-sama.
eh tolak dulu abidah belum pandai main.
meriah rumah kecil kami dengan anak-anak dara ni.

semoga membesar dengan baik, abidah.
semoga sihat selalu.
cepat besar dan boleh main dengan kakak isymah, kakak damia, kakak khalilah, kakak farhah.

wah ramainyaaaaaa :)

Thursday, October 10, 2013

kenapa tidak cucuk?

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

semoga entry ini tidak menjadi isu kepada sesiapa pun.
saya menulis atas niat berkongsi.

okey, kenapa saya tidak mengambil vaksin untuk farhah?

saya bermula seperti ibu lain.
dapat damia, saya sangat patuh dengan jadual imunisasi.
check-up klinik semua saya pergi.
memang tak pernah langsung nak ambil tahu apa-apa pun pasal vaksin.

saya belajar masa sekolah.
vaksin adalah virus yang dilemahkan.
dimasukkan dalam badan kita so sistem badan akan 'berkenalan' dengan virus ni.
badan kita akan membina antibodi untuk melawan virus tersebut.
bila dah kenal, lain kali kalau virus tu datang balik, badan kita boleh lawan virus tu-yela, kata dah kenal lama kan. kih kih kih ;p

mula-mula terdengar desas desus pasal golongan antivaksin (ehem,pro-choice! ) ni saya macam "aihh,ntah pape la dorang ni.dah berpuluh tahun pun vaksin ni dah ada.tu pun tanak percaya"

ye, dan saya takutla dengan segala penyakit tibi, polio, measles, mumps, rubella dan lain-lain tu.

jadi saya ignore dan memang tak nak baca pun pasal vaksin masa tu.

sampailah saya mengandung farhah.
entah apa yang menggerakkan hati saya untuk request sendiri untuk join group OHUB.

lama saya join, sebelum bersalin farhah lagi.
tapi tak baca!

dan farhah masih dicucuk.
lepas lahir dapat BCG, Hep B.
bulan pertama cucuk kat kampung.

lepas cucuk bulan pertama tu saya mula membaca.
GPF? adverse effect? kandungan vaksin?
semuanya buat saya pening kepala!
lagi-lagi kebanyakan bahan bacaan dalam bahasa inggeris dan dengan fakta saintifik.
walaupun acik grad chemistry acik poning jugak tau!

saya suarakan pada encik suami-walaupun masa ni masih atas pagar. 50-50.
"boleh tak kalau taknak cucuk adik?"
encik suami jawab "boleh je,ada ramai orang sebenarnya tak pegi cucuk anak"

aha, sebenarnya adik saya sorang tak habis cucuk pun.
mak saya kata setiap kali pegi cucuk dia akan demam panas yang sangat kuat.
mak tak sampai hati tengok dia demam-so tak pegi cucuk dah.
uhuuuuu..kalau la mak saya tahu tu la dia AEFI.
dan saya masih ingat, adik yang tu la ada masalah ruam yang teruk.

saya mulakan bacaan saya dengan kandungan vaksin.
Allahuakbar! rupanya vaksin tu bukan semata virus yang dilemahkan.
sel haiwan, chicken embrio, monkey kidney cell, antibiotik, logam berat, formaldehyde.
asal usul MMR adalah fetus manusia yang digugurkan tahun 60-an dan dibiakkan dalam makmal sehingga sekarang.
saya terkejut.
aduhai..saya kah yang bodoh tak ambil tahu.

bulan kedua-saya masih pegi cucuk.
ya, dengan hati yang berbelah bahagi.
saat farhah dicucuk dengan jarum tu, kuat hati saya berkata.
"bodohnya aku! aku tau kandungan vaksin tapi aku masih biarkan benda-benda tu masuk dalam badan anak aku"
"nanti kalau Allah tanya aku nak jawap apa?"
"aku tahu tapi aku buat-buat tak tahu. apa jadi dengan ibadah anak aku"
"anak aku tak bersalah.aku yang buat keputusan untuk dia.aku yang akan dipertanggungjawabkan"

saya betul-betul rasa nak menangis di situ!

balik rumah, saya sambung membaca.
pengalaman ibu lain berhadapan dengan anak yang terkena adverse effect.
saya download GPF, baca senarai adverse effect yang tertera.

saya solat istikharah.
banyak kali.
ini bukan keputusan yang mudah untuk saya buat.
saya yakin, semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing.
tiada siapa mahu anak sakit.

tak cukup istikharah-saya solat hajat.
sungguh-sungguh minta Allah lorongkan hati saya untuk buat keputusan.
dan dengan keputusan yang dibuat, saya minta supaya ditetapkan hati- tidak berpaling lagi.

tiap kali lepas solat, mengadap laptop semula, tiap kali itulah yang buruk-buruk semua saya terbaca.
beberapa malam saya tak lena tidur, mengadap laptop, baca di sana sini sampai sakit kepala.

dan akhirnya inilah keputusan saya.

risau.saya risaukan penyakit-penyakit tersebut.
dalam masa sama saya risau AEFI.

macam mana kalau saya cucuk anak then terkena AEFI?
tapi macam mana pula kalau saya tak cucuk dan anak saya terkena penyakit yang sepatutnya dilindungi vaksin tersebut?

Allah..Allah..
akhirnya keputusan saya nekad.
tolak la mana pun, tujuan penciptaan saya untuk Allah.
hidup mati saya biar dalam redha Allah.
anak itu amanah. Allah hadiahkan kepada saya untuk saya jaga.
dan saya akan dipertanggungjawabkan atas apa sahaja yang saya masukkan dalam badan dia.
Allah suruh cari yang halal lagi tayyib.
dan saya tak mampu nak menghalalkan segala yang ada dalam vaksin itu.
kalaupun orang kata selepas melalui sekian-sekian proses, babi tersebut dalam kuantiti yang sangat sedikit.
selepas proses demi proses, sel fetus manusia tu bukan lagi dalam bentuk asalnya.
naluri hati saya tetap menolaknya.
ia syubhah bagi saya.tiada tayyibnya bagi saya di situ.

ini keputusan saya.
saya tidak pernah, tidak akan memaksa orang mengikut keputusan saya.
bila orang bertanya, saya cuma akan suruh gali-gali dan gali lagi.
saya tunjukkan jalan, selainnya bacalah sendiri.

sesuailah.
wahyu pertama yang turun "bacalah!"
bacalah kedua-dua sudut pandangan.

jika masih belum ada keputusan, istikharahlah.
minta yang Maha Mengetahui untuk tunjukkan jalan.

teringat kata-kata Doktor Zul masa saya jumpa dia.
hidup kita ni ibarat kiub.
takkan pernah tahu apa yang ada di sebelah sana.
apa pula sudut pandangan orang lain.

biar sejuta pertikaian pun, kita tak tahu siapa yang betul, siapa yang salah.
sehinggalah kita semua diperhitungkan di sana kelak.

Wednesday, October 9, 2013

09.10.2013

09.10.2013

alhamdulillah..Allah masihkan pinjamkan kehidupan kepada saya untuk tahun ke 28.

semalam birthday saya.ehem.

saja nak buat kenangan-apa yang berlaku semalam :)

pegi buat pasport.
boleh pulak kakak damia punya pasport sangkut dalam mesin.
tak pasal je kena tunggu sehari lagi untuk ambik.


sementara tunggu pasport siap, pegi alamanda.
saja buang masa..bawak anak-anak main :)


teringin nak makan dunkin donut.
hambik, sekotak ni saya punya je.
eh, bagi sebiji kat encik suami :)


sweet surprise :)
encik suami balik office dan bawakan sebiji kek oreo cheese kegemaran saya :)


tiada apa yang istimewa untuk saya wish tahun ni.
alhamdulillah, dengan limpahan rezeki, nikmat iman, kasih sayang, perhatian.
segala macam yang saya kecapi sehingga ke hari ini.

saya sangat bersyukur!
alhamdulillah..alhamdulillah :)

Sunday, October 6, 2013

doktor dan menveo

disember ni insyaAllah saya dan family akan menunaikan umrah.
sangat berdoa semoga rancangan kali ni tidak tertunda lagi.
dah beberapa tahun buat plan tapi asyik tak jadi je.
takde visa, susah nak cari tarikh yang sesuai dan semua orang cuti memandangkan kami pergi dalam kumpulan yang agak besar.

tapi kali ni insyaAllah, pihak Andalusia dah bagi tarikh 12 Disember untuk kami pergi :) alhamdulillah...

jadi sekarang ni kami agak sibuk nak uruskan apa yang patut.
lagi lagi semenjak dua tiga menjak ni encik suami saya tu busy la sangat dengan keje opis dan bukan opis dia-Pak Najib pun kalah tau ;p

kami nak kena siapkan gambar pasport, gambar visa, buat pasport antarabangsa, injection meningitis, selain banyak dokumen kena fotostat.
belum masuk shopping barang keperluan ke sana lagi.

jadinya nak siapkan semua-semua tu memang kena curi-curi masa encik suami.
so weekend ni kami plan nak buat pasport.
sabtu pukul 9 ke Putrajaya, sekali ambik kau-nombor giliran dah habis!
hei,korang semua yang datang awal ni korang sampai pukul barapa?
acik lotih tau nak kejutkan anak pepagi buta nak ke mari ;p

makanya kami buat plan B.
cari injection meningitis.

kalau yang kenal saya agaknya dah tau kan saya tak inject farhah.
kalau orang tanya "kenapa tak inject?"
err..err..susah saya nak jawab soalan tu.
ada macam-macam penerangan dalam kepala saya tapi sangat susah nak dikeluarkan secara lisan mahupun tulisan.*menjawab kenapa takde entry pasal vaccination sedangkan dalam hati meronta-ronta nak berkongsi*

haha-
tapi apakan daya.
kerajaan Arab Saudi mewajibkan setiap jemaah perlu ada sijil perakuan mengambil suntikan meningitis sebelum ke sana-kalau tak visa tak boleh dikeluarkan-huwaaaaa...

saya cuba untuk meminta doktor supaya keluarkan sijil tanpa menyuntik.
mana tau ada rezeki saya dapat jumpa doktor yang pro-choice kan ;p

doktor tanya saya "oh,kenapa tak nak suntik?sebab isu vaccination tu ye?"
okey, sedikit kelegaan di situ. first impression saya ialah doktor ini ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling dia.

saya terangkan-"hmm..saya ragu-ragu dengan kandungan vaksin.logam berat.sel-sel haiwan"

doc : oh, tak boleh la macam tu. kalau jadi pape, kalau kena meningitis, KKM akan cari balik kami. dorang akan query macam mana boleh kena meningitis sedangkan dah ambik vac.

saya : tapi even dah ambik vac ni pun takde jaminan yang ia efektif 100% kan doc?

doc : eh, vac ni memang melindungi dari meningitis.perlindungan selama 3 tahun.lepas 3 tahun tu baru la boleh kena jangkitan sebab dah takde perlindungan.

saya : setahu saya vac ni tak semestinya efektif 100% doc. contohnya ada budak kena demam campak even dah ambik MMR.

doc : budak yang kena demam campak tu masa vaksin tu dah tak efektif. MMR ni tempoh dia beberapa tahun je.dalam beberapa tahun tu memang budak tu takkan kena campak.dah lepas tu baru dia kena sebab dah tak dilindungi oleh vaksin.

sah, doktor ni tak pernah jumpa budak umur setahun dua yang kena campak kot.
belum bukak cerita mumps lagi.

saya : okey la doc. kat klinik ni ada simpan GPF tak?

doc : GPF? apa tu?

saya : Garis Panduan Farmakovigilans.kan bahagian farmasi KKM ada keluarkan garis panduan tu. apa nak buat kalau kena AEFI.

doc : apa AEFI?

saya : adverse effect following immunisation.

doc : oh, ada ye?

saya : ada..so katakan saya kena adverse effect tu, adakah doc akan tolong saya untuk buat report?

doc : hmm..ya ya..kena report kat KKM la.kami semua ni under KKM. tapi saya memang tak boleh keluarkan sijil kalau tak suntik. melanggar etika saya sebagai seorang doktor.

waaaaa...waaaa..waaaaa...agak-agak kalau jadi pape doc ni nak tolong saya tak?
tapi takpelah, since dalam sijil ni dah ada batch number, expired date pasal vaksin yang saya nak ambik ni, saya malas nak argue dah dengan doktor ni.

maka redha je la saya dan suami kena cucuk :(

sempat saya mintak insert vaksin tu dari doc.
haha, mesti dia kata saya ni patient yang banyak songeh kan ;p

insert MENVEO
sijil suntikan
balik rumah, saya google pasal MENVEO.

aduhhh..macam nak tepek kat doktor tu suruh baca ni.

Vaccination with MENVEO may not protect all individuals. For more information about MENVEO, talk to your healthcare professional.

Common side effects from MENVEO include pain and redness at the injection site, headache, muscle pain, fatigue, nausea, and fainting. In infants under 2 years old, persistent crying, sleepiness, and diarrhea were also observed. Sometimes fainting is accompanied by falling with injury. Other side effects can also occur.

sumber menveo.com


doktor tak tahu AEFI, doktor tak tahu kewujudan GPF.
what else should i say?

haihhhhh----

Saturday, October 5, 2013

chocolate moist cake

resepi yang sangat senang.
mintak dari sifuku Puan Maszliahti.

BAHAN A
1 cawan gula perang
1 cawan susu coklat
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis

BAHAN B
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

BAHAN C
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila.

CARA
1. Campur dan ayak bahan B.ketepikan.
2. Campur dan pukul bahan C.
3. Campur semua bahan A dalam satu periuk dan panaskan atas api sederhana.
4. Bila dah sebati semua bahan,matikan api then masukkan bahan B tadi.
5. Masukkan bahan C perlahan-lahan.jgn masuk sekaligus.
6. Dah sebati semua,tuang dalam bekas n kukus selama sejam atau lebih sampai kek masak.
*kalau nak cantik cover loyang dgn aluminium foil supaya air kukusan tak masuk dalam kek*
7. Cucuk dgn lidi utk make sure kek dah masak.
8. Bila dah masak,biarkan seketika dlm pengukus.jangan terus angkat kek.

TOPPING COKLAT
1 bar coklat masakan
1 sudu butter
Susu pekat
Air panas

1.cairkan coklat masakan dgn kaedah double boiler.
2. Dah cair masukkan butter.
3. Masukkan susu pekat ikut manis yg disukai.
4. Tambahkan air panas..yg btl2 baru pas mendidih.
5. Sesuaikan rasa..kalau nak manis lagi boleh tambah susu lagi.
6. Tuang atas kek.
7. Bolehla hias kek dgn choc rice atau badam.

cubaan pertama

buat birthday cake damia
 :)

anak-anak KIM

aci tak nak tulis post bebanyak?

haha, encik suami pernah pesan, jangan berhenti menulis.
dalam tak sedar, ada ramai orang yang menimba ilmu di blog saya ni.

ehem.
tapiii (eh ada tapinya tu) saya busyyyy!!

eleh, kata busy tapi tak update fesbuk sehari tak sah.

aihh, fesbuk tu taip-taip-taip dan post :)
sebelah tangan sambil susukan anak je acik buat tau ;p
kalau nak update blog ni kena pilih-pilih gambar lagi.
susah nak update kalau online guna handphone kan ;)

saya berharap untuk menulis lebih baaaaaanyak post yang ilmiah.
supaya bermanfaat untuk orang lain.
dan moga menjadi jariah saya di sana.

kan ilmu bermanfaat yang diamalkan akan berterusan pahalanya kan kan :)

tapi buat masa ni tak terfikir nak tulis apa.
bubuh gambar budak kecik-budak besar boleh la kan :)

damia dan farhah pada usia yang sama.
10 bulan :)
sengaja saya pakaikan baju yang sama.

saya sangat rindu KIM yang duluuuuuuu :)

nombor lima

lama gila tak update.
dah lepas puasa-lepas raya-nak masuk raya haji dah.

nasib baik password masih ingat ;p haha!

nak bubuh gambar anak baru-tak-baru-sangatla..

gambar curi dari fesbuk ibu mertuaku :)

ni anak susuan kami yang ketiga.
termasuk anak sendiri, dah lima dah anak kami.

hah,betul.
di usia nak masuk 28 tahun ni saya ada lima anak :)
alhamdulillah.
moga boleh tumpang doa anak-anak bila mama dah takde nanti.

muhammad harith idraki.
merangkap anak sedara sendiri.
yeah..ini sebenarnya sepupu damia dan farhah jugak.
anak adik encik suami saya :)

seronoknya bila semakin ramai memilih susu ibu untuk anak mereka.
kalau tak boleh nak susukan sendiri, pilihlah untuk mencari ibu susuan :)