Saturday, June 22, 2013

natural remedy untuk selesema

info diambil dari group Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-Anak.
boleh search di facebook, minta untuk join. ada banyak ilmu di situ :)
jangan lupa, masuk rumah orang, baca segala files, documents dulu.
eh, paling penting, baca pinned post-kenali group, bagaimana ia beroperasi dan patuhi segala peraturan yang ditetapkan okey :)

baiklah, kembali ke tajuk.
kakak damia mula selesema beberapa hari lepas-belum nampak la hingus meleleh, tapi dah dengar bunyi 'sroott..sroott' dia tarik hingus tu. hihi.
mama dia pun apa lagi-cepat-cepat la selak dokumen natural remedy yang sesuai.
info di hujung jari kan-senanggg :)

nak treat selesema-batuk ni kena kenalpasti dulu sama ada yang berlaku tu jangkitan virus atau bakteria.
saya letak dalam bentuk point form supaya senang :)

caranya?
lihat pada warna hingus/ kahak.

1. jika warna hingus/ kahak jernih - tandanya ia adalah jangkitan virus.
  • ambil makanan antiviral- rujuk di sini.
    yang biasa kita jumpa garlic, ginger, cauliflower, brocolli, apple.
  • ambil makanan yang tinggi protein- sup ayam, sup tulang dll.virus ni akan 'makan' protein dalam badan, so kena tambah la pengambilan protein kita.
  • minum jus dengan banyak-buat sendiri la ye. tanpa gula :)
  • kurangkan pengambilan gula kerana gula adalah 'makanan' virus dan bakteria ni.
  • ambil minyak kelapa dara.
  • hingus/ kahak jernih menunjukkan badan sejuk. so ambil makanan yang panas seperti madu, buah delima, habbatussauda.
2. jika warna hingus/ kahak hijau/ kuning- tandanya ia adalah jangkitan bakteria.
  • ambil probiotik-bakteria baik yang akan lawan bakteria jahat dalam badan.
  • cuba semua natural remedies untuk hilangkan batuk-selesema-pilihan terakhir barulah berikan antibiotik.(beri sekali dengan probiotik)
  • oh ya, contoh probiotik plain yogurt-ada juga jual probiotik kat farmasi-farmasi.
  • garlic adalah natural antibiotik terbaik.banyak-banyaklah makan garlic masa ni ye :) 
  • hingus/ kahak berwarna menunjukkan badan panas. so ambil makanan yang sejuk seperti barli, air kelapa, air asam jawa, kembang semangkuk.
natural remedies untuk batuk-selesema.
  •  garlic socks-hiris bawang putih, masukkan dalam stokin dan pakai stokin tersebut. untuk anak yang kecil, boleh lapis dua stokin tu supaya tak panas sangat kena kat kulit anak.
  • minyak bawang putih-bakar garlic sekali dengan kulitnya, lenyek dengan minyak zaitun, atau minyak kelapa-kalau takde sangat minyak masak pun jadilah..sapu pada tapak kaki, dada dan belakang anak.
  • (untuk rawatan semulajadi di atas ni, sila buat patch test dulu ye-sapu sikit ke kulit anak, tengok kalau takde keradangan baru apply betul-betul.takut anak tak serasi pulak dengan garlic ni.)
  • asah kunyit hidup dan sapukan pada tulang hidung anak.
  • teknik percussion *sila tanya pakcik google ya*
  • teknik steam *tanya encik google juga*
kalau selalu sangat anak kena demam-batuk-selesema ni, kena la usaha untuk menaikkan sistem imun anak.
boleh cuba bagi olivenol, apple cider vineger, tambahkan vitamin D (sumber matahari pagi/ ikan salmon)

jadi apa yang saya buat untuk damia?

taraaa...
 
sup kaki ayam dengan garlic yang banyak, halia, bawang merah.

p/s kaki ayam ni sumber kolagen semulajadi juga tau.boleh la mama tumpang sekaki ye kak :)



2 comments:

  1. nak cube la petua minyak bawang ptuih tu..tq

    ReplyDelete
  2. Dah cuba tapi x berkesan kat anak saya..😔

    ReplyDelete