Saturday, June 22, 2013

garlic oil untuk selesema

masih cerita selesema.
maklumlah, musim jerebu ni kan.
lagi-lagi rumah tingkat 8 atas awan ni.
walaupun tingkap bertutup 24 jam, masih bau asap masuk dalam rumah.

hari ni adik pulak dah start selesema.
tapi masih belum merisaukan. so far tak teruk lagi.
masih aktif main-cuma bunyi 'sroott..sroott' sikit-sikit la.

kakak masih selesema, encik suami pun sama.
saya je belum-alhamdulillah.
told you, saya ni minum susu ibu lebih dua tahun masa kecik-kecik dulu.
antibodi kuat sikit kut.
hihi :)


saya buat garlic oil pagi ni.
bakar garlic dengan kulitnya sekali.
pastu lenyek dengan minyak.
saya guna minyak masak je-itu je yang available kat rumah ni.

jerebu pun nampak lebih teruk.
aihhh..malasnya nak kerja esok.
dah sah-sah kerja open air kan.

semoga terus diberi kesihatan yang baik untuk menjaga anak-anak dan suami :)

No comments:

Post a Comment