Saturday, June 22, 2013

garlic oil untuk selesema

masih cerita selesema.
maklumlah, musim jerebu ni kan.
lagi-lagi rumah tingkat 8 atas awan ni.
walaupun tingkap bertutup 24 jam, masih bau asap masuk dalam rumah.

hari ni adik pulak dah start selesema.
tapi masih belum merisaukan. so far tak teruk lagi.
masih aktif main-cuma bunyi 'sroott..sroott' sikit-sikit la.

kakak masih selesema, encik suami pun sama.
saya je belum-alhamdulillah.
told you, saya ni minum susu ibu lebih dua tahun masa kecik-kecik dulu.
antibodi kuat sikit kut.
hihi :)


saya buat garlic oil pagi ni.
bakar garlic dengan kulitnya sekali.
pastu lenyek dengan minyak.
saya guna minyak masak je-itu je yang available kat rumah ni.

jerebu pun nampak lebih teruk.
aihhh..malasnya nak kerja esok.
dah sah-sah kerja open air kan.

semoga terus diberi kesihatan yang baik untuk menjaga anak-anak dan suami :)

natural remedy untuk selesema

info diambil dari group Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-Anak.
boleh search di facebook, minta untuk join. ada banyak ilmu di situ :)
jangan lupa, masuk rumah orang, baca segala files, documents dulu.
eh, paling penting, baca pinned post-kenali group, bagaimana ia beroperasi dan patuhi segala peraturan yang ditetapkan okey :)

baiklah, kembali ke tajuk.
kakak damia mula selesema beberapa hari lepas-belum nampak la hingus meleleh, tapi dah dengar bunyi 'sroott..sroott' dia tarik hingus tu. hihi.
mama dia pun apa lagi-cepat-cepat la selak dokumen natural remedy yang sesuai.
info di hujung jari kan-senanggg :)

nak treat selesema-batuk ni kena kenalpasti dulu sama ada yang berlaku tu jangkitan virus atau bakteria.
saya letak dalam bentuk point form supaya senang :)

caranya?
lihat pada warna hingus/ kahak.

1. jika warna hingus/ kahak jernih - tandanya ia adalah jangkitan virus.
  • ambil makanan antiviral- rujuk di sini.
    yang biasa kita jumpa garlic, ginger, cauliflower, brocolli, apple.
  • ambil makanan yang tinggi protein- sup ayam, sup tulang dll.virus ni akan 'makan' protein dalam badan, so kena tambah la pengambilan protein kita.
  • minum jus dengan banyak-buat sendiri la ye. tanpa gula :)
  • kurangkan pengambilan gula kerana gula adalah 'makanan' virus dan bakteria ni.
  • ambil minyak kelapa dara.
  • hingus/ kahak jernih menunjukkan badan sejuk. so ambil makanan yang panas seperti madu, buah delima, habbatussauda.
2. jika warna hingus/ kahak hijau/ kuning- tandanya ia adalah jangkitan bakteria.
  • ambil probiotik-bakteria baik yang akan lawan bakteria jahat dalam badan.
  • cuba semua natural remedies untuk hilangkan batuk-selesema-pilihan terakhir barulah berikan antibiotik.(beri sekali dengan probiotik)
  • oh ya, contoh probiotik plain yogurt-ada juga jual probiotik kat farmasi-farmasi.
  • garlic adalah natural antibiotik terbaik.banyak-banyaklah makan garlic masa ni ye :) 
  • hingus/ kahak berwarna menunjukkan badan panas. so ambil makanan yang sejuk seperti barli, air kelapa, air asam jawa, kembang semangkuk.
natural remedies untuk batuk-selesema.
  •  garlic socks-hiris bawang putih, masukkan dalam stokin dan pakai stokin tersebut. untuk anak yang kecil, boleh lapis dua stokin tu supaya tak panas sangat kena kat kulit anak.
  • minyak bawang putih-bakar garlic sekali dengan kulitnya, lenyek dengan minyak zaitun, atau minyak kelapa-kalau takde sangat minyak masak pun jadilah..sapu pada tapak kaki, dada dan belakang anak.
  • (untuk rawatan semulajadi di atas ni, sila buat patch test dulu ye-sapu sikit ke kulit anak, tengok kalau takde keradangan baru apply betul-betul.takut anak tak serasi pulak dengan garlic ni.)
  • asah kunyit hidup dan sapukan pada tulang hidung anak.
  • teknik percussion *sila tanya pakcik google ya*
  • teknik steam *tanya encik google juga*
kalau selalu sangat anak kena demam-batuk-selesema ni, kena la usaha untuk menaikkan sistem imun anak.
boleh cuba bagi olivenol, apple cider vineger, tambahkan vitamin D (sumber matahari pagi/ ikan salmon)

jadi apa yang saya buat untuk damia?

taraaa...
 
sup kaki ayam dengan garlic yang banyak, halia, bawang merah.

p/s kaki ayam ni sumber kolagen semulajadi juga tau.boleh la mama tumpang sekaki ye kak :)



Wednesday, June 19, 2013

alergi farhah : steroid vs natural

saya perasan farhah ni kulit dia sensitif.
tak macam kakak damia.
kakak damia kulit halus,memang takde masalah.

farhah pernah naik ruam kat muka sampai terkupas-kupas la kulit.
jadi tak licin.
tak sekata pulak tu warnanya.
*antara sebab jugak kenapa saya tukar mandian, krim anak-anak*

dua minggu duduk dengan saya masa cuti pertengahan tahun hari tu, kulit dia clear, takde masalah.
naik kerja seminggu, farhah ke taska, naik pulak alergi kat bahu dia.

weekend 15 dan 16 jun tu saya perasan naik merah bintik-bintik macam ni.
*gambar diambil isnin, 17 jun*


saya check seluruh badan, jumpa sebiji kat siku dan sebiji lagi bawah ketiak.
mula-mula tu saya ingatkan chicken pox.
sebab pelik pulak tengok sebiji je kat siku, sebiji je kat bawah ketiak.

then saya pegi jumpa doktor nak sahkan apa benda ni.

alhamdulillah doktor sahkan ia bukan chicken pox.
*encik suami dah cuak sebab minggu ni dia sangat busy ;p *

doktor bagi ubat-ubat ini-yang akhirnya masuk tong sampah-huhu..

 

sejak bersalinkan farhah, saya menjadi seorang ibu yang lebih banyak membaca.
dan terasa sangat menyesal, naif, rasa bersalah pada kakak damia.
damia masa pantang saya dah sumbat dengan ubat batuk, ubat selesema, ubat cair kahak.
hanya sebab saya nampak dia macam nak demam-nafas berbunyi sikit (which is kadang-kadang normal untuk bayi dalam pantang)
dan padahal saya tak check pun suhu dia masa tu.

saya nampak dia MACAM demam, nafas berbunyi, terus angkut jumpa doktor.
stupid me!

dan bila saya tahu sebenarnya bayi tidak boleh diberi ubat sewenangnya, saya rasa nak sumpah doktor tu.
betul, ini yang saya rasa.
terkilan dengan sesetengah doktor yang sewenangnya prescribe ubat untuk anak kecil.
sebab apa?
boleh fikir sendiri kot kan..

bila dah tau keburukan ubat-ubat kimia-lebih-lebih lagi untuk bayi dan kanak-kanak, saya cuba untuk mengelak segala jenis ubat untuk anak-anak.
kembali kepada alam-saya pilih natural remedies saja.
dan mula untuk mencari second opinion selain nasihat doktor.
*sorry doc*
sekarang ni ubatan kimia mungkin akan menjadi pilihan terakhir saya. (hopefully)

dalam pantang, farhah pernah batuk selama seminggu.
sampai merah-merah muka.
saya kentalkan hati-breastfeed je banyak-banyak.
sapu minyak panas kat kaki dan pakaikan stokin.

saya belajar teknik tepukan percussion dan apply itu sahaja untuk legakan kahak dia.
alhamdulillah ok :)
*kesabaran yang sangat tinggi diperlukan untuk tunggu anak sembuh.natural remedy memang ambik masa-tapi tiada kesan sampingan*

ok,berbalik kepada cerita alergi farhah ni.
ubat-ubat yang doktor bekalkan itu adalah steroid.
note that kalau alergi,ekzema,biasanya doktor memang akan prescribe steroid.

sayangnya kat label tu takde nama ubat.
kalau ada nama ubat, boleh check ubatan di sini.

study tentang steroid dan keburukannya di sini.
http://krupkrup.blogspot.com/search/label/Sains%20Krim%20Steroid

jadi untuk alergi farhah ni saya cuba cari dulu apa penyebabnya.

saya belum bagi farhah makan ayam atau ikan bilis.
menunya masih sama sejak bulan lepas-bubur nasi-epal-lobak.
nak kata saya yang salah makan-takde pulak benda baru yang saya makan.semuanya sama je.
so bukan sebab makanan.

instinct saya kata sabun kat taska.
sebab kat rumah saya dah tukar semua ke buds tu.
kat taska je belum tukar.
dua minggu saya pakai buds kat rumah, naik taska seminggu terus naik alergi.

jadi saya cuba tukar sabun taska farhah.
saya minta cikgu taska mandikan dia guna buds yang sama dia pakai kat rumah gak.
then minta sapu super soothing cream dengan lebih kerap.

alhamdulillah, kulit dia bertambah ok.
ni keadaan kulit dia 18 jun.


saya mandikan jugak farhah dengan epsom salt.
kat rumah pun kerap-kerap sapu super soothing cream tu.

alhamdulillah..alhamdulillah..
ini gambar yang diambil 19 jun.



saya rasa sangat gembira sebab saya berjaya treat masalah ini tanpa chemical.
lebih-lebih lagi tanpa steroid.
kalau saya yang dulu-apa sahaja yang doktor bagi saya akan apply pada anak.
sekarang ni saya akan study dulu dan cari alternatif yang lebih selamat.
:)

no vaccine, no drugs, homemade food-saya berharap saya dapat meminimakan chemicals yang masuk ke dalam badan anak saya.
saya yakin inilah jalan terbaik demi kesihatan anak saya-berpanjangan insyaAllah :)