Tuesday, May 28, 2013

time to change

bertukar!
okey-okey-ini bukan tukar kerajaan okey.
PRU dah lama habis kan.

sekarang isu kesihatan dan keselamatan anak-anak pulak.
saya dalam proses menukar gaya hidup kepada yang lebih natural dan organik.
ya..ya..sejak macam-macam info yang baru kita tahu.
tiba-tiba je muncul nama-nama macam paraben, SLS..dll.
oh, bersyukur menjadi ibu di zaman klik-klik ni kan.
semua ilmu di hujung jari.
tinggal nak tapis je.

okey, kembali kepada tajuk.

apa itu paraben?
ringkasnya begini.
paraben ni sejenis bahan kimia yang biasanya ditambah dalam bahan kosmetik.
syampu, mandian, deodoran dan lain-lain.
berfungsi sebagai  pengawet-menjadikan bahan kosmetik tersebut lebih tahan lama.
menurut kajian, paraben boleh membawa kepada kanser payudara.
oh,paraben juga ada ditambah dalam ubat-ubatan, makanan.

sila semak label barangan anda-methylparaben, propylparaben, butylparaben.
dan segala suku sakat paraben. itulah dia!

pe benda pulak SLS tu?
Sodium Lauryl Sulphate (SLS) dan Sodium Laureth Sulphate (SLES).
fungsinya untuk menjadikan syampu, sabun lebih berbuih.
atas faktor penjimatan, ia diguna secara meluas untuk barangan mandian kita, sabun basuh pinggan, sabun basuh kereta-semua yang berbuih-buih la.

SLS ni menyingkirkan minyak-jadi ia boleh membawa kepada masalah kulit kering.
kesan jangka panjang?
menurut kajian, SLS boleh membawa kepada kanser.

aihh..tak hairanlah kan.
zaman semuanya bahan kimia ni, mana ada yang tak bahaya.
makan panadol pun ada side effect.

tapi as a mom, saya cuba untuk mengurangkan penggunaan chemicals untuk anak-anak.
nak eliminate terus tu memang payahla.
tapi at least saya mencuba apa yang termampu.

saya pilih breastfeeding.
saya pilih homemade food.
saya elakkan ubatan kimia dan vaksin.
saya pakaikan adik CD.

dan untuk isu paraben dan SLS ni, saya tukar barangan anak-anak kepada produk organik.


head to toe, mandian, balm untuk perut, losyen.
semuanya jenama buds.
belian online di www.babydash.com.my
servis tip top :)

cepat-cepat belek label barangan harian kita.
mungkin agak terlambat untuk saya buat semua ni.
asyik berkata dengan diri sendiri.
'kalaulah saya tahu sejak awal lagi'

tapi tu lah..better late than never kan.
setiap hari adalah peluang untuk menjadi ibu yang lebih baik untuk anak-anak.

peluang untuk belajar, peluang untuk berubah.
syukur alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment