Tuesday, May 28, 2013

strip wash CD

gambar dah basi.
duk memerap lama dalam draft.
tapi entrynya tak tulis-tulis.

haha,acik ni ibu yang busy.
maafkanlah ye ;p

awal april (kot) buat strip wash untuk CD-CD adik.
nota : strip wash perlu dibuat untuk mengekalkan daya serap CD.
yela, walaupun kita dah guna sabun basuh enzyme-free dan tak guna softener, mungkin ada sisa-sisa sabun lain kat dalam washing machine tu yang terserap dalam CD kita.

poo poo baby jugak mengandungi minyak.
yang mana lama-kelamaan CD kita jadi kurang menyerap sebab mendakan minyak tu.
so kena la buat strip wash ni untuk menghilangkan kesan minyak tersebut dan membuatkan CD kembali bekerja dengan baik.

disarankan untuk membuat strip wash ni setiap tiga bulan.
tak susah pun.

asingkan CD dan insertnya.

untuk insert, saya rendamkan dengan air panas, tambahkan soda bikarbonat untuk mengembalikan kegebuan dan keputihan insert :)


untuk CD, saya rendam dengan air biasa je.
CD ni tak boleh kena air panas, takut akan merosakkan lapisan PUL (lapisan kalis air) tu.
lepas rendam, saya gosok-gosok permukaan CD dengan meggunakan sabun basuh pinggan.
sabun basuh pinggan kan pakar dalam menghilangkan kesan minyak ni :)


rendamlah selama beberapa jam.
bilas CD dan insert, masukkan dalam washing machine.
basuh dan sidai seperti biasa.

lebih baik kalau dapat sidai bawah terik matahari.
cahaya matahari akan menyebabkan insert CD lebih-lebih putih.

selamat ber-strip-wash :)

No comments:

Post a Comment