Tuesday, May 28, 2013

solid food-farhah

projek mega-lah-sangat minggu ini.

persediaan solid food untuk farhah :)
yeay! anak dara saya tu dah masuk 6 bulan- ni pun terlebih beberapa hari..heheh..

menu pertama sama je dengan kakak damia dulu.
cerita kakak damia-refer di sini.

macam biasa, projek baru mesti ada perkakas baru kan.
kihkihkih-tak boleh blah!

bekas untuk buat ise cube yang baru.
kali ni yang bertutup pulak :) 


blender baru :)

lobak yang dibogelkan untuk dipureekan-hihi..
 

rebus dengan air yang sedikit.
 

blend sampai lumat.


masukkan dalam bekas.


tadaaa..siaplah puree lobak saya untuk dibekukan.
buat sekali dengan serbuk beras.
refer sini.
cara mudah untuk homemade solid food anak-anak.
 

makin busy la saya ye :)
sila rindu.

No comments:

Post a Comment