Friday, May 3, 2013

sebab dia anak kedua?

ntah pape tajuk kan.
ye..ye..sebenarnya sy taktau nak bubuh tajuk apa.

aha, actually petang tadi nampak encik suami duk explore blog ni.
saya tanya la, baca entry lama nak cari apa?
then dia jawab. 'saja..tengok gambar-gambar kakak banyak.gambar adik takde pun.'

oh wowwwww..mak sentapp tau!
terus karang entry.
kih kih kih.

kenapa ya saya kurang bercerita tentang adik dalam blog ni?
mungkinkah bila anak kedua kita dah tak excited macam anak pertama?
sebab dah tau development anak atau macam mana?

oh ya, kali ni kan saya busy menjadi supermommy.
hari-hari masak untuk saya dan suami bawak bekal ke tempat kerja.
maka blog pun jarang la berupdate.
*ahahaha..alasan boleh terima kah?*


gambar terkini si kecik saya.
7 mei ni genap 6 bulan.

horayy!! saya dah boleh study balik pasal solid food.
cadangnya nak mula bagi adik makan weekend depan.

taknak start tengah-tengah minggu-sebab mama nak suap adik sendiri.
suapan pertama mesti dari tangan mama okey :)

perkembangan farhah?
dah pandai golek-golek.
dah mula pasang kuda-kuda nak merangkak.
suka diagah-mesti nak gelak je-mintak digigit!

dengan farhah kali ni banyak benda baru yang saya belajar.
saya berhentikan vaksin farhah sejak umur dua bulan.
tak pernah bagi apa-apa jenis ubat langsung.

*masa kakak damia, dalam pantang dah makan ubat selesema la, antibiotik la- oh bencinya ingat zaman kejahilan itu- dan benci doktor yang hanya mementingkan keuntungan- cissss*

walaupun masa dalam pantang farhah pernah batuk lebih dari seminggu.
pernah demam-walau semalaman je.
saya kuatkan hati untuk tidak memberi sebarang ubat kimia.
at least sehingga dia berusia 2 tahun.
saya yakin dengan susu ibu-insyaAllah :)

alhamdulillah- farhah masih menyusu sepenuhnya.
suku pertama journey mama dah complete.
dan terus meniti perjalanan untuk setahun setengah (atau lebih) lagi.

ketahuilah adik.
walau tak banyak cerita adik dalam blog ini, adik tetap istimewa di hati mama dan ayah.
sama macam kakak :)

No comments:

Post a Comment