Tuesday, April 30, 2013

misi satu ringgit

belajar tentang misi seringgit ni kat facebook.
ramai kawan yang buat benda ni.
maka acik pun teruja mahu mencuba sama.

hihi, caranya senang je.
sediakan satu sampul.
acik rembat je sampul duit raya anak-anak yang dulu.
tapi isi dalamnya acik tak rembat tau.
yang tu acik dah selamat simpan dalam tabung haji :)

bila dah dapat sampul tu, tuliskan tarikh mula dan tarikh tamat.
tempoh sebulan ye.
dalam tempoh sebulan yang ditetapkan, tiap kali kita beli apa-apa, kalau ada balance duit kertas seringgit tu, masukkan dalam sampul ni.
tak boleh guna duit kertas seringgit untuk membayar tau.

kumpul-kumpul dan kumpul.
bila tamat tempoh, sila la kira dan masukkan dalam tabungan :)


bulan pertama acik- 1 mac hingga 1 april.
dapat kumpul RM 81.


bulan kedua bermula 2 april hingga 2 mei.
lagi beberapa hari nak habis.
belum kira dan tak sabar nak kira :)
 

menarik tak?
cuba la dan tengok hasilnya.
mesti rasa seronok dan tak percaya.

jadi raya ni acik dah tak payah susah-susah sediakan bajet duit raya kan :)



No comments:

Post a Comment