Sunday, April 28, 2013

gold bar untuk anak-anak

asyik bercerita tentang breastfeeding saja.
mari kita tukar topik lain.

kesinambungan dari entri ini.

acik tu kan bercita-cita takmau anak-anak dia meminjam PTPTN untuk masuk u nanti.
jadi kena la acik tu merancang kewangan dengan baik supaya dapat disimpan demi masa depan anak-anak ;)

jadi sejak-sejak riuh harga emas turun ni, saya dan encik suami pun ambik la kesempatan untuk membeli gold bar untuk simpanan pendidikan anak-anak.
yelah, esok-esok harga emas naik, susah nak jumpa bila dia nak turun balik kan.
ni pun dah nak start naik balik.


mampu beli 10g je buat masa ni.
jadi la tu daripada takde kan..kan..
kang esok-esok kalau mama dapat durian runtuh ke..mama belikan lagi ye :)

dah mula berangan harganya untuk 18 tahun akan datang.
heheh..jauhnyaaaa....

so setakat ni,pelan pendidikan anak-anak kami adalah seperti ini.

1. pelan pendidikan takaful- dah ambik seawal usia mereka sebulan. tempoh matang sehingga mereka berusia 23 tahun- masa 18 tahun pun dah boleh ambik separuh rasanya.
kalau ambik masa tempoh matang tu, anak-anak boleh dapat lebih kurang RM23k.

2. simpan gold bar dan gadaikan ia masa anak-anak nak masuk u.
3. simpan duit-duit yang orang ramai sedekahkan, duit raya-jangan sesekali usik duit anak-anak okey ibu-ibu :)

saya tengah survey-survey pelaburan lain jugak ni.
syarat utama mestilah yang patuh syariah :)
masih study tentang itu lagi.

insyaAllah,saya mahu sediakan yang terbaik untuk anak-anak.
taknak tengok anak-anak berhutang di usia terlalu awal.
belum dapat kerja dah hutang puluh-puluh ribu.

tapiii...mana la tau anak-anak genius masa belajar dapat biasiswa pulak.
dana pendidikan ni boleh la mama bawak ke dana majlis kahwin mereka pulak.
ke bawak ke muka rumah mereka ke kan :)

No comments:

Post a Comment