Friday, April 19, 2013

ebm versi jimat space

deep freezer saya dah penuh.
soalan cepu cemas encik suami "petanda kena beli deep freezer baru ke?"
aihh, takde la sampai macam tu sekali.
kot la ebm tahan sampai 2 tahun, mahu juga ku rembat deep freezer baru :) hehehe..

bercadang jugak utk mengambil anak susuan lagi.
tapi since dah ada dua orang ni ,encik suami kata kalau nak ambik lagi,ambik la yg memang betul-betul memerlukan. baby yang sakit ke misalnya...oh ok :)
anak susuan ni kiv la dulu ye.

jadi sy pun berfikir macam mana nak sumbat ebm-ebm ni lagi.
sekarang pun dah terpaksa mengurangkan sesi mengepam.
cuma mengepam di sekolah je.
sesi mengepam di subuh hari diabaikan.
tapi diganti dengan sesi memaksa anak directfeed sebelum mama ke sekolah.
hahaha..
jaga demand beb..jaga demand :)

jadi sy mencuba kaedah begini pulak.


membekukan ebm dalam keadaan terbaring macam ni.
harap-harapnya bolehlah menjimatkan ruang yang ada.

actually dah lama terbaca pasal ibu-ibu yang buat macam ni.
tapi biasalah..vitamin R deficiency! ahaks!


nota jari : sedang berkira-kira untuk buat sesi mandi susu juga :) ala-ala spa gitew!

No comments:

Post a Comment