Friday, April 5, 2013

bila perlu ajar bayi minum botol?

"PENGGUNAAN BOTOL SUSU BOLEH MENGGANGGU PENYUSUAN SUSU IBU"

biasa jumpa ayat ni kat mana-mana botol susu atau puting tiruan yang dijual kat kedai kan.
kenapa agaknya ya?

penggunaan puting tiruan akan menyebabkan bayi megalami 'keliru puting'
ini terjadi kerana bila bayi didedahkan dengan penggunaan botol susu terlalu awal, bayi akan berasa 'selesa' dengan aliran laju dari puting botol berbanding penyusuan terus dari ibu.

yelah, kalau directfeed, bayi kena usaha sikit, kena hisap baru dapat susu.
kalau pakai puting botol,susu akan keluar walaupun tanpa hisapan dari bayi kan.

sebab tu la pakar laktasi menyarankan untuk ibu-ibu tidak memberi sebarang puting tiruan atau botol susu kepada bayi di bawah 50 hari.
dalam banyak kes, bayi yang keliru puting akan menolak untuk directfeed dan hanya mahu menyusu melalui botol susu.

jadi bila masa yang sesuai untuk ajar baby minum susu melalui botol?

saya cuba ajar farhah minum botol dua minggu sebelum masuk kerja.
masa tu usianya hampir 3 bulan.
tapi dia menangis.
sy cool lagi. takpe,dah ada pengalaman masa kakak damia dulu.
masa train kakak dulu sy sampai menangis-nangis risaukan kakak yang takmau minum botol.
sy pujuk farhah, explain baik-baik kenapa dia perlu minum susu dalam botol.
sekali dua okey la, selalunya dia tetap tak mahu.

hehe, ye saya tau.
bayi ni bijak, kenal bau ibu, so bayi biasanya memang akan refuse kalau ibu yang train.
dia akan rasa "mama ada yang ori, nape nak bagi botol pulak.." :)

jadi kalau ada pilihan, minta orang lain yang train anak anda minum botol.
kalau kes saya, seminggu sebelum naik kerja saya start hantar farhah ke nursery.
dan cikgu nursery la yang ajar farhah minum botol.
alhamdulillah,dalam seminggu tu okey je dia minum ebm dari botol.
dan alhamdulillah juga, taska farhah ni sangat supportive dgn penyusuan susu ibu.
willing untuk belajar dan diajar sebab sebelum ni dorang tak pernah handle ebm :)

atau juga mungkin faktor pemilihan puting memainkan peranan.
setakat pengalaman saya, damia okey dengan puting MAM-setelah saya mencuba pelbagai jenis puting.
farhah berjaya dengan sekali cubaan je-puting NUK. selamattttt duit mama :)

puting MAM pilihan kakak damia-leper dan nampak fit dengan mulut baby.

puting NUK untuk adik
ada juga pendapat mengatakan bayi perlu diajar supaya minum botol sejak dari awal supaya tidak menyusahkan pengasuh.
dan pendapat saya, lagi mudah mengajar anak minum botol berbanding memujuk anak untuk kembali directfeed bila dia sudah keliru puting.

lagipun pilihan untuk memberi anak minum ebm bukan terhad kepada botol sahaja.
masih ada option lain, syringe atau cup pun boleh :)

happy breastfeeding mommies :))

No comments:

Post a Comment