Friday, March 8, 2013

rutin mak-mak

lama tak update.
busynya menjadi seorang supermommy. *haha,super-lah-sangat ;p *

4.45am bangun-mandi-pam susu-siapkan bekal-siapkan barang anak-anak.
5.30am sarapan-pakai baju-susukan adik.
6.10am turun bawah-masukkan barang anak-anak dalam encik nissan dan pegi keje dengan cik viva.

balik keje sampai rumah dalam pukul 3 lebih, kelentang kelentung masak utk dinner encik suami merangkap bekal makanan esok hari.
4.00 pm ambik anak-anak-layan anak-basuh peralatan pam-basuh botol.

malam kena siapkan barang anak-anak nak ke nursery.
defrostkan frozen ebm-kemas sikit-sikit-basuh baju-basuh CD.
cuba untuk tido awal dan dapatkan rehat yang cukup :)

phewww..setakat sebulan ni rutin berjalan lancar.
belum pernah makan kat kantin-yang-tak-sedap-tu ;p
jadual mengepam pun dipatuhi dgn baik :)
syukur alhamdulillah..


frozen ebm di usia adik 4 bulan.
hampir 800 oz.
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
segala puji selayaknya dipulangkan kepada Dia.
yang memberi segala kekuatan sehingga ke saat ini.

No comments:

Post a Comment