Monday, February 4, 2013

sayang cik viva

cik viva kami dah berusia 3 tahun 4 bulan.
(eh, kami? grant atas nama encik suami. tapi sy yang lenjan ke tempat kerja-encik suami naik moto je-hehe )
sejak ada encik nissan tu, cik viva dah jarang digunakan.
lagi-lagi saya bersalin dan berpantang di kampung, memang tak berjalanla cik viva tu.
kesian dia. dahla kena duk luar sebab apartmen ni cuma bagi satu tempat letak kereta untuk setiap unit rumah.

jadi sempena nak naik kerja semula ni, saya bawak cik viva gi servis-dah hampir 100 000km.
banyak jasa cik viva. ke utara balik kampung suami, ke selatan ke kampung sy, ke pantai timur temankan encik suami outstation, ke kangar, alor setar..jauh dah cik viva berjalan.

major servis di perodua.
tukar itu-ini-yang saya tak tau.
haha, pekerja kat situ kata ini nak kena tukar, saya angguk.
then dia kata itu nak kena tukar, saya kata buatlah apa saja asalkan cik viva saya elok.
dasar buta kereta. sy cuna tau isi minyak dengan pam angin je.
lama jugak di pusat servis. sy sampai pukul 2 petang, pukul 5 lebih baru siap.
phewww...
nasib baik dapat free gift beg sandang perodua :)

total yang perlu dibayar untuk servis
then weekend lepas sy ajak encik suami tukar tayar pulak.
sejak beli cik viva tu, memang tak pernah tukar pun.
ada la tukar satu tayar sebab masa tu tersangkut kat tepi jalan. tersagat dengan tepi tar yang tajam then tayar tu koyak.
tp tu pun dah lebih 2 tahun lepas, masa hantar pakcik suami bertunang.

tayar sedia ada pun dah nak botak, dah alang-alang tukar, tukar je empat biji terus.
haih, memang bonus januari ni dedicated khas untuk cik viva la nampak nya.
ala, sy fikir-fikir, sementara ada duit ni baik tukar.
kang duk perabis duit kat tempat lain yang tak nampak hasilnya, lepas tu emergency pulak nak kena tukar tayar..kan dah kena korek duit simpanan emergency pulak.
*berapa banyak emergency daaa*


cik viva in progres tukar tayar

empat biji tayar lama-bagi je kat kedai tu.nak simpan pun buat apa kan..


tukar empat biji tayar simex, allignment dan balancing free.
total semua RM 580..fuh fuh fuh..
sy pujuk encik suami, takpelah, nanti lepas empat tahun baru tukar tayar lagi ye.
hehhehe..




tukar kat seksyen 8 bangi.
dekat-dekat dengan butik fareeda.
kebetulan masa tu memang nak ke manjaku beli barang-barang adik.

masa nak balik tu kami dapat empat biji limau mandarin.
bagus cara orang cina berniaga kan.
orang kita ada ke nak bagi free gift?
ada...tapi jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarang-jarang kan?
tu pun nak kena mintak!

nota jari : semangat nak kerja semula :)

No comments:

Post a Comment