Sunday, February 3, 2013

nasi ayam

seminggu lepas sy hantar adik orientasi ke nursery.
saja nak bagi dia belajar duk nursery, belajar minum ebm guna botol.
sy dah cuba bagi dua minggu lepas, hisap kejap pastu nangis je lebih.
nota : anak tau bau ibu! Biasanya dia akan menolak bila ibu sua botol-so kalau nak train anak, mintak tolong orang lain yang bg botol okey :)

jadi masa adik ke nursery sempat la sy memasak lunch.
seronok pulak duk menggugel dan mencuba resipi ni.

jumaat, 1 februari-cubaan pertama sy memasak nasi ayam. kena masuk rekod ni ;p
haha, jangan tak percaya. ni pertama kali sy masak nasi ayam seumur hidup ni tau.
berdebar-debar takut tak jadi dan jadi bahan gelak encik suami pulak ;p

,

resipi asal saya ambil di sini.
tapi banyak yang diubah mengikut kepala sendiri.
derhaka namanya tu! nasib baik sedap gak.
hah, masuk lif tekan sendiri.
eh, jangan tak tau..encik suami makan bertambah tiga kali tau.
consider sedap di lidah encik suami la kan..kan ;p

okey, meh nak share resipi versi kederhakaan saya.hoho..

air rebusan ayam
ayam
2 ulas bawang putih
2 inci halia
*tumbuk bwg putih dan halia, rebuskan bersama ayam*

perap ayam
bila dah menggelegak, keluarkan ayam. toskan dan perap dengan 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, kicap pekat (sy guna sos manis abc), sos tiram, gula, garam, madu.
bwg putih dgn halia tu ditumbuk okey :)
perap 15-20 minit then goreng.

nasi
3 cawan beras
2 sudu marjerin
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai
2 helai daun pandan
sedikit serbuk kunyit (utk warna kuning)
air rebusan ayam.
*tumbuk bawang putih, halia dan titik serai*
*tumis semua bahan (kecuali beras dan serbuk kunyit) sampai naik bau wangi*
*masukkan beras dan goreng seketika*
*masukkan air rebusan ayam dan dan serbuk kunyit, masak nasi seperti biasa.*

sos merah
3 biji lada merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
garam
gula
1 biji limau kasturi
sedikit air rebusan ayam
*tumbuk semua bahan kecuali limau dan air rebusan ayam*
bila dah lumat, perahkan limau dan masukkan sedikit air rebusan ayam*

sos hitam
resipi derhaka-saya bancuh sos manis abc dengan sedikit air rebusan ayam je :)

sila la hidangkan dengan penuh kasih sayang ;p
lately ni saya suka pulak nak mencuba-cuba resipi.
dengan syarat ada la yang nak menjaga si kecik saya.
tapi dan dan encik suami mengadu berat badan naik.
aihhh..baru berapa kali saya mencuba resipi.
sudah ada peningkatan berat badan kah?

jadi lepas ni kena google resipi yang sihat-sihat la.
low calorie gitu.
dan kena adjust time makan encik suami.
no more late dinner okey!

No comments:

Post a Comment