Friday, January 11, 2013

projek CD - cara memakai CD

lama tak update projek CD saya kan.
eh eh..jadi la..mana boleh tak jadi.
saya ni kalau berazam nak buat sesuatu,mesti nak buat jugak.
degil,keras hati---> anak nombor dua khennn ;p

projek CD dengan damia dah mula sikit-sikit sebelum bersalinkan farhah hari tu.
tapi tergendala sebab balik berpantang kat kampung.
kat kampung yg ada mesin basuh semi-auto je.
pastu ramai pulak umat Muhammad dalam rumah tu,berebut la sikit tang membasuh dan menjemur tu.
so macam tak praktikal je nak berCD di kampung. (read : kang ada yg berbogel kes mak-tak-sempat-basuh-CD.kihkihkih ;p )
jadi projek diteruskan bila dah balik rumah sendiri ni.yahuu...

tapinya,sekarang ni takdela fully CD lagi.
CD yg ada pun 11 keping je.bila nak tambah lagi b?
since nak p jalan-jalan cari pasal ke langkawi khamis ni,terpaksala acik pejam mata dari membeli CD buat sementara waktu..haaa..ko pilih pinggan mangkok ke CD? ;p

oraitla,membebel je kan.
meh la acik tunjuk mcm mana acik pakaikan CD farhah ni.

memula ambik CD.
ini CD lunatots..pocket CD dan pakai button.


ini pulak insert CD.

 

masukkan insert dalam poket CD.
biasanya satu insert ni tahan tiga ke empat jam. kalau nak lebih tahan lama (read : kes-malas-bangun-malam) boleh je masukkan dua insert sekaligus.


selaraskan saiz.
ada orang suka saizkan dulu then baru masuk insert.
sy suka masukkan insert dulu baru saizkan CD.
mana-mana pun okey je..ikut keselesaan la :)

ini saiz S.
cer skroll balik gambar pertama tu.
button barisan pertama dan kedua tu untuk saiz keliling pinggang.
deretan ketiga,keempat,kelima dan keenam tu untuk saiz CD.
katup button baris ketiga dan keenam ---> saiz S.
katup button baris ketiga dan kelima ---> saiz M.
katup button baris ketiga dan keempat ---> saiz L.
takyah katup apa-apa button ---> saiz XL
(sebab tu CD boleh dipakai dalam masa 3 tahun ;) )
paham tak ni?kalau tak paham acik buat entry lain untuk saizkan CD ni.


lepas dah saizkan CD, pakaikan je macam kita pakaikan pampers kat anak.
pastikan CD dipakai dengan kemas dan ketat untuk mengelakkan kebocoran di celah peha atau belakang CD.

 

untuk memastikan CD ketat di bahagian peha,tarik 'wing' CD macam ni, kiri dan kanan.
 

tadaaa...sudah siap :) senang je, sama macam pampers biasa.


nota jari mama : senang je nak handle CD ni.yg penting kemahuan. tak la susah macam yang saya bayangkan dulu-dulu.
psst..acik senyum senyum bila mengingatkan setiap kali pemakaian CD,acik dah berjaya menjimatkan 50sen duit suami..fuhhhh :)

No comments:

Post a Comment