Tuesday, January 22, 2013

makan-makan penang

lepas dari langkawi, kami ke penang pulak.
saja jalan-jalan cari makan :)
lagipun ada sorang tu teringin sangat nak makan mi udang.*ehem..ehem*
eh jangan tunjuk encik suami.
saya la tu meroyan nak mi udang ;p hihihi..

so otw dari langkawi ke penang, kami singgah makan mi udang kat sungai dua ni.

MEDAN SELERA SRI TAMBANG
pernah masuk tibi 3 tau.
dekat je dengan exit sungai dua tu.
arah jalan?hehe,silap la kalau tanya sy.
sy ni fail bab mengingat jalan.
cer google sket, sure jumpa-kat gps pun ada :)

kat sini kena pilih udang dulu.

 teruja tengok udang besar-besar!
rasa nak makan SEMUA! eh? kata diet.

 
udang kertas sekilo RM90, udang galah pun sama.
ada ketam gak. tapi since nak rasa mi udang je kan, so memang tak ambik ketam la.
jadi kami ambik 6 ekor udang kertas, 2 ekor udang galah.
udang kertas tu tiga ekor goreng kunyit untuk kakak damia, tiga ekor masuk dalam mi goreng.
udang galah pulak masuk dalam mi udang.
mi dia charge RM 4 untuk seorang makan.

jadi kami order mi goreng untuk seorang makan, mi kuah untuk seorang makan.
aci la tu-share share makan-kata sharing is caring kan :)

udang goreng kakak damia-tak sempat rasa pun.
mi goreng udang kertas

  
mi udang galah
    


 
kakak damia isi minyak bagi full dulu ;p





review kami : mi goreng dia rasa biasa je, macam mi goreng mamak.
mi udang saya tak pernah tau macam mana rasa dia kalau kat tempat lain.
tapi overall bila bergabung meletup dengan sekalian udang-udang tu, MEMANG TERBAIK LAH!!
tak rugi mencuba-aih, dah macam iklan jjcm ;p

harga?
mi goreng + 3 ekor udang kertas
mi kuah + 2 ekor udang galah
3 ekor udang kertas goreng
air kelapa
teh o ais
jumlah RM 52.20.
sesekali singgah makan okey la :) kalau hari-hari, mau bankrupt jugak kan :)

then kami terus ke georgetown, check-in royal hotel.
rehat-rehat-mandi-solat.
malam tu zassssss ke nasi kandar LINE CLEAR pulak.
restoran ni takde kedai spesifik pun.
just bawah bumbung antara dua kedai.
haha-terbaik kan!

gambar google
ingatkan nak g nasi kandar beratur-orang kata lagi best.
tapi nasi kandar beratur tu start pukul 10 malam.
tak sesuai la nak pegi dengan anak-anak kecik kan.
kesian pulak nak berembun malam-malam cenggitu.

tapi kat line clear ni susah nak parking.
eh, rasanya kat penang ni memang camtu kot kan.
dengan jalan yang sesak.
ada parking kat depan line clear ni.
kalau siang hari, RM 3/hour.
malam-malam dia charge RM 5 per entry.
demimu nasi kandarrrrrr...ngeh..ngeh..ngeh..


saya tak makan pun-ambik sesudu dua je nasi encik suami.
saya tak minat sangat makan kari.
lagi-lagi kari yang pekat menyengat macam tu.
jadi encik suami je yang makan-eh dengan kakak damia.
kakak damia makan nasi dengan ayam goreng.

nasi kandar encik suami
harga-tak mahal pun kan :)
okey, nasi kandar idaman encik suami dah dapat.
idaman saya pulak-pasemboq!
kena la tunggu esoknya baru leh g mencari.
haiyo..haiyo..susah tau nak dapat ni.
kalau ikutkan flyers yang kami dapat tu, pasembor ada kat padang kota lama.
pukul 9 pagi dah bukak.
since kami kena check-out awal, kami pun terus la ke sana.
(check-out awal sebab ada maintenance kat hotel-letrik takde start pukul 9pagi-nak marah betul hari ahad la nak buat maintenance cenggitu!)

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hampehnya!
pukul 9 apa pun tak bukak lagi.
tunggu gak sampai kul 10, pun belum bukak.
then kami pusing-pusing penang-sempat makan abc kat stadium dulu.
tengah hari dekat kul 12 kami datang balik.
baru la nak bukak.
(nasib baik bukak-kalau tak mesti saya dah banned padang kota lama-heuheuheu)

pasembor
pilih punya pilih, bagi kat macha tu, biar dia potong-potong dan letak kuah.
perghhhh..SEDAPPPP!!
harga sepinggan ni RM 12.
orang kata kalau ambik banyak seafood dia jadi mahal.
ada gak saya ambik sotong, ketam, fishball.

char kuey teow
encik suami makan char kuey teow gerai sebelah pasembor tu.
tak sempat saya rasa-dia dah habiskan.
cis cis cis-sedap la tu kan?

gerai hussain
dah siap makan, kami terus chow balik KL.
yela, masa ni dah pukul 1 lebih.
jauh lagi perjalanan nak balik.
esoknya (isnin) encik suami kena kerja.
saya?
sambung cuti lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
yahuuuuuuuu!!!!

selamat jalan-jalan cari makan :)

No comments:

Post a Comment