Saturday, January 12, 2013

entry untuk elianee-jadual mengepam dalam pantang

semalam bff saya datang rumah.
hoahh..bff tu..ko hado?

sebelum balik sempat dia cakap kat saya nak belajar jadual mengepam.
jadi saya karang entry ni khas untuk dia :)
nengok, acik sayang kamu kannn :))

elianee, bear ni mind, susu ibu ni bergantung kepada MINDSET kita.
jangan sesekali kata 'susu aku tak cukup' 'aku memang keturunan susu sikit'
percayalah Allah tak kejam membiarkan seorang hambaNya lahir ke dunia tanpa makanan yang cukup untuknya :)
yakinlah yang kita adalah ibu hebat yang mampu menghasilkan susu yang banyak untuk anak kita.
dan mulakan niat untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu.
jangan pernah beri pilihan lain untuk anak.
jangan pernah cakap 'takpe..kalau tak cukup susu,susu tettttt kan ada.'
bila kita tidak memberi pilihan lain, badan kita akan faham-nak taknak ko kena buat susu gak!

prinsip utama dalam penyusuan susu ibu adalah DEMAND vs SUPPLY.
maksudnya lagi banyak susu dikeluarkan dari badan, lagi banyak susu akan dihasilkan.
so kita perlu create demand itu-sama ada melalui penyusuan terus dengan bayi atau mengepam.
basically, makanan tak mempengaruhi kualiti mahupun kuantiti susu ibu.
asalkan kalori dalam badan mencukupi, susu akan dihasilkan.
tapi kalau kita kurang demand (walaupun banyak makan)-jarang pam,jarang susukan baby-badan akan dapat signal-oh,dia takmau susu ni pun.so stop la buat susu.

tips menyusukan di awal kelahiran.
1. susukan bayi seawal mungkin, dalam sejam selepas kelahiran sekiranya tiada apa-apa komplikasi.
2. biasakan anak baring di dada supaya anak kenal bau ibu. penting ni untuk bonding.
3. susu putih tidak akan keluar di awal kelahiran-yang ada cuma kolostrum-cecair kekuningan yang sangat kaya antibodi. jangan pulak bila picit-picit breast tak keluar susu putih, then kita claim 'susu tak ada'
4. hari-hari pertama,perut anak sebesar kacang je.kolostrum yang ada cukup untuk anak kita.
5. bayi menangis kerana banyak sebab. tenang dan jangan stres-bayi boleh merasa emosi kita. makin kita stres, makin kuat dia nangis.

tips mengepam sewaktu berpantang
1. mula mengepam seminggu atau dua minggu selepas kelahiran. masa ni mungkin pam tak dapat banyak, tapi yang penting masa ni kita create demand kepada badan yang kita perlukan lebih susu.
2. susukan anak mengikut demand dia. baby dalam pantang memang asyik-asyik nak susu je. sebenarnya dia bukan nak susu sgt pun. dia nak bau dan pelukan kita, dan memang tabiat bayi nak menghisap. layankan je walaupun dia menyusu sampai muntah-muntah.
3. pam susu bila anak tidur lama. kalau boleh, setiap 2 jam mesti ada demand.
4. pam susu lepas anak menyusu-dapat sikit pun takpe, boleh kumpul gak.
5. pilih waktu tetap mengepam-acik wajibkan diri mengepam waktu subuh-time anak tido. waktu lain bergantung kepada anak tido ke tak.
6. belajar tandem pumping-sebelah susukan anak, sebelah lagi pam susu.biasanya cara ni senang nak dapat banyak.
7. tips membawa susu perahan dari kampung baca kat sini.
8. pam setiap breast 15 minit. kalau anak bangun, berhenti mengepam, susukan anak, lepas tu sambung pam lagi. kalau tak pun, tandem je la :)

hasil pertama mengepam( subuh) dua minggu selepas kelahiran farhah. tak banyak pun kan :)

 

selepas konsisten mengepam beberapa minggu.


happy breastfeeding.
kalau ada masalah jangan lupa konteki ku ya!
boleh baca lagi di sini.

16 comments:

  1. assalam..anak saya xberapa nk isap susu direct..dia lebih prefer botol..so saya pam je la..bg direct time dia nak je..tu pun jarang2 dia nak direct..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear..anak xnak hisap botol maksudnya anak dah keliru puting.puncanya sbb perkenalkan botol terlalu awal..takde masalah kalau awak nak pam je..tp lambat laun awak akan jadi penat.malam2 penat kena bangun pam..nanti bila amaun susu berkurang,awak akan hadapi masalah supply..hisapan anak ni tak sama dengan sedutan pam..

      masih boleh utk pujuk anak kembali direct feed..kena sabar sikit la.

      Delete
    2. Eh typo *anak xnak directfeed maksusnya anak dah keliru puting*

      Delete
  2. Nice. Tapi baby saya setiap kali menyusu mesti lebih 30min. Bila letak dia tempat tidur, mesti dia jaga & minta susu lagi. Saya rasa memang masa untuk mengepam tu takde. Baby sekarang 28hari. Ada cara tak untuk bantu saya? Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Belajar tandem pumping dear.
    sebelah pam,sebelah df anak.
    mudah dan boleh dapat lebih banyak :)

    ReplyDelete
  4. Ok thanks sist. Akan saya usaha untuk dia.

    ReplyDelete
  5. sis..sy x tau ni masalah persepsi sy ke. tp kalo siang anak sy mcm x kenyang bile df. kene topup susu yg sy pam. bile malam baru dia akan kenyang menyusu n susu sy pn nmpk penuh n bengkak bile malam. sianv x bengkak pun. sy dh pam tiap 2 jam. cume start pam lmbt..tghari..ape perlu sy buat sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassap sy 0193119017

      ghan <3

      Delete
  6. sis..sy x tau ni masalah persepsi sy ke. tp kalo siang anak sy mcm x kenyang bile df. kene topup susu yg sy pam. bile malam baru dia akan kenyang menyusu n susu sy pn nmpk penuh n bengkak bile malam. sianv x bengkak pun. sy dh pam tiap 2 jam. cume start pam lmbt..tghari..ape perlu sy buat sis.

    ReplyDelete
  7. Sy tgh berusaha bg direct sbb da kenalkn botol awal sgt... baby da konfius sbb mula2 aritu sy xde puting.. skrg cuba guna nipple shield..cuma susu yg da dipam tu sy perlu bekukn @ simpan di chiller shj??sbb baby mngamuk jgk bile nipple shiled tu xmasuk mulut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe stok susu boleh bahagi dua..sebahagian bekukan,sebahagian letak kat chiller in case baby mengamuk.banyakkan skin to skin dan galakkan baby menyusu direct ye ;)

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Sy tgh berusaha bg direct sbb da kenalkn botol awal sgt... baby da konfius sbb mula2 aritu sy xde puting.. skrg cuba guna nipple shield..cuma susu yg da dipam tu sy perlu bekukn @ simpan di chiller shj??sbb baby mngamuk jgk bile nipple shiled tu xmasuk mulut..

    ReplyDelete
  10. Sy tgh berusaha bg direct sbb da kenalkn botol awal sgt... baby da konfius sbb mula2 aritu sy xde puting.. skrg cuba guna nipple shield..cuma susu yg da dipam tu sy perlu bekukn @ simpan di chiller shj??sbb baby mngamuk jgk bile nipple shiled tu xmasuk mulut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan..sy paham masalah puan.. sy pon seorg inverted nipple.. baby mmg x boleh nak latch pon.. memula mmg sy pkai nipple shield tp puting sy salu melecet..
      sy bagi baby guna botol.. n dlm masa yang sama sy tetap cuba utk bagi direct.. dia akan meraung ckt sbb ssh nak latch..
      sekiranya baby tolak df.. puan boleh cuba slow2 bagi dia direct masa dia mamai.. in shaa allah dia akan isap juga...

      Delete
    2. sama teknik untuk ajar bayi yang tolak botol..

      Delete