Sunday, January 13, 2013

diet dan breastfeeding

Dah banyak kali dengar ibu-ibu menyusu yang mengeluh sebab berat tak turun walaupun breastfeeding.
Dan selalunya ayat penyelamat ialah 'takpe,berkorban demi anak,nanti lepas 2 tahun kita diet la.'

Kenapa berat tak turun walaupun breastfeeding ye?
Kata bf ni membakar lebih banyak kalori?

Hmm..sebenarnya ibu yang bf ni memerlukan lebih 500 kalori je berbanding ibu yg tidak menyusu.
500 kalori tu lebih kurang sepinggan nasi plus lauk sikiiiiiit je. Rujuk list di sini.

Dahtu kalau sarapan pun ambik nasi lemak berlauk, minum pagi makan biskut, lunch makan nasi, minum petang goreng pisang, malam makan nasi lagi..belum kira kudap-kudap lain-coklat, kerepek, dll..kan ke dah lebih 500 kalori tu..tu yang berat takmau turun tu.

So walaupun menyusu, kalau nak jaga badan kenala jaga makan jugak :)
Eh, sebenarnya sesiapa pun sepatutnya kena jaga makan demi kesihatan kan?
Kalau kita tak mengubah tabiat  sekarang, makin lama makin banyak la lelemak menimbun dan semakin susah la nak membuangnya.
Cuba imejin, kalau sekarang kita duk pulun makan dengan harapan lagi 2 tahun baru nak diet, agak-agak senang ke nak meninggalkan tabiat makan yang telah diamalkan selama 2 tahun ni?
masa tu dah takde extra kalori yang dibakar.
Sedangkan kalori yang masuk maintain cenggitu, jadi makin gemuk la kita nanti :) *eh,motip letak smiley? *

Kalau diet masa menyusu tak ke nanti susu drop?

Hm..secara teorinya, kalau kalori dari makanan yang masuk tu tak mencukupi, badan kita akan mengambil lemak- lemak untuk dibakar.
Jadi sepatutnya takde masalah dengan kuantiti penghasilan susu.
Lagipun kan kuantiti susu bergantung kepada konsep demand vs supply.
Makan banyak tak bermaksud susu banyak tau!

Macam mana nak diet?

Ala..jangan la diet melampau sangat.
Just jaga makan je.
Katakan keperluan kalori sebanyak 1400kcal, kurangkan la 100kcal sehari.
Lama-lama nanti turunla berat kita tu..

Cerita saya pulak.

Dua hari lepas, berat 47.3 kg.
Semalam 47.5 kg.
Naik okeh!
Jadi dengan gigihnya misi diet ON! (read : sy ni on diet bila berat naik je-mode maintain berat je kann)

Pagi sarapan roti telur.
Dengan goreng pisang, nescafe o satu mug, susu strawberry satu mug.

Makan lagi durian crepe seketul, cheese tart seketul.
Tengah hari makan bihun goreng sepinggan lebih.

Ehhhh, kata diet? Bnyaknya makan?
hihihi, ha ah, terlebih makan.
jadi dengan rasa bersalahnya saya skip makan malam.
bajet-bajet kalori yang diambil semasa siang tadi akan digunakan sehingga esok pagi :)

tapi malam tadi saya kelaparan.
jadi saya minum la semug milo dan beberapa keping biskut.
cukuplah..(pasrah)

jadi pagi tadi gigih la naik atas penimbang.
aihh, bukan hari-hari naik penimbang ke?

tadaaaa....


turun 800 gram okey.
saya ni senang naik berat, senang gak nak turun.
tapi biasanya naik lagi senang dari turun.
kalau tak jaga makan, siap la...

tak makan malam susu drop tak?
takde lah.
ni hasil pam pagi ni.

12 oz. macam biasa je..
in fact banyak sikit la.
biasanya dalam 7oz, 8oz camtu.
kadang-kadang cecahla 10 oz.

see..kalau diet pun takkan jejaskan hasil tuaian kan.
janji kita jaga demand kita.

eh tapiiiiii.......
janganla buat crash diet pulak ye.
kang pitam pulak kalau sikit sangat kalori yang masuk.
plus emosi tak stabil, kepala pening, drop la susu nanti.

selamat berdiet ya :)

nota mama : jaga susu untuk anak, jaga badan untuk suami :)

No comments:

Post a Comment