Thursday, January 10, 2013

boba wrap review

haaaa...sekali boleh berentry-bergambar, sakan sy mengupdate blog ye :)
kali ni saya nak buat review boba wrap pulak :)

actually sebelum kelahiran adik, sy dah terfikir mcm mana nak angkut anak-anak (read : dua je pun ;p ) bila pegi shopping. ha ah,mak ni tak boleh mengelak dari berziarah ke shopping-shopping complex di hujung minggu.meroyan gitu! hihi..

nak beli twin stroller, sy sayang stroller sedia ada.lagipun stroller tu hadiah utk kakak damia dari aunty kyranya.takmau la let go atau bagi kat org kan..
tapi kalau beli twin stroller,tersadai la stroller yang ada tu..rugi..rugi..
lagipun twin stroller tu besar gabak hokey! lain la kalau twin yang atas-bawah tu.tapi yg tu mahal la pulak.
then nak beli lagi satu single stroller lagi la tak masuk akal.siapa pulak nak tolak troli kalau g beli groceries kan..sah-sahla masa tu masing-masing dah kena tolak sorang satu stroller.

sebelum beli boba wrap ni,kami pernah je keluar dgn menggendong je adik guna tgn.penat okeh!
tambah pulak minggu depan kami nak ke langkawi.konon-konon sy ni nak la menyopping pinggan mangkuk barang seset dua khennn..
So plan taknak bawak stroller.kalau ada kakak damia je okey la.tp macam mana pulak dengan adik?
                                                             
Sy start menggoogle penggendong ni.
Oh,kami ada beli penggendong yang biasa jual kat shopping complex tu.serius tak best!adik menangis-nangis bila duduk dalam tu.kalau bawak kakak boleh tahan lagi,tapi agak sakit bahu.
Rasa menyesal je beli rm70 tu tau.

Then ex-roommate sy masa matrik (didie) suggestkan benda ni.
Sy pun google kebaikan boba wrap ni dan dapat banyak review positif.
Harga?
RM 188 okey! Mau pengsan gak utk sekadar penggendong macam ni,  bagi sy,kalau berbaloi apa salahnya.kalau tak beli pun saya still kena beli stroller gak kan..sama je.takkan la nak dukung adik macam tu je sampai dia besar..oh tidak...

Sy propose utk beli boba wrap ni pada encik suami dan alhamdulillah approved!
Hehe,kan dah kata,saya ni kalau tak menyopping kang meroyan ;p
Beli kat lunatots kota damansara dengan diskaun,so dapatlah harga rm170.
belian online lunatots di sini.

Okey,layan cubaan pertama berboba wrap ;)


Mula-mula farhah macam tak suka nak duduk dalam ni.
Yela,kepala dia tak tegak lagi, so bila didudukkan macam ni, dia meronta-ronta.
Tapi saya biasakan juga dia untuk duduk dalam ni.
Aihhh..rugi la beli mahal tapi tak pakai kan..

So akhirnya farhah dah pandai dan sangat selesa di dalam boba wrap ni.
Sekarang kalau saya masukkan dia dalam ni, tak sampai seminit terus tertidur.
Best gila!!

then prektis susukan adik dalam ni pulak.
part menyusu tu okey,tapi lepas susu kan nak tido. adik jadi tak selesa bila nak tido.
sebab kaki dia tersepit kot.
so sekarang ni kalau nak susukan adik,saya keluarkan dia dari wrap,susukan macam biasa dan masukkan balik bagi dia tido :)


tengok, selesa kan adik tido dalam ni.
jadi saya ada dua tangan untuk layan si kakak pulak.

oh ya,boba wrap ni boleh pakai sampai anak 14kg.
hoahhh..kakak damia pun masih boleh pakai sebab dia baru nak cecah 11kg.
pst..pst,actually masa mula2 beli boba,dia yang sibuk nak masuk dan suruh keluarkan adik.
pernah jugak masa jalan-jalan kat alamanda, adik dah nyenyak tido dan kakak sibuk taknak duduk dalam stroller.
jadi kesimpulannya bagi adik tido dalam stroller dan masukkan kakak dalam wrap supaya tiada adegan kejar-mengejar di antara mak-anak-bapa di dalam alamanda.

fuhhh..bunyi macam mencabar je bila beranak dua kan?

cara ikat boba wrap di sini.
senang je-aitelyu..

nota jari : recommended!

No comments:

Post a Comment