Monday, January 21, 2013

bestnya shopping langkawi

hiiiiiiiiiiiiii....masih dalam mode bercuti :)
sebelum mode bercerita menghilang, meh stori mori dulu.

actually nak buat entry langkawi day 1, day 2, day 3- kira ikut hari la.
tapi cam tak best je sebab kami ke sana bukan nak berseronok pun. takde nak g island hopping semua since ada dua orang anak kecik kan..
so niat nak g shopping je lebih-eh, shopping pun kira berseronok la kan :)

sebelum g tu ada la buat survey pasal harga barang-barang kat situ.
tapi kebanyakan entry ke langkawi semuanya g jenjalan.
jadi sy buat la entry shopping-shopping pulak.
mana tau ada mak-mak berhajat nak p menyopping gak kan.
boleh la buat kira-kira bajet :)

ready? get set. GO !!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
okey, barang pertama menjadi idaman kalbu saya.
set pinggan mangkuk corelle.
beli kat Haji Ismail Group.
yang femes kat sini HIG, Idamansuri-tapi Idamansuri tu owner dia bukan muslim.
so marilah kita support perniagaan orang seagama kita! eh?

yeah! dan dan sy terasa sekarang ni dah jadi mak-mak since duk mengusha pinggan mangkuk je.
sebelum ke langkawi memang dah aim nak beli yang ni.
pilihan saya?
COUNTRY ROSE :))

encik suami kata "dah tau dahhh..mesti nak ada yang pink-pink gak"
hiii..macam tak kenal kan.

*my set*
dalam set ni ada 16 pieces semuanya.
ada 6 dinner plate, 6 bread and butter plate, 2 soup plate, 1 serving bowl, 1 serving platter.

*gmbar google*
kat atas tu cilok gambar dari encik google.
macam tu la rupa adik-beradiknya.
harga? RM 330.
tak tau la mahal ke murah, sebab saya takde g survey kedai-kedai lain-takde masa you..
kalau korang banyak masa, g la banding-bandingkan harga. ada je kot kedai yang jual lagi murah :)

ada gak jual yang loose punya.
maksudnya nak beli pinggan saja ke..mangkuk saja ke..cawan saja ke..
harga? tak usha sangat la pulak.
tapi sempat tengok dinner plate dalam RM 37 camtu. ke RM 33 eh..tak ingat sebab tak aim nak beli :)

ehem..ehem..dah ada yang ni, lepas ni boleh la saya membuat koleksi country rose.
nak lengkapkan set cawan pulak, mangkuk lauk bertutup kaca tu.
semuanya nak country rose.
boleh tak encik suami? :)

next, kat HIG gak kami beli cutlery set ni.
encik suami kata kat rumah kami takde sudu kecik-kecik ni.
nak makan sup ke, nak makan aiskrim ke..senang sikit.
okey..okey..
harga RM 30 je :)

 

pastu beli pemanggang ni pulak.
ambik ko..semua alatan memasak kan. (padahal steamer beli kat padang besar dah setahun tak pakai lagi.haha)
takpe..takpe..benda ni bukan rugi beli pun kan.
bukannya nak expired.
kalau tak tahun ni, tahun depan boleh pakai lagi..tahun depannya pun boleh.
kih kih kih..aci tak fikir macam tu?
harga RM 79 kalau tak siap.hihi,encik suami yang g beli. sy tunggu kat kete je :)
 

haaaa..ni la yang paling dicari-cari kalau ke langkawi.
tempat lain mana nak dapat oo..
kalau ada pun harga dah berganda-ganda mahalnya.
haruslah merembat ikut sesuka hati kan.
nasib la masih beringat yang sy ni jaga badan. kalau tidakkkk..... 
semua-semua ni pun dah RM 131.



lagi kami pergi shopping kat beras terbakar, padang mat sirat.
kat sini banyak kain batik, kain pelekat, baju-baju langkawi pun banyak.
pegi kejap je sebab encik suami nak g solat jumaat dah.
sempat la beli kain batik, kain pelekat, baju kelawar.
kain batik kat sini murah.. dalam RM 15 je. kain pelekat pun lebih kurang camtu kot.
boleh la nak buat souvenir kan..
tapi kalau tak silap takleh bawak keluar lebih dari 3 helai.
kena cukai.
kalau nak mencilok, caranya buang semua plastik, lipat dan sorok dalam timbunan baju lain.
haha, ni kak kyra yang ajar-tapi sy tak buat pun since saya beli 3 helai je :)


itu je kot kami beli kat langkawi.
kalau ikutkan memang la nak beli lagi-lagi-dan lagi kan.
tapi kesian pulak kat encik suami nak membawak nya.
dahla nak mengejar si kakak yang sibuk berlari-lari ke sana sini tak mau dipegang.

lagipun, kalau dah borong semua, tahun-tahun depan sy takde alasan nak ke sana lagi.
*ehem..ehem..ehem*

nota jari : sangat suka shopping kat sini!

No comments:

Post a Comment