Thursday, January 24, 2013

bajet bercuti langkawi

 
haaaa...entry ni menarik (kot) untuk orang-orang yang tengah plan nak bercuti kan..kan..
saya bagi list perbelanjaan yang kami bayar je la ye.
yang lain-lain tu boleh google pengalaman orang lain la :)

sukacita diingatkan bahawa kami pegi bukan time cuti sekolah tau.
pegi hari biasa je-khamis sampai sabtu.
orang kata kalau pegi waktu cuti sekolah, ada harga yang naik berganda-ganda.

TOL : bergantung kepada asal perjalanan anda ya!
USJ - alor setar (s)---> RM 56.70 sehala.
origin lain boleh semak di sini.

MINYAK : bergantung kepada jenis kenderaan masing-masing.
kereta kami-x-gear 1.6 ---> RM 170 pergi balik.

PARKING KERETA : parking kat jeti kuala perlis.
masa kami pegi, khamis sampai sabtu dia charge RM 30.
sehari dia charge RM 10 katanya.
ni parking biasa. ada yang berbumbung, mahal sikit la.
ada banyak parking kat situ, lain-lain pengusahanya.
kalau rajin kena surveyla-tapi kami park betul-betul depan jeti.
senang..boleh jalan kaki je ke jeti :)

TIKET FERI : RM 18 sehala untuk dewasa.

SEWA KERETA : nissan sentra-khamis sampai sabtu RM 140.

HOTEL : De Baron Resort RM 340 untuk dua malam. ni rate bukan cuti sekolah tau!

bilik hotel kami
UNDERWATER WORLD : RM 28 seorang dewasa.
info lain boleh semak sini.

MAKAN-MAKAN : don't worry-langkawi tak mahal sangat. cuma ada sy terbaca tips blogger mana entah (tak ingat ;p ) kalau g makan kat pantai chenang memang mahal la :)

SHOPPING : sila beringat sendiri.hehehe.. :)

SEWA TROLI : haaa, jangan tak tau.bila dah shopping sakan tu, nak menghangkut barang dalam kawasan jeti-kaunter ke feri ada perkhidmatan sewa troli tau.
RM 1 je.
dua kali sewa. kat langkawi masa nak naik feri tu sewa sekali. masa dah sampai pun sewa lagi sebab nak angkut barang ke kereta pulak.

tu je kot yang kami bayar.
yang lain-lain-island hopping, cable car, kota mahsuri, galeria perdana dan lain-lain semua kami tak pegi.
oh ya, pegi dataran lang takyah bayar tau!
eh, okey, tak lawak ;p

oppsss..sebelum terlupa.
nak parking kat pekan kuah kena pakai kupon tau.
sila la beli kupon ye.
kang tak pasal je kena saman kan..kan...

nota jari : rasa nak plan percutian seterusnya je. *ehem..ehem*


No comments:

Post a Comment