Thursday, January 24, 2013

bagaimana menguruskan kewangan

saya dalam proses mengira bajet, menyusun atur semula perbelanjaan untuk 2013 ni.
yela, tahun 2012 rasanya ada banyak pertambahan komitmen dalam keluarga kecil kami ni.
beli rumah sendiri, kereta tambah lagi satu, anak pun bertambah seorang.
jadi tahun 2013 ni mestilah corak perbelanjaan tu berubah kan :)

puas saya google, tapi tak ramai yang share macam mana dorang uruskan perbelanjaan dorang.
yela, kita pun fahamlah, biasanya isu kewangan ni isu private and confidential kan :)

tapi sy nak share jugak apa plan sy untuk merombak semula bajet sy ni.
mana tau, ada idea penambahbaikan di sana-sini, sila roger saya ye! :)

orait, saya dengan encik suami dah discuss-apa yang dia bayar, apa yang saya bayar.
jadi bila dapat gaji je, sepantas kilat (aiseh,tipu!) cepat-cepat saya asingkan mengikut komitmen yang perlu saya bayar.
masukkan siap-siap dalam sampul macam ni supaya tak terguna.
kalau sy biarkan dalam bank dan hanya buat kira-kira atas kertas, sure ada je yang 'terpakai' :)

jadi bila-bila berkelapangan, saya ajak encik suami meronda bank.
ke RHB bayar rumah, ke CIMB bayar insurans.
yang lain bayar by hand-taska anak, maintenance apartmen-minyak, touch and go.

ambik je sampul duit raya yang elok lagi :)
saya ada juga buat buku khas untuk kewangan saya ni.
saya bahagi tiga bahagian, bajet, wishlist dan simpanan.
semuanya saya catat kat sini :)


bahagian wishlist- saya akan senaraikan semua yang saya mahukan.
ya, semua sekali-dari impian terkecil sampai la yang mahal-mahal yang saya mahu beli :)
hari-hari semak, baca, rancang macam mana mahu mencapai apa yang saya tulis.
tak semestinya bulan tu saya tulis, bulan tu gak saya beli.
yang mahal-mahal tu kena la saya menyimpan sikit-sikit sebelum beli.
 
bila dah dapat beli, saya tick dan tersenyum puas :))
sekurang-kurangnya saya nampak ke mana saya dah belanjakan duit saya kan.

bahagian bajet- saya buat kira-kira.
berapa duit masuk, duit ni mahu ke mana-tambah-tolak-darab-bahagi.
semua kat sini :)


bahagian saving- takde banyak sangat pun yang ditulis.

sasaran simpanan je :)
belum ada idea nak tulis apa sebenarnya.hehe..

bagaimana saya menyimpan sebahagian duit gaji?
saya dah siap-siap tolak gaji masuk akaun tabung haji.
sekali tolak untuk mak ayah saya.
senang-takdelah saya bertangguh-tangguh untuk menyimpan.
takdelah berdolak-dalik untuk menyumbang kepada mak ayah.

februari ni juga saya nak mula track semula perbelanjaan.
rekodkan every single cent yang dibelanjakan.
cukup bulan saya nak kira berapa bajet makan, jajan, hiburan, bla bla bla.
pendek kata nak tau ke mana duit saya pergi setiap bulan.
senanglah nak rombak bajet bulan seterusnya.

semoga berjaya ya!     
 

1 comment:

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% kepada individu, firma dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)

    ReplyDelete