Monday, January 7, 2013

Azam 2013

Entry pertama di tahun 2013.
Hoahhh..azam baru? Mari listkan supaya sentiasa ingat (read : ingat kalau bukak blog je :) )

1. Harta donia ---> okey, 2012 dah dapat rumah sendiri, kereta dah sorang satu (walaupun atas nama suami.hehe) tahun 2013 dah takde benda besar yang diidamkan.(kot?) jadi tahun ni mahu MENGUMPUL DUIT semula selepas banyak berhabis untuk beli rumah, renovate rumah dan duit muka kereta.

2. Anak-anak ---> tahun 2012 dah tambah anak, so harapnya tahun 2013 ni dapat berehat dari mengandung dan menguruskan badan. Haha, tapi tak ambik apa-apa perancang pun. Ai takut side effect di kemudian hari you. So pepandai la kami nanti. Kalau nak lekat gak, anggaplah itu aturan Allah yg paling baik untuk kami :)

   2013 gak misi breastfeeding bersambung lagi. Oh,misi pertama pun tak tamat lagi. Kakak damia belum wean off. Sekarang extended bf dan share susu dgn adik. Takpe, sharing is caring kan ;p

3. Kesihatan ---> mahu lebih sihat dan maintain kurus! Sekarang dah 47kg, harap-harapnya berat berkekalan (atau kurang) sehingga ke hujung tahun atau sehingga disahkan mengandung lagi. Hehehe.. Ops,dah kurus kena fit pulak. Takmau kurus yang gelebeh sana sini. So kena workout sikit, kalau tak sempat, spend masa main dgn anak-anak should be okey ;)

4. Macam biasala, setiap hari pun berazam mahu menjadi individu yang lebih baik. Hamba yang meningkat tahap keimanannya, isteri yang menyejukkan hati suami, mama yang bersabar dgn anak-anak (haha), anak yang baik, kawan yang baik.. Pendek kata tiada siapa yang tak mahu menjadi yang baik- baik kan :)

Till then~ selamat beramal!

No comments:

Post a Comment