Tuesday, January 29, 2013

KPI

KPI maintain kurus.
pastikan cincin ini sentiasa muat-elok-elok tak nampak ketat.


cincin ni sebenarnya cincin risik 3 tahun setengah yang lepas.
masih boleh pakai dengan jayanya :)
saiz 11 ke 12 tak ingat dah.

cukai pintu


rasa pelik je bila dah mula membayar cukai pintu.
yela, selama ni duk menyewa je.
bila datang surat mpsb ni.
terasa wahhh..dah dewasa la nak kena bayar cukai-cukai ni.
kih kih kih..memang la..awak nak masuk 22 28 dah kan tahun ni?

Thursday, January 24, 2013

bajet bercuti langkawi

 
haaaa...entry ni menarik (kot) untuk orang-orang yang tengah plan nak bercuti kan..kan..
saya bagi list perbelanjaan yang kami bayar je la ye.
yang lain-lain tu boleh google pengalaman orang lain la :)

sukacita diingatkan bahawa kami pegi bukan time cuti sekolah tau.
pegi hari biasa je-khamis sampai sabtu.
orang kata kalau pegi waktu cuti sekolah, ada harga yang naik berganda-ganda.

TOL : bergantung kepada asal perjalanan anda ya!
USJ - alor setar (s)---> RM 56.70 sehala.
origin lain boleh semak di sini.

MINYAK : bergantung kepada jenis kenderaan masing-masing.
kereta kami-x-gear 1.6 ---> RM 170 pergi balik.

PARKING KERETA : parking kat jeti kuala perlis.
masa kami pegi, khamis sampai sabtu dia charge RM 30.
sehari dia charge RM 10 katanya.
ni parking biasa. ada yang berbumbung, mahal sikit la.
ada banyak parking kat situ, lain-lain pengusahanya.
kalau rajin kena surveyla-tapi kami park betul-betul depan jeti.
senang..boleh jalan kaki je ke jeti :)

TIKET FERI : RM 18 sehala untuk dewasa.

SEWA KERETA : nissan sentra-khamis sampai sabtu RM 140.

HOTEL : De Baron Resort RM 340 untuk dua malam. ni rate bukan cuti sekolah tau!

bilik hotel kami
UNDERWATER WORLD : RM 28 seorang dewasa.
info lain boleh semak sini.

MAKAN-MAKAN : don't worry-langkawi tak mahal sangat. cuma ada sy terbaca tips blogger mana entah (tak ingat ;p ) kalau g makan kat pantai chenang memang mahal la :)

SHOPPING : sila beringat sendiri.hehehe.. :)

SEWA TROLI : haaa, jangan tak tau.bila dah shopping sakan tu, nak menghangkut barang dalam kawasan jeti-kaunter ke feri ada perkhidmatan sewa troli tau.
RM 1 je.
dua kali sewa. kat langkawi masa nak naik feri tu sewa sekali. masa dah sampai pun sewa lagi sebab nak angkut barang ke kereta pulak.

tu je kot yang kami bayar.
yang lain-lain-island hopping, cable car, kota mahsuri, galeria perdana dan lain-lain semua kami tak pegi.
oh ya, pegi dataran lang takyah bayar tau!
eh, okey, tak lawak ;p

oppsss..sebelum terlupa.
nak parking kat pekan kuah kena pakai kupon tau.
sila la beli kupon ye.
kang tak pasal je kena saman kan..kan...

nota jari : rasa nak plan percutian seterusnya je. *ehem..ehem*


bagaimana menguruskan kewangan

saya dalam proses mengira bajet, menyusun atur semula perbelanjaan untuk 2013 ni.
yela, tahun 2012 rasanya ada banyak pertambahan komitmen dalam keluarga kecil kami ni.
beli rumah sendiri, kereta tambah lagi satu, anak pun bertambah seorang.
jadi tahun 2013 ni mestilah corak perbelanjaan tu berubah kan :)

puas saya google, tapi tak ramai yang share macam mana dorang uruskan perbelanjaan dorang.
yela, kita pun fahamlah, biasanya isu kewangan ni isu private and confidential kan :)

tapi sy nak share jugak apa plan sy untuk merombak semula bajet sy ni.
mana tau, ada idea penambahbaikan di sana-sini, sila roger saya ye! :)

orait, saya dengan encik suami dah discuss-apa yang dia bayar, apa yang saya bayar.
jadi bila dapat gaji je, sepantas kilat (aiseh,tipu!) cepat-cepat saya asingkan mengikut komitmen yang perlu saya bayar.
masukkan siap-siap dalam sampul macam ni supaya tak terguna.
kalau sy biarkan dalam bank dan hanya buat kira-kira atas kertas, sure ada je yang 'terpakai' :)

jadi bila-bila berkelapangan, saya ajak encik suami meronda bank.
ke RHB bayar rumah, ke CIMB bayar insurans.
yang lain bayar by hand-taska anak, maintenance apartmen-minyak, touch and go.

ambik je sampul duit raya yang elok lagi :)
saya ada juga buat buku khas untuk kewangan saya ni.
saya bahagi tiga bahagian, bajet, wishlist dan simpanan.
semuanya saya catat kat sini :)


bahagian wishlist- saya akan senaraikan semua yang saya mahukan.
ya, semua sekali-dari impian terkecil sampai la yang mahal-mahal yang saya mahu beli :)
hari-hari semak, baca, rancang macam mana mahu mencapai apa yang saya tulis.
tak semestinya bulan tu saya tulis, bulan tu gak saya beli.
yang mahal-mahal tu kena la saya menyimpan sikit-sikit sebelum beli.
 
bila dah dapat beli, saya tick dan tersenyum puas :))
sekurang-kurangnya saya nampak ke mana saya dah belanjakan duit saya kan.

bahagian bajet- saya buat kira-kira.
berapa duit masuk, duit ni mahu ke mana-tambah-tolak-darab-bahagi.
semua kat sini :)


bahagian saving- takde banyak sangat pun yang ditulis.

sasaran simpanan je :)
belum ada idea nak tulis apa sebenarnya.hehe..

bagaimana saya menyimpan sebahagian duit gaji?
saya dah siap-siap tolak gaji masuk akaun tabung haji.
sekali tolak untuk mak ayah saya.
senang-takdelah saya bertangguh-tangguh untuk menyimpan.
takdelah berdolak-dalik untuk menyumbang kepada mak ayah.

februari ni juga saya nak mula track semula perbelanjaan.
rekodkan every single cent yang dibelanjakan.
cukup bulan saya nak kira berapa bajet makan, jajan, hiburan, bla bla bla.
pendek kata nak tau ke mana duit saya pergi setiap bulan.
senanglah nak rombak bajet bulan seterusnya.

semoga berjaya ya!     
 

Wednesday, January 23, 2013

happy birthday encik suami

23 Januari 2013.
birthday encik suami saya yang ke 28.
ehem..ehem..dah 28?
ehem..ehem..ehem lagi-dah tua tau tu! ;p
(sy tau walaupun tak tunjuk, encik suami mesti akan baca semua entry sy..hehe :) )

happy birthday sayang!
wish setiap tahun-semoga panjang umur, murah rezeki :)
wish special sikit-semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Moga yang baik-baik sahaja akan mengiringi setiap nafas kehidupan B :)

*gambar-gambar celebrate birthday encik suami*
garlic bread dah kena makan

adik tak boleh makan lagi-hisap jari je la ye :)

birthday boy-eh boy ke?

island supreme cheezy lava + spagethi bolognese + lasagna

mrs mama :)

yummy!

yummy..yummy..yummy!

aiskrim kakak-kakak takmo,mama habiskan ;p

last but not least- i love you ketat-ketat encik suami!
thank you for being such a wonderful husband :))

Tuesday, January 22, 2013

mudahnya bercuti dengan anak kecil :)

siapa kata bercuti dengan anak-anak kecik tu leceh?

kami pergi langkawi senang je :)
dengan kakak damia yang berusia 2 tahun 4 bulan, dan adik umur 2 bulan.
adik belum tegak kepala lagi tau!
 
ini je barang kami berempat masa pergi sana. 
barang masa balik jangan cakapla.. ;p


mama dengan boba wrap mengangkut adik ke sana sini.
adik yang baik pulak asyik tido je.
memudahkan kerja mama :)


kakak yang ligat ke sana sini.
bila dah penat, ayah kena dukung dia jugak.


mudah kan?
anak-anak masih fully breastfeeding-tak payah bawak botol, termos, air panas bla..bla..bla..
anak-anak nak didukung-carrier ada, wrap ada-tak payah bawak stroller.

tapi tak boleh la ber'island hopping' bagaiii..
tunggu anak-anak besar sikit kita pergi lagi ye :)

nota jari : boba wrap ni membuatkan sy menjadi perhatian pulak bila pegi jalan-jalan.
agaknya tak ramai lagi parents yang berbaby wearing kan :)

underwaterworld langkawi

cerita langkawi lagi.
satu-satunya tempat yang kami lawat ialah underwater world.
hehehe..saja nak bagi damia tengok ikan.
ambik-ambik gambar, video.
supaya nanti bila dia dah faham banyak (sekarang faham sikit-ngehngehngeh) boleh la dia tengok balik gambar-gambar dan video ni kan :)

tak tau nak cerita apa.
tapi memang banyak gila spesies ikan-udang-ketam-ntah apa lagi.
nama-nama pun susah nak sebut.
saya pun tak baca sangat pasal hidupan-hidupan tu.(ada tampal kat luar akuarium tu okey!)
hehe, dalam tak membaca tu sejam lebih gak kami dalam underwater world ni.

harga tiket : RM 28 seorang untuk pemegang mykad.
kakak damia tak payah bayar :)
jadi kami bayar RM 56 je la.

layan gambar je la ye-since sy pun taktau nak cerita apa :)

tiket masuk
kakak damia
banyak tempat bergambar kat sini-ai like!!
tapi bergambar dalam ni takleh pakai flash tau-kang terkujat sekalian ikan-ikan tu ;p
ada tempat singgah makan-take a break-kakak damia layan cornetto :)
mama layan paddle pop-lama gileeeeee tak makan aiskrim ni!
share dengan encik suami
teringat cerita happy feet! comel hokey!
ayah dan anak :)

udang! kakak damia sebut 'udau'
ikan
luar underwater world
masa mula-mula nak masuk tu, akan ada photographer yang ambik gambar kita.
then masa nak keluar nanti, dorang dah siap print gambar kita tu kat souvenir macam ni.
nak beli ke taknak, terpulang :)
beli boleh, tak beli pun takpe.
tapi cam rugi je tak beli kan :)
RM 45 :)
sila la bayar ye :))




makan-makan penang

lepas dari langkawi, kami ke penang pulak.
saja jalan-jalan cari makan :)
lagipun ada sorang tu teringin sangat nak makan mi udang.*ehem..ehem*
eh jangan tunjuk encik suami.
saya la tu meroyan nak mi udang ;p hihihi..

so otw dari langkawi ke penang, kami singgah makan mi udang kat sungai dua ni.

MEDAN SELERA SRI TAMBANG
pernah masuk tibi 3 tau.
dekat je dengan exit sungai dua tu.
arah jalan?hehe,silap la kalau tanya sy.
sy ni fail bab mengingat jalan.
cer google sket, sure jumpa-kat gps pun ada :)

kat sini kena pilih udang dulu.

 teruja tengok udang besar-besar!
rasa nak makan SEMUA! eh? kata diet.

 
udang kertas sekilo RM90, udang galah pun sama.
ada ketam gak. tapi since nak rasa mi udang je kan, so memang tak ambik ketam la.
jadi kami ambik 6 ekor udang kertas, 2 ekor udang galah.
udang kertas tu tiga ekor goreng kunyit untuk kakak damia, tiga ekor masuk dalam mi goreng.
udang galah pulak masuk dalam mi udang.
mi dia charge RM 4 untuk seorang makan.

jadi kami order mi goreng untuk seorang makan, mi kuah untuk seorang makan.
aci la tu-share share makan-kata sharing is caring kan :)

udang goreng kakak damia-tak sempat rasa pun.
mi goreng udang kertas

  
mi udang galah
    


 
kakak damia isi minyak bagi full dulu ;p





review kami : mi goreng dia rasa biasa je, macam mi goreng mamak.
mi udang saya tak pernah tau macam mana rasa dia kalau kat tempat lain.
tapi overall bila bergabung meletup dengan sekalian udang-udang tu, MEMANG TERBAIK LAH!!
tak rugi mencuba-aih, dah macam iklan jjcm ;p

harga?
mi goreng + 3 ekor udang kertas
mi kuah + 2 ekor udang galah
3 ekor udang kertas goreng
air kelapa
teh o ais
jumlah RM 52.20.
sesekali singgah makan okey la :) kalau hari-hari, mau bankrupt jugak kan :)

then kami terus ke georgetown, check-in royal hotel.
rehat-rehat-mandi-solat.
malam tu zassssss ke nasi kandar LINE CLEAR pulak.
restoran ni takde kedai spesifik pun.
just bawah bumbung antara dua kedai.
haha-terbaik kan!

gambar google
ingatkan nak g nasi kandar beratur-orang kata lagi best.
tapi nasi kandar beratur tu start pukul 10 malam.
tak sesuai la nak pegi dengan anak-anak kecik kan.
kesian pulak nak berembun malam-malam cenggitu.

tapi kat line clear ni susah nak parking.
eh, rasanya kat penang ni memang camtu kot kan.
dengan jalan yang sesak.
ada parking kat depan line clear ni.
kalau siang hari, RM 3/hour.
malam-malam dia charge RM 5 per entry.
demimu nasi kandarrrrrr...ngeh..ngeh..ngeh..


saya tak makan pun-ambik sesudu dua je nasi encik suami.
saya tak minat sangat makan kari.
lagi-lagi kari yang pekat menyengat macam tu.
jadi encik suami je yang makan-eh dengan kakak damia.
kakak damia makan nasi dengan ayam goreng.

nasi kandar encik suami
harga-tak mahal pun kan :)
okey, nasi kandar idaman encik suami dah dapat.
idaman saya pulak-pasemboq!
kena la tunggu esoknya baru leh g mencari.
haiyo..haiyo..susah tau nak dapat ni.
kalau ikutkan flyers yang kami dapat tu, pasembor ada kat padang kota lama.
pukul 9 pagi dah bukak.
since kami kena check-out awal, kami pun terus la ke sana.
(check-out awal sebab ada maintenance kat hotel-letrik takde start pukul 9pagi-nak marah betul hari ahad la nak buat maintenance cenggitu!)

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hampehnya!
pukul 9 apa pun tak bukak lagi.
tunggu gak sampai kul 10, pun belum bukak.
then kami pusing-pusing penang-sempat makan abc kat stadium dulu.
tengah hari dekat kul 12 kami datang balik.
baru la nak bukak.
(nasib baik bukak-kalau tak mesti saya dah banned padang kota lama-heuheuheu)

pasembor
pilih punya pilih, bagi kat macha tu, biar dia potong-potong dan letak kuah.
perghhhh..SEDAPPPP!!
harga sepinggan ni RM 12.
orang kata kalau ambik banyak seafood dia jadi mahal.
ada gak saya ambik sotong, ketam, fishball.

char kuey teow
encik suami makan char kuey teow gerai sebelah pasembor tu.
tak sempat saya rasa-dia dah habiskan.
cis cis cis-sedap la tu kan?

gerai hussain
dah siap makan, kami terus chow balik KL.
yela, masa ni dah pukul 1 lebih.
jauh lagi perjalanan nak balik.
esoknya (isnin) encik suami kena kerja.
saya?
sambung cuti lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
yahuuuuuuuu!!!!

selamat jalan-jalan cari makan :)

Monday, January 21, 2013

bestnya shopping langkawi

hiiiiiiiiiiiiii....masih dalam mode bercuti :)
sebelum mode bercerita menghilang, meh stori mori dulu.

actually nak buat entry langkawi day 1, day 2, day 3- kira ikut hari la.
tapi cam tak best je sebab kami ke sana bukan nak berseronok pun. takde nak g island hopping semua since ada dua orang anak kecik kan..
so niat nak g shopping je lebih-eh, shopping pun kira berseronok la kan :)

sebelum g tu ada la buat survey pasal harga barang-barang kat situ.
tapi kebanyakan entry ke langkawi semuanya g jenjalan.
jadi sy buat la entry shopping-shopping pulak.
mana tau ada mak-mak berhajat nak p menyopping gak kan.
boleh la buat kira-kira bajet :)

ready? get set. GO !!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
okey, barang pertama menjadi idaman kalbu saya.
set pinggan mangkuk corelle.
beli kat Haji Ismail Group.
yang femes kat sini HIG, Idamansuri-tapi Idamansuri tu owner dia bukan muslim.
so marilah kita support perniagaan orang seagama kita! eh?

yeah! dan dan sy terasa sekarang ni dah jadi mak-mak since duk mengusha pinggan mangkuk je.
sebelum ke langkawi memang dah aim nak beli yang ni.
pilihan saya?
COUNTRY ROSE :))

encik suami kata "dah tau dahhh..mesti nak ada yang pink-pink gak"
hiii..macam tak kenal kan.

*my set*
dalam set ni ada 16 pieces semuanya.
ada 6 dinner plate, 6 bread and butter plate, 2 soup plate, 1 serving bowl, 1 serving platter.

*gmbar google*
kat atas tu cilok gambar dari encik google.
macam tu la rupa adik-beradiknya.
harga? RM 330.
tak tau la mahal ke murah, sebab saya takde g survey kedai-kedai lain-takde masa you..
kalau korang banyak masa, g la banding-bandingkan harga. ada je kot kedai yang jual lagi murah :)

ada gak jual yang loose punya.
maksudnya nak beli pinggan saja ke..mangkuk saja ke..cawan saja ke..
harga? tak usha sangat la pulak.
tapi sempat tengok dinner plate dalam RM 37 camtu. ke RM 33 eh..tak ingat sebab tak aim nak beli :)

ehem..ehem..dah ada yang ni, lepas ni boleh la saya membuat koleksi country rose.
nak lengkapkan set cawan pulak, mangkuk lauk bertutup kaca tu.
semuanya nak country rose.
boleh tak encik suami? :)

next, kat HIG gak kami beli cutlery set ni.
encik suami kata kat rumah kami takde sudu kecik-kecik ni.
nak makan sup ke, nak makan aiskrim ke..senang sikit.
okey..okey..
harga RM 30 je :)

 

pastu beli pemanggang ni pulak.
ambik ko..semua alatan memasak kan. (padahal steamer beli kat padang besar dah setahun tak pakai lagi.haha)
takpe..takpe..benda ni bukan rugi beli pun kan.
bukannya nak expired.
kalau tak tahun ni, tahun depan boleh pakai lagi..tahun depannya pun boleh.
kih kih kih..aci tak fikir macam tu?
harga RM 79 kalau tak siap.hihi,encik suami yang g beli. sy tunggu kat kete je :)
 

haaaa..ni la yang paling dicari-cari kalau ke langkawi.
tempat lain mana nak dapat oo..
kalau ada pun harga dah berganda-ganda mahalnya.
haruslah merembat ikut sesuka hati kan.
nasib la masih beringat yang sy ni jaga badan. kalau tidakkkk..... 
semua-semua ni pun dah RM 131.



lagi kami pergi shopping kat beras terbakar, padang mat sirat.
kat sini banyak kain batik, kain pelekat, baju-baju langkawi pun banyak.
pegi kejap je sebab encik suami nak g solat jumaat dah.
sempat la beli kain batik, kain pelekat, baju kelawar.
kain batik kat sini murah.. dalam RM 15 je. kain pelekat pun lebih kurang camtu kot.
boleh la nak buat souvenir kan..
tapi kalau tak silap takleh bawak keluar lebih dari 3 helai.
kena cukai.
kalau nak mencilok, caranya buang semua plastik, lipat dan sorok dalam timbunan baju lain.
haha, ni kak kyra yang ajar-tapi sy tak buat pun since saya beli 3 helai je :)


itu je kot kami beli kat langkawi.
kalau ikutkan memang la nak beli lagi-lagi-dan lagi kan.
tapi kesian pulak kat encik suami nak membawak nya.
dahla nak mengejar si kakak yang sibuk berlari-lari ke sana sini tak mau dipegang.

lagipun, kalau dah borong semua, tahun-tahun depan sy takde alasan nak ke sana lagi.
*ehem..ehem..ehem*

nota jari : sangat suka shopping kat sini!