Monday, December 30, 2013

umrah bersama anak kecil 2013 : hari keempat- aktiviti santai


hari ini tiada sebarang aktiviti ziarah.
ikut tentatif cuma ada ceramah.
tentang ibadah umrah yang akan kami lalui esok.

mula-mula plan nak dengar ceramah, tapi tempat ceramah tu sempit sangat.
lepas tu cuma dengar suara penceramah je, tak nampak muka dia pun.
maka kami pun buat plan lain.
habiskan shopping souvenir kawan-kawan :)

kisahnya, mesti habiskan shopping kat madinah je.
nanti masa kat makkah dah taknak buat tawaf kedai mahupun melontar ;p
just nak tumpu dengan ibadah umrah je :)

money changer
depan hotel

madinah yang bersih :)
"halalll..halalll-malaysia bagus.."
hehe, masih terngiang-ngiang suara penjual kat madinah.
agaknya muka orang asia ni mudah dikenali kan.
oh ya, lagipun orang asia je pakai telekung putih.
yang geng arab turki semua tu kan pakai abaya dan selendang hitam mereka tu.
 
orang madinah baik hati :)
seronok berada kat sini.
kita takde pun rasa terancam bila nak pegi berjalan.
kaedahnya, mana ada peragut macam kat Malaysia ni kan?
eh?
;p


makan..makan
lepas membeli belah, pegi makan nasi bariani lagi :)
told you, mana la tak membulat bila balik Malaysia.
kerja asyik makan je kat sini :)

pegi solat zohor then bersiap untuk ke masjid quba sekali lagi.
gate usman affan

tempat park stroller


aiskrim arab
 kali ni kami pergi sendiri, naik van.
memang kena pilih lepas zohor la..sebab kalau pegi lepas asar kang tak boleh nak solat sunat dah.
satu kepala dia kira SR10.

tapi memang agak berkejar sebab waktu suntuk.
nak kena sampai balik ke masjid nabawi untuk jemaah asar kan.

dalam van

masjid quba
alhamdulillah, solat kali kedua di masjid quba.
harapnya dapatlah diganjarkan dua kali umrah untuk kami :)

balik dari masjid quba, terus ke masjid nabawi untuk solat asar.
maghrib dan isyak saya di bilik je since anak-anak nak tidur :)

bersambung lagi esok.




















Thursday, December 26, 2013

umrah bersama anak kecil 2013 : hari ketiga-ziarah sekitar Madinah


seawal 4 pagi saya dah bangun, mandi dan sempat basuh baju.
biasala..mak anak ramai kena la extra rajin (la-sangat ;p )
kang tak berbaju pulak anak-anak saya.hihi :)

subuh di masjid Nabawi, breakfast di hotel.
kami terus bersiap untuk program ziarah sekitar Madinah yang dijadualkan hari ini.

naik bas, melalui sebelah perkuburan baqi terus ke Masjid Quba.

Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina oleh orang Islam, diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.
Baginda menghabiskan masa selama 20 malam(selepas hijrah) di masjid ini, di samping bersolat dan beribadah kepada Allah. 

 Sabda Rasulullah SAW " Barangsiapa berwudhuk di rumahnya,kemudian terus pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat sunat dua rakaat,maka pahalanya adalah menyerupai pahala dari orang yang menunaikan umrah"

kami singgah 20 minit di masjid ini.
solat dan kembali ke bas.
ramai penjual di sekitar yang agak memaksa kami untuk membeli barang jualan mereka.
kesian pun ada, sampai seorang budak tu ikut kami naik bas sebab nak jual jugak tasbih dia.
 


 lepas tu kami dibawa ke ladang kurma.
ada baaaaaanyak kurma yang dijual.
kurma atas pokok takde.hehe :)
rupanya kurma ni cuma berbuah pada musim panas.
kami kan datang musim sejuk, jadi takde rezeki la nak tengok kurma atas pokok.
ustaz kami kata kalau nak ambik gambar kurma atas pokok, beli la kurma dan ikat atas pokoknya.cit!

melepak-lepak di sekitar ladang.
boleh minum teh kat sini.
rupa pokok kurma ni macam pokok kelapa sawit je kan.



 ada sebuah kedai jual kurma di sini.
pemiliknya mestilah tuan punya ladang ni kan :)
tapi orang kata kurma kat sini lebih mahal dari kat pasar kurma.
jadi tidak la saya membeli kat sini.
tunggu kat pasar je nanti :)
tapi kat kedai ni dia terima tau duit ringgit atau dollar.

 

next destination, kami ke jabal uhud.
tempat berlakunya peperangan uhud.
 
mutowif kami tengah terangkan tentang perang uhud
 kat sini ada satu kawasan berpagar yang menempatkan para syuhada uhud.
antaranya Saidina Hamzah.


 tak boleh masuk pun, tapi entah macam mana ada pulak lubang-lubang kat pagar tu.
so bolehla nak hulur tangan ke dalam.
orang kata, suhu bahagian dalam pagar ni lebih sejuk dari kat luar.
saya pun cuba la masukkan tangan ke dalam kawasan kubur tu.

betul la, memang sejuk je rasa kat dalam tu.
yela, kat dalam tu kan kubur para syuhada.
yang Allah dah janji terus direct masuk syurga :)

 jabal rumah, bertentangan dengan jabal uhud.
tempat pasukan pemanah nabi masa perang berlaku.
encik suami dan family saya panjat jabal rumah ni.
saya panjat separuh jalan je :p


kat bawah kaki jabal rumah ni banyak gerai-gerai.
kat sini la saya beli buah zuriat dan akar fatimah.
akak ipar saya kata kat sini murah.
buah zuriat tu saya beli 11 biji dengan harga SR5 kot. akar fatimah pun SR5 seplastik.

jabal uhud dilihat dari jabal rumah

banyak gerai kat bawah
familia-tak cukup korum
 sebab masa suntuk (kami mengejar zohor di Masjid Nabawi), kami tak sempat nak singgah Masjid Qiblatain dan Masjid Bilal. 
just tengok sekali lalu dari dalam bas je la.

lepas tu kami ke pasar kurma.
yeah, ustaz syauqi kata ni destinasi wajib.
kalau tak pergi mesti kena komplen ;p
hehe.


macam-macam ada.
segala jenis kurma, kekacang, coklat, halwa.
saya beli kurma nabi (kurma ajwa), kurma sukari dan kekacang.
kurma nabi ni mahal sikit, biasa dalam SR60-80 sekilogram.
kami dapat SR55 sekilo (ehem!)
sedap :)
kalau tak silap saya kurma Nabi ni cuma boleh hidup di bumi Madinah je.
Nabi pun ada kata kalau makan 7 biji kurma Nabi setiap hari akan terhindar dari terkena sihir untuk hari tersebut. 
 
kurma sukari pulak ustaz tu kata kurma yang baik untuk wanita.
cara makan, blend dengan susu.
wah wah wah..dengar pun dah sedap kan :)
 

encik suami gigih angkat kurma :p
lepas habis shopping sakan kat pasar kurma, kami balik hotel.
anak-anak dah tertidur kepenatan.
kesiankan mereka, saya tak ke masjid la zuhur dan asar tu.
bagi dorang recharge tenaga dulu :)

lepas asar, anak-anak dah bangun, kami siap-siap nak pegi jalan-jalan cari makan pulak :)
merasa nasi bariani versi Madinah pulak.
tak jauh dari Masjid Nabawi ada satu bangunan yang memang jual makanan aje.

 biasa set makanan kat sini mesti disertakan dengan air pepsi.
oh, kat sini takde pakai polisterin tau.
pakai aluminium foil.
lebih baik utk kesihatan dan alam sekitar kan :)

dekat luar kawasan gerai tu ada la tempat duduk-duduk untuk makan.
seronok pulak :)

makan.makan.makan.
serius sedap!
kalau kat Malaysia saya tak berapa layan nasi bariani ni.
saya tak suka lauk pauk yang heavy dan berminyak-minyak.
tapi kat sini nasi dia sedap pulak.
makan gitu je pun dah sedap :)
ahha, masa kat Madinah dan Makkah saya memang banyak melantak nasi bariani.
hasilnya? omakkkkk..naik 1.6kg tau! (nangis ;( )

 lepas makan kami terus ke masjid.
kat sini kalau musim sejuk, waktu siangnya adalah lebih pendek.
pukul 5.30petang dan maghrib.
7.30mlm isyak.

ramai kanak-kanak ke masjid
seronok di Masjid Nabawi.
tiap masa boleh nampak family berkelah di dataran masjid.
bawak makanan, minuman dan habiskan masa bersama-sama.

kat Malaysia kita bawa anak lepak mana?
shopping complex! hehe. (opps!)

my small family :)
lepas Isyak, dinner kat hotel dan terus pengsan.
bersambung esok :)


Wednesday, December 25, 2013

umrah bersama anak kecil 2013 : hari kedua-Masjid Nabawi

Subuh pertama di Masjid Nabawi.
Subhanallah.
Terasa kerdilnya berada di sini.

Dari jauh umatmu datang menziarahimu ya Rasulullah.
Sangat besar jasamu mengembangkan Islam sehingga sampai kepada kami di Malaysia ini.

Hotel kami dan Masjid Nabawi cuma 300meter jaraknya.
Selang beberapa buah bangunan je.
Kaedahnya bangunan-bangunan kedai tersebut adalah kedai-kedai yang menarik mata(dan duit) ;p

Tukaran wang ringgit malaysia dan saudi riyal tak jauh beza.
Masa saya pegi ni RM100 bersamaan SR115.


Encik suami di depan bangunan hotel.
Pagi ni lebih kurang pukul 7.30 pagi kami berkumpul di lobi.
ustaz mutowif tu bawak kami pusing-pusing masjid nabawi.
memang besarrrrrr :)

kami dibawa ke bawah kubah hijau di mana Nabi kita disemadikan.
subhanallah..tak tergambar syukurnya berada di sini.
dijemput menjadi tetamu Allah.
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..


jemaah lelaki dibawa melawat perkuburan baqi.
di sini la rakyat tempatan yang meninggal dikebumikan.
jemaah haji atau umrah yang meninggal di sini pun dikebumikan di perkuburan baqi.
kat sini boleh dikatakan tiap kali lepas solat fardhu mesti ada je solat jenazah.
seronoknya meninggal di sini kan.
sah-sah la di bumi yang sama kekasih Allah disemadikan :)


 menurut ustaz syauqi, jenazah yang dikebumikan di sini akan disimpan selama 6 bulan.
lepas tu kubur akan dikorek semula dan tulang-tulang dikeluarkan dan diasingkan.
kubur tu nanti akan digunakan untuk jenazah lain pulak.

tapi untuk jenazah yang dipelihara Allah, contohnya jasad para hafiz atau hafizah yang tak reput, kubur tu akan dikambus semula dan tak dikorek dah.
subhanallah..

semasa jemaah lelaki melawat perkuburan baqi, kami ke raudhah.
tiada ustazah yang membawa kami, nasib baik akak ipar saya pernah ke sini.
kami masuk je dalam masjid nabi dan tanya je dengan petugas kat dalam tu mana raudhah.
senang je nak cari.alhamdulillah.

dan ia adalah tidak seperti yang saya bayangkan!
sebelum ni kalau baca catatan perjalanan orang lain yang pergi umrah, kalau nak masuk raudhah tu kita akan berkumpul ikut tempat asal kita.
contohnya jemaah malaysia akan berkumpul dengan jemaah brunei, indonesia dan sekitar asia ni.
geng-geng mak arab akan berkumpul dengan geng mereka la.
lepas tu bila nak masuk raudhah kena dalam kumpulan kita.
pengawas kat sana akan bagi masuk ikut turn.
tak boleh masuk serentak sebab kawasan raudhah tu kecil je.
fair kepada semua orang, jadi kita pun diberi masa yang kejap je untuk solat.
tak boleh lama-lama, nanti pengawas tu halau kita.
kena bagi peluang orang lain pulak.

tapi agaknya rezeki saya pergi musim tak ramai orang ni.
kami takde pun kena kumpul ikut negara tu.
jalan terus masuk raudhah.
tau-tau je dah jejak kat karpet hijau.
*raudah ni kawasan karpet hijau.
selain kawasan raudhah, karpet semua warna merah.*
masyaAllah..betapa terasa kasih sayang Allah di sini.

pergi bersebelahan makam nabi, bagi salam kepada nabi dan sahabat-sahabatnya.
selain makam nabi, di sini juga terletak makam saidina abu bakar a.s, saidina umar al-khattab dan saidina ali a.s.
assalamualaika ya Habiballah.
wahai Rasulullah..umatmu datang menziarahimu.
syafaatkan kami ya Rasulullah.
bersolat sunat di sini.
allahuakbar..allahuakbar.
sebak rasanya meletakkan dahi di tapak bekas rumah nabi.
solat berhampiran jasad Nabi.

puas juga bersolat dan berdoa dalam raudhah.
bersama anak-anak yang baik dan tidak meragam.
sempat juga mendoakan kawan-kawan yang mengirim doa di sini :)


kami di raudhah sampai la habis waktu untuk jemaah wanita.
oh ya, jemaah wanita ni ada masa-masa tertentu je untuk masuk raudhah.
lepas subuh, lepas zohor kalau tak silap dan lepas isyak sampai pukul 10 malam.
 waktu selain tu memang tutup.
cuma jemaah lelaki je yang boleh masuk kat sini 24 jam.

dalam pukul 10 lebih kami keluar, jalan balik ke hotel sambil-sambil window shopping.
hehe, kat sini better shopping di Madinah je.
kat Madinah lebih selesa, orangnya lebih ramah.
kedai pun lebih tersusun.
maka kami habiskan shopping di Madinah, sampai Makkah nanti tumpu untuk ibadah umrah je :)

zohor tu kami rehat di bilik je.
orang lelaki ke masjid untuk solat Jumaat.
Jumaat pertama kami di tanah suci.
alhamdulillah :)

mandi, solat, lunch.
hehe, kantoi pagi-pagi tadi masing-masing tak mandi.
suhu adalah sangat sejuk!
tak lalu nak mandi sebelum subuh.

ada satu cerita saya di sini.
subuh tu kan first time nak solat di masjid nabawi.
sebelum ni saya memang tau masjid nabawi tak boleh bawak handphone berkamera.
so saya tinggalkan handphone dalam bilik je.
masa balik tu handphone ada lagi.
lepas saya godek-godek hp entah misplaced macam mana entah.

cari punya cari tak jumpa dan saya dah nak nangis.
huhuhu.
sampai hilang mood nak pegi shopping.

pegi masjid untuk solat asar pun perasaan masih tak best.
balik solat, sedekah sikit kat pekerja masjid, terus ajak encik suami balik bilik cari hp.
masyaAllah.
encik suami saya cari kejap je dah jumpa.
dalam kotak mainan kakak damia!
padahal sebelum tu saya dah cari memang tak jumpa.
huuuuuu...

then saya ajak encik suami turun balik dan buat tawaf kedai.
hehe..baru mood datang balik :)


lepas jalan-jalan kami terus ke masjid untuk jemaah maghrib dan isyak.
tengok tu meriah masjid dengan anak-anak kecil.
dah macam nursery dah :)


 anak-anak ok je masa solat.
cuma entah kenapa farhah ni pantang tengok orang mula masuk saf nak solat, mula la dia melalak.
kena la saya solat dengan dukung dia.
so kepada ibu-ibu yang nak bawa anak kecil, jangan lupa study cara solat dengan mendukung anak juga ya :)

tapi jangan risau, anak menangis dalam masjid di sini adalah perkara biasa.
takde siapa nak marah.
sana sini boleh dengar sahut menyahut anak menangis.
orang arab ni baik dengan budak-budak.
lagi budak menangis lagi dorang bagi coklat.
seronokla kakak damia.
tiap kali ke masjid, ada je jajan dia dapat :)

lepas solat isyak, makan malam dan tidur.
charge energy, esok mau pergi jalan-jalan :)

Tuesday, December 24, 2013

umrah bersama anak kecil 2013 : perjalanan hari pertama

sambung cerita :)

entry dimulakan dengan gambar menyengih kami semua ;p
yang tengah tu la akak ipar saya.
kisah tak dapat visa tu. baca sini.


kami bertolak dari puchong pukul 10.30am.
kami kena berkumpul kat sana untuk taklimat pada pukul 12 tghari dan akan fly pukul 3.00 petang.
call limo KLIA dan sewa dua buah mpv untuk angkut kami bersepuluh-masa ni adik ipar saya (pn suri) dan akak ipar saya (pn syakirah) dihantar oleh family masing-masing terus ke KLIA.

sewa mpv adalah RM100 sebuah-sempat lagi bagitau tu :)

en suami selfie ;p
disambut di KLIA oleh family akak ipar saya, siap dengan makanan tengahari tu.
memang terbaiklah! ;)


sila lihat muka excited masing-masing.
padahal sebelum tu dah banjir air mata sebab sehingga jam 11.30am, pemergian akak ipar saya masih belum boleh disahkan sebab visa belum lulus.
sadis kan.
visa tak lulus tapi gamble je packing barang dan bawa ke KLIA.
petugas andalusia yang suruh.
kalau sampai ke sudah tak dapat visa, kena la akak ipar saya tu balik semula ke melaka dengan beg besarnya tu.

tapi tu la.
Allah Maha Pemberi Rezeki.
tiada siapa boleh menolak jika Allah kata ya :)
semua orang mendoakan dia.
mak ayah dia, mak bapa saya, kami semua pakat buat solat hajat supaya dia dapat bersama kami ke sana.
dah lama sebenarnya plan nak menunaikan umrah satu family, tapi sebab susah nak dapat visa bulan disember.
maka haruslah sedih kalau ada yang tak boleh join sekali kan :)


beratur untuk check passport, scan beg bla bla bla.
biasala prosedur naik flight.

naik aerotrain untuk ke terminal.
bajet kagum-canggih jugak KLIA ;p



pesawat kami-saudi airlines :)


solat jamak zohor dan asar, terus check-in di gate c3.


adik lelaki dan adik ipar saya : parents-to-be :)
 

us :)
damia boleh layan dora dalam flight.

Add caption
kena bawak toys sikit untuk masuk flight.
penerbangan KL ke Jeddah adalah selama 8 jam.
trip kami ni akan ke madinah dulu, baru ke makkah.

kesian anak-anak bosan, puas tengok kartun la..main la..
last-last mengamuk letih duk beriba.
yela, farhah tak dapat seat dalam flight, kena la saya pangku dia.
gilir-gilir gak dengan encik suami.

 skrin dalam flight-boleh tau kita di kedudukan mana.


goodie bag untuk infant.
beg yang boleh transform jadi selimut, pampers, losyen, wet wipes dan alas plastik untuk alas masa tukar diaper.
patutnya untuk farhah, tapi sebab comel sangat, kakak damia kata dia punya ;p


dua kali makan dalam flight, dah puas explore skrin depan seat, baru la kami sampai ke Jeddah.
pukul 6.15pm waktu Jeddah, 11.15pm waktu Malaysia.
note : waktu kita adalah 5 jam lebih cepat dari waktu sana.

alhamdulillah.
tips : jejak je kaki kanan di sana, berdoalah agar badan kita mudah menyesuaikan diri dengan cuaca sana, lidah kita boleh makan makanan ikut selera sana. doa mohon diberikan kemudahan di sepanjang perjalanan ibadah kita. lagi-lagi dengan anak kecil ni, banyakkan berdoa supaya dipelihara kesihatan anak-anak sepanjang berada di sana.

mama dan anak-anak sementara menunggu nak masuk ke Jeddah.
lama juga urusan passport dan sebagainya tu.
kena pandai tackle mood anak-anak yang dah kepenatan.




selesai urusan passport, ambil beg semua, kami terus bertolak ke madinah.
waktu dalam pukul 8.20pm, naik bas.
perjalanan mengambil masa 6 jam.
jauh kan :)
tapi alhamdulillah, dipermudahkan urusan, anak-anak tidur je sepanjang dalam bas.

 

singgah di R&R untuk solat jamak isyak dan maghrib.
dan makan.
R&R sana tak secantik dan seselesa kita di sini.

ruang solat wanita
sepanjang kat sana saya tengok bangunan tak cantik pun.
agaknya bagi mereka tiada apa yang perlu dikejarkan dengan bangunan cantik-cantik kan.
asal ada. tapi inilah tempat yang dimuliakan Allah.
dua tanah haram yang tidak akan ada seorang kafir pun berjaya memasukinya.
Allah jua yang memelihara Madinah dan Makkah dari orang kafir.


alhamdulillah.
sampai hotel sekitar jam 2.00am.
menginap di Mubarak Silver Hotel untuk beberapa malam sebelum berangkat ke Makkah.
disambut angin dingin yang sangat sejuk.

rasa tak percaya saya dah sampai ke sini.
kota Madinah yang bercahaya.
bumi yang menempatkan kekasih Allah, Muhammad S.A.W

tidak tergambar betapa bersyukurnya saya terpilih menjadi tetamu Allah kali ini.
dapat pergi bersama dengan mak, bapa, suami, anak, adik beradik, ipar duai.

alhamdulillah..alhamdulillah..
rezeki Allah tu amat luas.
bila-bila masa dia boleh bagi, bila-bila masa dia boleh tarik semula.
hanya Allah sahaja tempat kita meminta :)