Sunday, September 2, 2012

susu selepas 2 tahun

:) semoga entry ini tidak menyentuh mana-mana pihak. harapnya tidak ada yang terasa hati dengan penulisan ini ya! ini sekadar perkongsian, kalau tidak setuju, kita hormati pendapat masing-masing :)

saya dah lama berfikir mahu beri susu apa kepada damia selepas menamatkan penyusuan susu ibu untuk tempoh 2 tahun.
oh, saya belum wean off lagi.tidak mengapa, mengikut pembacaan saya, tidak ada salahnya meneruskan penyusuan selepas 2 tahun. susu tidak akan bertukar menjadi darah, tidak ada isu anak menjadi bebal dan sebagainya. semua tu mitos je ye :)

jadi saya memilih untuk meneruskan penyusuan susu ibu, sebab saya suka bonding yang terbentuk bila ada anak kecik yang bergayut dengan saya. biarlah damia bermanja-manja ya :)
tapi saya memantau juga pemakanan dia. makan yang seimbang, makan nasi, ambil protein, masukkan sayur dalam diet harian. saya bagi dia makan apa yang kami makan. damia dah besar, kena makan macam orang besar makan tau!

mengenai susu, saya tidak berhasrat memilih mana-mana susu tepung *iklan kata susu untuk membesar la, picky eater la..* saya memilih susu kotak, yang masih dalam bentuk cecair. taknak la sebut kenapa. sebab ini org selalu berkecil hati dengan saya :) yang penting, apa sahaja keputusan kita, haruslah dengan perbincangan suami isteri ya :)

saya juga nak share tulisan Puan Nor Kamariah Mohd Alwi, seorang Lactation Councellor. mana-mana yang baik ambikla sebagai ilmu, yang tak baik, tolak la ke tepi. saya percaya semua ibu mempunyai instinct keibuan, tahu apa yang paling baik untuk anak masing-masing kan.

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ’sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.


2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.

Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!

http://duniasusuibu.com/aktiviti/susu-apa-terbaik-selepas-anak-2-tahun-menyusu/#.UENmY5Zcgrg


7 comments:

  1. Salam..
    Jihan, wanie setuju dgn artikel jihan.. susu ibu adalah yang terbaik..

    Jihan, wanie ader soalan nak tanya, berkenaan dengan susu kotak

    1) anak wanie dh nak masuk 1 tahun, setakat nie masih lagi minum susu ibu,, bila masa wanie boleh memperkenal susu kotak kepada anak wanie.. ( setakat nie just campur dlm makanan...)

    2) stok susu dan susu fresh ( yg br di perah) tidak menggalakkan.. ( kata org, anak makin membesar, penghasilan susu tidak lagi mengalakkan ( dh buat power pumping.. tp hasil tidak seperti usia anak 6-8 bulan). Adakah di boleh mencampurkan fresh milk dengan SI?,kalau boleh berapakah sukatan yg di perlukan?

    ReplyDelete
  2. wslm wanie :)
    anak dah masuk setahun, boleh bagi freshmilk yg dalam kotak tu.
    should be better dari yg bentuk powder atas dasar jangka hayat (mewakili jumlah kandungan pengawet di dalamnya) dan proses yang dilalui oleh kedua-dua jenis susu sepanjang penghasilannya.(hope wanie boleh faham yang ni kan? )

    kalau ikut pengalaman, jihan bekalkan freshmilk sama macam ebm.masukkan ikut sukatan 3-4oz dalam botol.tengok jauh mana anak nak minum. kalau tak cukup, boleh la tambah dari semasa ke semasa.
    mula2 memang anak refuse kan,biasala..benda baru,ajar pelan2,lama2 mesti dia boleh terima.
    kalau dia selesa minum susu suam-suam,boleh minta bs suamkan susu,kalau anak suka minum sejuk2 pun xde masalah :)
    jgn risau wanie, anak kita dah besar. inilah masa dia nak explore macam-macam dalam kehidupan dia :)

    campur si dan freshmilk tu maksudnya combine dalam satu botol ke?mestilah tak boleh kan..asingkan la botol2 tu.tapi kalau maksud wanie dalam satu hari nak bg 3botol ebm dan 2 botol freshmilk(contohnya), xde masalah.mcm kita gak, pagi ni rasa nak minum milo,petang kang nak minum horlicks pulak,boleh aje :)

    menjawab soalan tak ni?hehe..

    ReplyDelete
  3. sori sja kongsi pgalaman.kperluan nutrien budk ngn org dewasa x sama.kdg2 bgus lg back 2 nature.tpualgl pd indvdu msg2.kalau bg mknan ja tp xbg susu sebb tkut sgt pn xbgus jg.apa yg ad d intnet mnurut kajiaan saintifik pn kng2 xbole pkai.kta dulu mnum fm slps 2thn mnum susu ibu pn alhamdulillah sihat...tkut sgt susu lembu bgla susu kambing sunnah nabi@kalsium tablet yg pntg ckup susu.kalau anak alah susu lmbu bgl susu soya @ yg jns LF.even dah masuk sek ren pn kna mnum susu tulang &gigi mo bsr lg.preggy mum pn dgalakkan mnum susu jg org tua.budk2 skrg ni kbykn xmkn mknnan seimbang ramai yg lbh pilih fast food mcm mcD kfc yg bole mengurangkn selera mkn nasi tp kalau byk mnum susu insyaallah sihat.kta pn fully bf gak pd ke2-2 org ank.ni saja2 kgsi pgalaman.xkn kta dulu xperna mnum fm kan...

    ReplyDelete
  4. dear anonymous, beginilah..kita berpeganglah dengan keyakinan kita masing-masing. teratas dari itu,sy yakin semua ibu-ibu sedang membuat yang terbaik untuk anak-anak mereka. cuma mungkin caranya saja yg tidak sama kan :) tidak mengapa, untuk mencapai yang terbaik itu pun, tidak semestinya kita semua perlu melalui jalan yang serupa :)

    ReplyDelete
  5. Salam ghan..just bw n found ur blog..adaa sgt suks info ttg ni sbb mmg tgh pk apa nsk bg lps anak wean off. sekarang mssih lg bf n kdg2 dia mntk susu kotak..mmg x memilih..anak adaa setahun setengah..n thanx for this info..btol, makanan yg seimbang yg plg penting. i second to that.:)

    if sudi plz come to my blog.. www.adaa-inspiration.com ..love to exchange link coz i need great info like u hv in ur blog. tq

    ReplyDelete
  6. salam..mungkin artikel ni dh jauh dri tahun yg saya komen.. sy pun x berapa lama lg berhasrat nk wean off slps 2 tahun but still nk bagi selang seli after that..tgh galau nk berikan susu ape pd dia..sy tahu keperluan susu cuma 2 gelas sehari atau diganti dgn mana2 sumber dairy..lately dgr better beri susu segar berbanding fm..galau juga..bila ckp pd suami,beliau ckp susu segar dri kotak contain byk gula..is that true?..sy lebih x yakin dgn susu fm yg dh diproses sehingga menjadi serbuj

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete